visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Sunday, February 14, 2016

for my dear

Maybe i'm singing this song because
i can't say the words i want to say the most

The happiness i dream 
is best before its realized because
i finally achieve it
i'll be attacked by my fear of losing it.

people aren't simple enough to satisfy me

Everyone has their wounds,
but sometimes kindness soak in.
its hurt a lot
that they being to cry.

I'm healed by my loneliness
i dont want to be alone
i want to sleep peacefully.

maybe because someday 
i'll be able to say the words i want to
i sing on and on

maybe i like this person
but i can't hear the words i want to hear the most

latelyniakuasikmimpidiaje..akupuntaktaukenapa..
tapidalammimpitupundiasemakinmenjauhsemakintakpeduliaku

Tuesday, February 2, 2016

Akhirnya..segalanya telah terjawab..terima kasih

Assalamualaikum..

Akhirnya...segalanya dah selesai..
aku rasa mcm beban yg slama ni aku simpan dah hilang..
dah ringan..aku mmg dah bersedia dgn jawapan yg akan dia bagi..

dan jawapan die seperti yg aku sangka..
maybe selama ni aku je yg beria-ia..
sbb apa aku beria-ia? sbb die jugaklah yg approach aku dulu..

aku ingat lg bila hari tarikh aku mula2 kenal die..
die yg dtg kat aku perkenalkan diri..
mintak no telefon aku..
lepas tu masa malam tu jugak die beli no baru..
dia call aku..

mula2 aku rasa biasa je..
tapi bila dah setiap malam die call aku rasa mcm sesuatu yg lain..
tapi itu dulu la..
lepas tu aku yg syok sendiri ke apa aku pun tak tau..

tapi segala2nya dah berakhir semalam..
aku msg die spontan je..
sbb aku rasa selagi aku tak bagitau die perkara sebenar selagi tu aku rasa aku tak boleh nak teruskan dgn perancangan ibu.

dan semalam..bila dia bagi msg yg sgt ringkas berbanding aku yg byk berseloroh dan panjang lebar ngn merapu2..lalu aku pun sedar yg aku mmg takde kaitan apa2 ngn die..

aku rasa die dah lupakan segala apa yg pernah terjadi antara aku dan dia..
gelak tawa aku dan dia..
nyanyian aku dan dia..
petikan gitar aku dan dia..
design aku dan dia..
sketchup aku dan dia..
model aku dan dia..
segalanya...segalanya dia telah lupakan..

maka dengan ini aku dah boleh buat pilihan hati aku..
dengan ini lebih teranglah perjalanan hidup aku..
aku tidaklah terlalu terluka semalam sbb aku dah mmg amat bersedia utk ini..
mungkin dia mmg bukan jodohku even aku slalu termimpikan dia..
tapi tidak mengapa..
mungkin dia mmg tidak ada sekelumit rasa suka itu kat aku..
mungkin selama ni dia hanya sayang aku sebagai kawan walaupun dia sgt hormat aku dan selalu lindungi aku dan selalu ada bersama aku dikala aku kesedihan.

apa2pun...lepas ni aku dah boleh utk teruskan hidup..
mendirikan rumah tangga dengan pilihan bonda dan familyku.
aku harap aku dapat terus melupakan dia seperti mana aku telah melupakan yg sebelum ini.
kelemahan aku adalah kerana aku seorang yg sangat setia.
sukar utk melupakan..
tetapi akan aku cuba..
cuba utk melupakan segala kenangan.

kisah cinta aku mmg tidak sama dgn kawan2 aku yg lain.
aku lebih suka utk memendam sendirian..
aku tidak terlalu suka untuk bercerita kepada family.
hanya teman2 rapat saja yg tahu..
itupun tidak semua aku ceritakan.

sejak semalam aku katakan yg aku tiba2 rasa sgt ringan hati..sangat ringan bahu,,
sangat ringan kepala.
cuma sedikit kesal kerana dia hanya memberi msg yg sgt pendek pada aku.
tapi tidak mengapalah.

kerana aku telah redha dgn segalanya.
kisah cinta selalu tidak menyebelahi aku.
aku terlalu suka mengalah..
terlalu suka untuk menjaga hati-hati yang lain.

lepas ni..aku perlu berbincang dgn bonda tentang persetujuan aku untuk menerima rombongan risikan dan sebagainya.
istikharah pun telah aku lakukan.
aku redha..aku pasrah.
mungkin ini adalah yg terbaik untuk diri aku.
cinta dan kasih sayang boleh dipupuk.

ibu, mama, maklong, maklang dan mak uda menyokong jika aku dengan pilihan mereka.
even aku belum betul2 terima..tapi aku tahu..lambat laun pintu hati aku akan terbuka juga menerima segala-galanya ini.

aku akan ikut flow yg mereka mahukan.
akan ku cuba buka pintu hati untuk yang lain walaupun sebenarnya agak sukar untuk aku menerima keadaan yg seperti ini..

terima kasih aku ucapkan kerana telah menjadi kawan aku selama ini..
terima kasih banyak2..

Ya Allah, aku memohon kekuatan dari-Mu Ya Allah.

hanya engkau yg tahu apa yg terbaik untukku..
amin ya rabbal'alamin...


Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa