visit us!!

About Me

My photo
aku sejenis manusia yang pernah buat salah, yang pernah buat baik, yang pernah, dan pernah dan memernahkan..eh apo yang aku cakap nih. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Tuesday, February 22, 2011

Ella- Gemilang (keyboard) by Najlaa

 
Aku suka dengan lagu ni.
Sebabnya kan bila aku dengar naik semangat nak study.
Tyme study dulu n masa form5 suka dengar lagu ni.
Aku tujukan lagu ni buat kawan-kawan.

Gambatte!!
Ok mata ne...sayonara...

Thursday, February 17, 2011

Right Here Waiting (keyboard)



Right Here Waiting- Richard Marx
Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

I took for granted, all the times

That I though would last somehow

I hear the laughter, I taste the tears
But I can't get near you now

Aku suka sangat dengan lagu ni sebab tu la aku buat lagu ni.
Bukan aku je suka tau, ibu aku pun suka lagu ni.
Kalau ibu main keybord tak sah tak main lagu ni.
Samo lah ngan den ni hah.
Like mom like daughter rite...haha...
Ok la...Salam...

Wednesday, February 16, 2011

Alah bisa tegar biasa

Salam...

Dah macam tajuk nak buat karangan form 5 dah ni...haha..ekcelli skali skala nak berperibahasa tak salah kan...
Tuan-tuan dan Puan-puan, alah bisa tegar biasa...ecece dah macam nak bersyarah la pulak.

Aku nak cakap pasal presentation la hari ni. Aku ade baca status fb kawan ni. Dia cakap pasal presentation.
Presentation?ape tu. Alah buat-buat tak tau pulak kan. Dari skolah sampai la masuk ipt memang takleh lari la dari presentation ni.

Presentation dalam hidup aku ni dah jadi perkara biasa. Budak architecture mesti akan lalui presentation ni setiap kali project tak kesah la sama ada present untuk crit ke or untuk submission ke. 
Dalam seminggu tu at least 1 presentation kene present. Mau tak penat kitorang ni. Tgkla drawing kitorang kene buat. Bukan sekeping tapi berkeping-keping. Tyme tu la nak pikir design. Tyme tu la nak pikir concept ape, theme ape..pecah kepala...

 Hah tengok cam kawan aku ni. Kan banyak drawing die. Memang penat la...dah la individu

Time present member2 dok dengar la n tenung design kite tu nak cari kesalahan kat drawing tu. Dah abih present kene la hentam ngan member n lecturer. Camtu la cara kami. Nak taknak trime la..

Mesti ramai yang berdebar-debar sampai nak gugur jantung before nak present kan. Ala jangan tipu la. Mesti la ade sampai terasa sakit perut la, itu la, ini la. Nak2 pulak nak present final project. Fuh lagi parah la kan.

Tapi kan aku ni kalo nak present tu ikut tyme gak..kekadang tu x rasa ape pun. Maybe sebab dah selalu sangat present. So rasa takut tu takde. Bak kate pepatah alah bisa tegar biasa.

Hah tengok la aku present project kopitiam. Tyme ni kat bilik meeting lecturer. Nampak cam konfident je kan. Haha prasan je aku ni. Model2 tu sume kitorang buat. Ni project individu. Memang penat. 

Tapi kan biasa tak biasa sangat lah. Time final presentation memang takut habis lah. Menggigil gila. Time portfolio la tu. Cuak r even dah selalu present pun leh cuak. Mane tak nye. Takut failed.
 
Tapi an..ade orang penah cakap kat aku kalo takut tyme present anggap je kat depan tu lembu ke kambing ke kan. So takde la malu. Takpun anggap je diorang tak dengar ape yang kite cakap. Camtu takde la kite nervous sangat. Betul ni..tak tipu...
Ok la...tu je la syarahan kali ni. Ingat alah bisa tegar biasa. Haha..
ok chau chin chau..



Friday, February 11, 2011

Harta benda kesayangan...

Salam...

Hari ni aku terpanggil cewah terpanggil...terpanggil nak buat entry pasal barang-barang yang kawan-kawan aku pernah bagi kat aku yang aku simpan sampai la skang ni. Aku terpanggil nak buat entry ni lepas aku baca entry 

Hah sebab tu la aku rasa nak letak kat entry aku kali nih...


 Ni adalah button-button. Kiri n kanan tu dari kawan psis aku bagi masa sem 2.
Yang tengah tu pulak button team nfinitee yang dianggotai oleh aku, cika comey, ena n fatin. Kitorang pakai button ni masa form 5. Pakai kat bhgn bawah tudung skolah. Still lagi simpan sampai sekarang button2 ni..

Teddy yang comei ni pulak Fatin Hashim bagi. Fatin ni kawan psis aku. Memang rapat la kan. 
So die bagi teddy yang cute ni kat aku untuk gantung kat handphone. Memang sesuai la. Handphone aku pun warne merah tapi sayangnya handphone tu dah kene curi oleh manusia yang tak bertamadun. 
Tapi mase kene curi teddy ni dah tergantung kat handphone sebab tempat gantung dah patah.
Even dah patah aku still simpan. Sebab ape??sebab aku sayang n aku sangat2 hargai pemberian orang.

 Key-chain selipar yang comei ni mona lizza pentinggi bagi time g trip design. Mona suruh letak kat pencil box aku. Sampai skang ni aku tak bukak2 lagi keychain ni dari pencil box.

 Ni plak hadiah besday aku kak abid bagi. Aku pamerkan kat bilik aku. So hari-hari nampak.

 Crystal klcc ni ade seseorang tu bagi mase form 3. Cantik betul. Tq la kat orang tu walaupun aku tak bagi ape2 pun kat die.

 Gelang ni cik cika bagi tyme die datang n pakej menginap kat rumah aku selama 3 hari 2 malam...cam cite 3 hari 2 mlm tu..hehehe..
tq aww...

 Ni hadiah beday dari cak kawan bergaduh...Terharu tauu dapat kad ni sebab cak post kan ke rumah.. Banyak kali jugak cak post beday card..memang terharu...tq..tq..

Ni ialah kad-kad ucapan atau kata-kata perangsang. Warna hijau tu yana cute bagi sempena nak amek SPM.
Tengah-tengah dari cak chomey...penat nak cari name memuji..haha..sempena pmr merangkap spm gak..
yang pink tu dari ena..ala aina mahmud...die bagi wish selamat hari kemerdekaan merangkap wish for spm gak...bile dapat card ni memang terharu sangat..tachikk uhhh..

Banyak lagi sebenarnya...kad-kad raya semua simpan lagi tapi bukan kat cni la..ade kat semenyih...

Ok la..tu je la untuk entry kali ni. Handphone asik berbunyik je..X sbar btl..nak update blog pun tak senang...ishhh...terhegeh-hegeh..xnak tu xnk r kan(sila abaikan)

Tuesday, February 8, 2011

Baik-baik Sayang versi Dina

Salam...

Ehem..ehemm..adik-adik aku dedicatekan video2 diorang kat semua kawan2 aku. Hari ni aku tinggal lah keseorangan seperti dulu. Agak sedih la jugak disitu ye. Bukannya apa..sunyi owh rumah takde adik-adik aku. Tapi takpe, diorang dah tinggalkan banyak video yang diorang rakam dalam handphone aku.

Siyesly..banyak giler ahh video diorang amek. Yang aku tau, yang aku tak tau semua ada. Dina ngan ipi suruh aku masukkan dalam youtube suruh kawan-kawan aku tengok.

Dah berpuluh ribu ratus kali ipi n dina pesan suruh kawan-kawan aku tengok.

"akak nanti suruh kawan-kawan akak tengok tau..kak fifi..kak fikah..ngan semua kawan-kawan kakak tau...hah pastu masukkan dalam youtube skali tau..tau.."


Hah ni la pesan ipi ngan dina kat aku. Ok aku dah laksanakan dah hasrat diorang tuh. Aku dah masukkan dah dalam youtube. B4 ni punyalah payah aku nak upload dalam youtube. Asik-asik failed. Bengkek je ati aku ni. Tapi sekarang dah boleh dah. So boleh la upload banyak2 video. weeee...

Ok la..ni lah video daripada dina n ipi. Lagu baik-baik sayang by Wali Band feat ipi n dina.

Thursday, February 3, 2011

Meriahnye..yeay..yeay...

Salam...

Meriah..meriahhh..meerriiaahhh!!!

Apa yang meriahnye nih??Rumah aku hari ni meriah sangat. Penuh umah. Bilik dah takde kosong dah. Selalunye bilik bawah n bilik aku je yang berisi. Hari ni sume bilik-bilik terisi. Wahh.best..best!!Pastu bunga api dum dum sane sini. Cantekk owhh!!!

Malam ni aku tidur dengan Kaksu aku. Bilik sebelah abang aku, adik aku ngan sepupu aku si abul. Master bedroom ayah aku tidur. Living pulak paksu aku anak-beranak.

Hah sebab tu la meriah. Paksu aku sefamili datang dari Kedah tu. Jauh an..an..an..Sok pulak mama aku pulak nak datang nak jenguk maksu aku la. Dah lame tak jumpa kan.

Yang lawaknye an kitorang berwebcam. Walhal bilik sebelah2 je..Hahaha..adik2 aku la tu nak ber'wc'. Webcam ea bukan water closet. Ni wc bukan architecture. Kalo wc berkaitan architecture memang la wc stand for water closet. Eh ape la yang aku ngarut ni. Bukan ngarut cume terkenang time study dulu. Wc oh wc..

Hari ni dina n ipi banyak tul record video. Handphone aku handphone mereka juga. Adik2 aku ni cam kawan aku yang soang tu. Handphone mu handphone ku jua. Hahaha..sape ea?sape ea? Sape lagi kalo bukan cika. Hehe..teringat zaman skolah dulu. Suke sangat amek gambar n video. Paling takleh lupa misai a.galak...

Ok..ok berbalik pada video. Dina banyak rakam video die nyanyi ari ni. Ade lagu baik2 sayang tapi dah ilang la pulak. Tak tau la sape delete. Dina cakap suruh kawan2 akak tengok tau. Nanti senang2 aku nak upload la kat sini. Buat kenangan..
Lagipun Dina yang suruh aku letak. So aku kene la tunaikan hasrat besar die tu. Haha..

Ok nantikan kemunculan video dari Dina khas untuk kawan2 aku. Ok la..chau chin chau...

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa