visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Saturday, July 17, 2010

Aku anak diam

Aku anak diam. Dari kecil aku anak yang diam. Amat pemalu. Kurang bercakap dan bercakap bila perlu. Mungkin kerana itu cikgu-cikgu ketika di sekolah rendah menyenangiku. Senang menjagaku. Tidak banyak kerenah. Aku merasakan diam aku hingga ke hari ni. Diam aku ini berubah sedikit ketika di sekolah menengah bersama rakan-rakan hostelku. Miss them so much. Memang otak giler-giler.

Aku suka akan ayat yang puitis-puitis. Ayat-ayat ini ku rasa dapat menenangkan jiwaku. Semakin suka aku akan ayat-ayat indah setelah aku membaca entry-entry seorang blogger yang amat indah dan cantik bahasa tulisannya. Dengan ini, ia mendorongku untuk menulis sebegitu rupa tapi tidaklah seindah bahasanya. Aku hanya insan kembang. Tidak dapat untuk aku menandinginya dalam penulisan.

Di sini sajalah dapat aku meluahkan bahasa indahku kerana aku anak diam dan pemalu untuk berbicara soal hati dan sebagainya lebih-lebih pada keluarga. Tapi aku senang untuk berbicara soal hati pada sahabat handai. Thank to my friends for lending their ears to hear my problem and know my feeling.

Sekarang aku rasa diam aku itu sudah datang kembali dalam hidup. Orang tanya sepatah, aku jawab sepatah. Kadang-kala aku angguk atau geleng saja. Terasa sangat malas untuk berbicara. Jika ketawa hanyalah ketawa hambar dan senyuman kecil. Nande??otashio kokuro sabisyiuk.

Anak diam ini bosan duduk di rumah tiada bual bicara. Bual bicara hanya pada kucing-kucing kesayangan belakang rumah dan juga ruangan tulisan ini. Itu saja tempat aku bual bicara akan minda dan hati. Aku tiada mood untuk berkata-kata. Tidak mengerti mengapa ia berlaku.

2 comments:

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa