visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Tuesday, February 28, 2012

rumah aku je takde

Rumah aku je takde, rumah orang lain ade..
ade ape?ade ape??ala bende tu la..yang kuali kat atas bumbung tu.
kuali boleh piring pun boleh.

Ape bende la ni kan. Ala ape lagi kalau bukan astro. Hah dalam deretan rumah, rumah aku je yang takde astro. Rumah jiran sebelah kanan ade astro, sebelah kiri pun ade astro, selang dua ade, selang tiga ade jugak, selang menyelang dan seterusnye pun ade jugak. 

So nak jadikan cerita semalam kan cardiff city vs liverpool. Aku dengan semangatnye cari streaming die. Lame kemain aku cari tanpa putus ase. Akhirnya aku dapat jugak car link die. Yaahhooooo!!!!!!!

Aku semangat giler tengok. Bile cardiff nak goal terjerit-jerit aku sengsorang kat dalam bilik. 

Yes!!!yes!!hah cepat bawak bola tu..hahh gooaallllll!!!!!!!

Bersorak aku sensorang. Melompat-lompat atas katil sambil guling-guling sampai jatuh katil pastu terseliuh tangan. ok aku tipu. Aku bersorak je. Tapi sebab dah malam buta takde la nak jerit kuat2. Kang terjaga lak ayah aku yang tengah tido tu. Tapi ishhh memang best sesangat la game diorang. Kirenye 1st time la aku tgk cardiff main. Slalu tgk highlight je. Maklumlah takde astro (sambil buat muka 5sen).

Paling cemas mase penalti kick. Huhhh bedebar die macam debaran mase game malaysia vs indonesia mase seagame. Hah camtu lah debaran aku. mase kene lamar pun tak debar camtu...teeettttt..tetttt...ok gurau je. saya single lagi..sesape yg bekonan ngan den ni masuk la meminang (nak promote jap)

Skang aku dah suka ngan club cardiff city. Malaysia punya tu. Aku sebagai rakyat Malaysia bangga sangat la bila ade tulisan malaysia kat jersy cardiff. Go cardiff go!!!Even cardiff tak dapat nak julang carling cup tapi takpe korang main sangat hebat. Kalah tipis je.

Monday, February 20, 2012

seronok hari ni..bahagia..haha

Huuaaaaaa...hari ni aku rasa macam puas betul la. Si ipi dengan dina tengah hari tadi ajak ayah g carrefour. Ala dokek yo kek bukit rimau tu hah. Pegi sana bukan buat ape pun. Just nak main game je kat sana. hohohooo..Aku pun join r skali kan. 

Aku pun pergi r beli token then main game time crisis. Ala yang tembak2 tu. Best giler main tu. Aku pun dah lama tak menembak. Lama jugak aku main game tu. Sampai ada budak kat sebelah aku tunggu je aku. Agaknya dalam hati die cakap "uhhh haii..terrornye akak ni main. tak kalah2 lagi ni hah"

Hahahahaa..aku tak peduli pun budak kat sebelah aku. Aku suko bonar main tembak2 ni. Tapi tak dapat nak habiskan sebab makin lame makin susah. 1 stage pun dah lame. Longoh tangan den ni hah pogang pistol tapi puas sesangat r. Aku main dah hampir separuh stage 2. Pastu dah tak larat dah. Lotih pinggang ni hah.

Adik2 aku jangan cakap r. Skejap main kete, pastu main basketball la, main tembak2 la, main boling la. Diorang tu mmg giler dengan game. Tengok la kakak die sape kan. Ayah pun ikutkan je la sebab diorang pun balik shah alam jarang-jarang.

Lepas tu pegi pet shop nak beli makanan kucing. Time nak bayar tetibe wahh ade sugar glider r. Hari tu pegi takde lagi. Comel aje sugar glider tu. Kalo ade duit aku nak beli.

Bila dah habis lepas tu pegi secret recepi kat kota kemuning sebab ibu kirim pai ayam. Skali tgk xd pai ayam, yg ada lamb pai. So beli la cornice chicken n 3 slices of cake.Woohhh mmg kenyang la kan petang tu. Emmm bila dah kenyang ape lagi mata pun mengantuk la. Itu yang hantar adik2 aku balik semenyih lambat tu. Kul 9 lebih sampai umah wan. Lepas tu aku g umah atin kejap sebab nak bagi duit kat die tuk ke kursus kawen tu. Tapi skejap sangat kitorang jumpa. Bapo minit yo. Aku pun nak cepat sebab nak balik shah alam balik kan.

Aku ingat balik semenyih petang la kan so boleh la gak lepak2 skejap. Tapi nak buat camne. Malam baru bertolak kan. Mmg tak dapat la.

ok la..sayonara

Monday, February 13, 2012

tak nampak pun

Mana naga?Mana dia?Aku nampak dua kali naga keluar. Tapi ayah tak perasan. Ayah pun tanya tadi "tak keluar pun naga tu. Ada nampak tak?"

Ahhaaaa...Apa naga-naga ni. Raya cina dah habis la. Haissshhh ni bukan naga yang tu la. Ni naga dalam cerita merlin tu. Kan ada contest sekarang ni. Ayah iye-iye suruh aku masuk sebab nak kan hadiah la. Menarik jugak hadiah tu. Grand prize dia LED tv 42 inch. Hah menarik tak. Menarik kan. Bagi aku menarik la sebab aku memang nak tv.

Kalau dapat tv tu la kan, tv yang sekarang ni boleh la letak kat atas untuk aku main ps. HAHAHAAHAA...iye la tv kat bilik aku ni hah dah rosak. Dah takleh pakai dah. Gelap je. Susah aku nak main game memalam. Aku ni dah la gile dengan game. Sehari tak main game tak sah.

U know what. I'm the perfect gentleman. Weyy ape la yg ko merepek ni. Bukannya ape. Tu title yg aku dah dapat sebab aku main game pes2012. Aku main penuh hemah. Susah tu nak dapat title tu. Aku kene dapatkan less than 1 foul per match in last 10 game. What??!!10 game??What tak what la. Aku dah dapat dah pun title tu. Suke giler aku. Tersenyum lebar macam panda senyum.erk...panda senyum ke?konfius jap.

Hmmmm takde ape nak cakap sbenarnya. Saja nak mengisi ruang kat blog ni. Kalo tak nnt tak terusik pulak kan. Lagi satu aku ape ni hah pasal uitm. Tak dapat continue la. Aduhhh 20 org je kuota. Macam giler je 20 org je. Sabar ye kawan-kawan. Architecture memang camtu. Mungkin rezeki kita bukan sekarang.

So tadi abang ada cakap nnt try mintak sub course pulak. Iyela kalo aku nak sambung degree archi aku mmg agak susah la nak dapat. Kekadang aku terpikir jugak nape la aku tak ikut cakap ayah masuk aje matrik tu. Nak buat camne dah aku tak minat matrik. Menyesal pun tak guna kan. So skang aku dah decide next tyme aku nak apply building surveyor or qs. Forget about architecture. Aku amek yg sub aje.building surveyor n quantiti surveyor. 

Lagipun mase aku g interview uitm tu lecturer tu ade suggest kat aku amek building surveyor. Building surveyor is also architect. Bak kate lecturer tu kita jadi doktor bangunan. Hah best la tu. Ok don't give up najlaa. Move on okeyhh. yeah i can do it.

Hmm nampaknya lambat lagi la aku nak kawen...oppsss kawen??calon pun takde lagi..

ok byep...

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa