visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Friday, July 2, 2010

Putih itu pada aku..

Putih…

Putih warna yang sangat aku suka. Pada aku putih itu ada kecerahan yang tinggi dan tiada rona. Cahaya putih ada semua warna dalam spektrum atau dikenal sebagai warna akromatik. Sangat suka aku akan putih itu lebih-lebih lagi pakaian. Pada aku orang yang pakai warna putih seorang yang pembersih. Bagi seorang lelaki yang suka memakai baju atau seluar mahupun kasut putih, pada aku dia seorang yang macho. Smart. Aku suka pada mereka itu. Nampak bersih dan suci.

Pada perempuan yang memakai putih, ia menampakkan keayuan dan kecantikkan. Dari dulu aku tertarik melihat mereka yang suka akan putih itu. Putih itu menawan bagi aku. Pandai menjaga diri juga dan sangat berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.

Putih itu pada aku sangat suci. Putih juga melambangkan keperibadian seseorang. Dalam peribahasa Melayu juga banyak menggunakan perkataan putih. Putih hati bermakna orang yang sangat jujur. Putih di luar kuning di dalam pula perihal orang yang kelihatan baik pada lahirnya, tetapi jahat di dalam hatinya. Aku tidak mahu menjadi orang seperti perumpamaan ini.

Luaran baik tapi dalaman jahat. Mungkin ramai orang yang mempunyai ciri-ciri ini. Aku memohon agar aku dijauhi dari golongan itu. Aku ingin baik di luar dan dalam. InsyaAllah.

Sering kali aku merasakan perasaan yang sama jika aku melihat seseorang itu memakai warna putih. Sejuk hati memandang. Tidak kiralah di mana pun. Dalam train ke dalam shoping complex ke, aku pasti akan merenung akan orang itu melihat penampilannya. Yang penting aku suka akan warna putih itu.

No comments:

Post a Comment

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa