visit us!!

About Me

My photo
aku sejenis manusia yang pernah buat salah, yang pernah buat baik, yang pernah, dan pernah dan memernahkan..eh apo yang aku cakap nih. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Thursday, August 26, 2010

wuuaa

Salam...

Dah terlalu lama aku rasa aku tak berblogging. Ni baru dapat online. Pukul 2 pagi semalam aku sampai kat rumah wan aku. Balik sini pun mengejut. Tengah syok tengok supernatural tiba-tiba ayah cakap nak balik Semenyih. Terkejut la aku. Jam dah pukul 11.30 malam masa tu.

Aku terus je la kemas beg. Seronoknya dapat balik Semenyih. Berbuka puasa ramai-ramai. Hari ni dapat makan kuih karipap resipi istimewa wan aku. Kuih karipap wan la yang paling sedap dalam dunia ni. Akhirnya dapat juga aku makan karipap wan yang sedap tu. Resipi turun-temurun.

Tadi baru siap apply uitm. Harap dapatlah hendaknya. Amin...Sekarang pun dah nak pukul 2 pagi. Semua orang dah lena diulit mimpi. Wan, ayah, adik-adik, makngah, makteh, maksu, pakuda, pandak semua dah tidur. Tinggallah seorang aku mengadap laptop and pakcik mengadap tv tengok cite Arnold.

Okla..Nak undur diri. Nak titun..

Friday, August 6, 2010

Kamu belum memahami aku sepenuhnya..

Jangan menutur kata
Andai ia menyakitkan hati kecilku
Hati panas ingin menyendiri
Tutur kata tidak berbalas olehku
Kamu mungkin terluka akan kelakuanku

Telinga mendengar perkhabaran baik
Tapi hati berbisik
Malas mendengar kata-kata
Ingin menutur kata bicara
Lidah kelu amat menutur bicara
Hanya hati dan fikiran
Yang asyik menuturkan kata tanpa henti

Kamu belum memahami aku sepenuhnya
Apa mahuku..apa inginku..
Apa bisik hatiku..apa rintihan hatiku
Aku tahu kamu perasan akan keadaan yang berlaku
Cuma kamu tidak menggali sedalam-dalamnya apa mahuku

Tiada apa yag aku mahukan
Cuma aku ingin menggenggam kebahagiaan
Menggenggam akan gelak tawa
Dalam kehidupan bersama mereka yang tersayang

Ape ke jadahnya...

Salam...

Banyak pulak entry aku post ari nie. Mana taknye. Hari ni last. Kul 12.07 a.m ni expired la sudah broadbandku. Kire bekalan tuk ari mendatang la ni. Huhu... Ramadhan pun dah nak dekat.

Entry pasal why, three is enough ngan long distance tu sebenarnya lagu the naked brother band. Lagu-lagu dia sedap. Lagu why ngan long distance slow cket cam rnb gitu. Tapi memang sedap. Three is enogh pulak rancak. Aku tau the naked brother band ni pun pasal aku ada game dia. Ala-ala guitar hero jugak main dia. Kalau lagu three is enough aku suka sangat pakai drum. Syok habis la. Main yang hard punya syok.

The naked brother band ni band budak kecik je. Comei-comei je budaknya. Vocalis n dummer adik-beradik. Aik pe kejadahnya aku nak cite pasal band ni. Sebab aku minat la aku cite. Lagu-lagu dia santai je. Euwwww i loike!!telinga aku ngan adik aku, Is suka ngan lagu band ni. Kalau terasa nak nyanyi men la pakai vocalis die. Pakai microphone dia. Hah tyme tu baru tau cmne susahnya nak dapatkan key yang betul. Lagu why paling susah nak dapat key yang betul. Hah tak payah susah2 kuar duit g karok. Haha. Tak penah pegi pun. Almaklumlah..saye ni pemalu.

Tapi aku lebih suka main pakai keypad je. Lagi senang. Kalau taknak vocalis pilih la drummer ke, guitaris ke, keyboard ke atau bass. Bak kate adik aku men game the naked brother band lagi susah dari guitar hero. Tapi bagi aku guitar hero lagi susah. Lagu2 diorang xpenah la dengar kat corong2 radio kat malaysia ni. Kat luar negara ade la. Ape2 pun...The Naked Brother Band best. Santai je.

Long Distance

I sing this song from the sky
No matter if it's heaven or hell
I know I love that
But it wouldn't work that well

I'd be sitting there all alone
Counting day after day
I knew he wouldn't come home
It is just that way
Cause long distance relationship will kill u

One night I woke with a dream
And I knew it was the end
U didn't let me cry baby
Or even let me bend
And I know cause long distance relationship will kill u

I didn't want to let u go
But baby it was wrong and right
I didn't want to make u cry
And maybe stop ur life

I just wanted to hold u in my ams
And tell u i's all right
But I know there'd be a chance
Cause long distance relationship will kill u

Aku dan White Musk

Salam...



Dah lama aku hidup dengan white musk since aku form 2 lagi. Aku tak boleh berpisah dengan white musk ni. Aroma dia...fuuhhh...memang kena la dngan hidung aku. Aroma dia masuk tak masuk je kat hidung. Macam mana tu ye?hmm susah nak cakap. Lain dari yang lain la. Dah tujuh tahun jugak la aku guna white musk ni. Sekarang pun nama dia dah tukar ke musk blossom tapi aku still panggil white musk. Sejak guna white musk, aku dah tak guna dah benda lain. Tak pandanb dah yanb lain tu. Hati aku tetap kag white musk. Aku mesti beli satu set.

Aku tak sedar pun yang white ni boleh buat oranb tahu akan kewujudan aku. Masa kat library hostel smkeh dulu aku ada la lalu kat belakang kawan-kawan aku. Tengah berborak masa tu. Then diorang dapat agak aku yang lalu belakang diorang tadi. Kuat jugak ye aroma white musk ni sampai aku pin tak sedar.

Junior dorm 3 aku dulu si bell, suka sangat godek aku punya locker. Dia suka bau bedak aku sampaikan dia cakap bau bedak tu bau aku. Haishh apa da. Aku yang bau bedak tu. Haha. Tapi dia memang suka bau white musk tu. Junior aku yang lain pun sama. Dodk,Wani,Suzie, Elni, Athirah, suka bau tu. Eh bau Kaklaa la, bau Kaklaa. Walhal masing-masing tahu aku yang bau whiye musk, bukan white musk yang bau aku.

Aku suka bila aku ada satu aroma yang jarang orang ada. Aku jenis yang tak suka bila aroma aku sama dengan orang lain. Akun nal lain dari yang lain. Rupanya aku ni mirip sangat dengan ibu aku. Dia pun suka bau yang orang lain jarang pakai. Hmm like mother like daughter. Ada satu masa tu kat library jugak tapi library PSIS. Then aku lalu kat belakang member aku, then duduk depan dia. Dia pandang aku n tanya 'ko pakai white musk eh?'. Memang la aroma white musk ni sedap sedap sangat. Walhal aku tak bau pun. Iyela orang cakap kalau kita pakai kita tak bau tapi orang lain bau.

Sampaikan makcik cafe kat PSIS pun boleh tau yang aku guna white musk. Beli nasi kat gerai dia n bila nak balik dia tanya pakai white musk eh? Hah mana tak terkejutnya aku. Makcik pun tau ke. Sebab dia dulu pun pernah pakai. Sedap katanya aroma dia. So dia boleh kenal la bau white musk. Unik kan white musk ni. Sebab tu la aku sampai sekarang ni still guna white musk. Bedak, losyen, deodorant, body spray, perfume..sume white musk. Kadang-kadang sabun pun white musk. Setia aku dengan white musk.

Thursday, August 5, 2010

Three Is Enough

One is ok
Two is fine
Three is enough

I'm sorry for all of u
People out there
That aren't as happy as me
Maybe tomorrow u will
Maybe suddenly see

I saw u sitting in the rain
I wonder what I'd do without u
And i just have the urge to see u
When I know it's too late
Three is enough.

Why

Every time I have a thought of memori
Of all the bad things that you did to me
Well...

Everybody talks
Everyone was shocked
It nearly broke my heart when I heard
And it was all wrong
It was all wrong

Why did u do it?
Why did u say it all again?
I want to know

It wasn't about the truth
It wasn't about the lie
It just the fact that u make me cry

U didn't even try
I really want to sign
I'm sorry but I have to say goodbye
Say goodbye
U make me cry
U didn't even know that u made me cry.

Wednesday, August 4, 2010

Bukan Puteri Lindungan Bulan

'Lahirnya dia ke dunia telah menghapuskan mimpi-mimpi duka. Pemergian ayahandanya membuatkan dia tersisih dari kasih sejati ibu sendiri. Namun demi sebuah memori, dikuatkan dirinya meneruskan perjuangan yang diwariskan. Apa yang diharap tidak pernah menjadi kenyataan. Serakah lelaki menghumban dirinya ke lembah derita. Sebuah cinta agung buatnya, berubah warna. Sinar mentari yang diidamkan, gerhana juga yang datang...'

Bukan Puteri Lindungan Bulan novel yang paling tebal pernah aku baca. Baru je habis baca petang tadi. 1211 halaman. Bayangkan la macam mana tebalnya novel ni. Eventhough tebal, seriously tak boring. Every chapter best jalan cerita. Actually novel ni dah lama keluar. Tahun 90-an. Aku baru nak baca. Baru ternampak kat almari novel maksu aku. Ni bukan terbitan alaf21 tapi Creative Enterprise Sdn. Bhd. Penulis dia pulak Liana Afiera Malik.

Kisahnya bukanlah kisah sepatu atau stoking. Tapi menghidangkan kisah ambisi, cemburu, persaingan, percintaan, perbalahan, pencarian, kepintaran dan kebodohan dalam dunia. Sejauh mana erti kemenangan jika tak ditusuki terlebih dahulu dengan kekalahan. Selembut ,ana ertinya kasih jika ia tidak terlebih dulu disanggah kebencian.

Novel ni antara yang aku baca takda selang-selang. Setiap page aku baca. Biasanya aku mesti ada nak langkau page. Tapi Bukan Puteri Lindungan Bulan, aku baca page demi page. Watak dia memang ramai. Watak utama Larasati 'Aisya binti Dato' Seri 'Azim Alwi atau nama manja Puteri. Aku suka sikap Puteri. Teguh pendirian, bijak, sabar, dedikasi. Tapi kesian dia. Macam-macam pengobanan dia buat untuk lesejahteraan orang lain. Walaupun kaya tapi tak berlagak n tak angkuh. Low profile je.

Satu benda yang aku dapat. Janji lelaki kadang-kadang janji manis je. Masa belum dapat, manis je kata-kata. Bila dah dapat, dah kawen lupa janji. Haishh tak baik betul lelaki macam tu. Perangai manusia boleh berubah bila-bila masa je. Dalam Bukan Puteri Lindungan Bulan kita sempat mencecap pelbagai menu kehidupan, satu dunia rasa yang menguji, penuh deretan pengalaman berat dan ringan dari cinta kepada benci, dari berkongsi kepada iri, dari air kepada api dan dari hidup kepada mati. Walaupun tebal, percayalah, tak terasa penat dibaca.

story mory

What i'm gonna write in this entry. I dunno. I'm just write what in my mind. Lunch time, my mom asked me to make a sweet sour tempe. 1st time aku dengar ada sweet sour tempe. Pelik pun ada. Tapi ibu dah suruh buat, aku ikut je la. Eh sedap pulak sweet sour tempe. Banyak aku makan. Maybe jugak aku yang masak sedap kot. Ahaha..jangan nak perasan la Najlaa. Angkat bakul sendiri je tau.

Hari ni aku banyak ratah sayur campur yang ada kobis bunga, carrot n lada benggala. Ni memang favourite aku. Sedap betul. Sayur dah sama banyak dengan nasi. Aku ni agak vegeterenian jugak. Haiwan aku tak makan sangat. Ikan n daging je la haiwan yang aku makan. Yang lain tak boleh macam seafood n ayam. Kepantangan aku makan benda macam tu. Aku yang merana nanti. Memang teringin tapi apakan daya. So aku kalau makan kadang-kadang tumbuhan je la yang aku makan. Makan ikan hari-hari amatlah muak.

Hari ni ada surat untuk aku. Dapat tawaan futher study kat MUST. Malaysian Universiti of Science and Technology. Tapi dapat bachelor in business administration. Minat ke aku? Kalau dapat architecture landscape ke sejuk la hati aku ni. My father asked me that i wanna go or not. For sure la taknak. Takpe la. Ada rezeki ada la.

Setiap hari kena senyum. Tak kira la ada problem ke sakit ke runsing ke yang penting senyum. Kalau asyik nak muram nanti rasa nak marah je. So smile...

Tuesday, August 3, 2010

no talks

Makin hari diam aku makin menjadi-jadi. Diam aku kembali sebaik saja aku menjejakkan kaki di Shah Alam. Sedar akan hatiku perubahan yang berlaku. Tidak seceria ketika berada 5 hari di rumah wan. Itulah keunikan rumah wan. Tiada keluh kesah terpancar jika berada di sana. Segalanya begitu indah dan tenang dengan kesegaran ixora sunkist, alamanda catartika, baugainvilla dan macam-macam lagi.

Dengan keseronokan memetik buah rambutan, pulasan, manggis, jambu air, duku langsat dan ketidaksabaran menunggu buah durian gugur, amatlah terhibur hati kecil ini. Tiada duka, tiada kelu lidah berbicara. Tetapi berubah akan segala kelakuan ketika di rumah sendiri. Lidah kelu diam membisu. Sepatah ditanya sepatah dijawab atau mungkin hanya dengan reaksi muka respon diberi. Badan yang tidak sihat aku rahsiakan dari pengetahuan ayahanda dan bonda. Tidak mahu hati yang dikasihi gundah gelana.

Bicaraku hanya pada yin, tom, tam, meng, ciku, momot, manja, chimo, urap dan taiko kucing-kucing jagaanku. Berapa bulan lagi bertambah la gamaknya. Hanya pada mereka aku melepaskan yang tersirat dan berbual bicara. Amat berat akan mulutku untuk berkata-kata walau aku hampir tersungkur ketika menyiapkan makan tengah hari. Seketika aku duduk merehatkan badan yang tak terdaya. Jika berkurangan aku sambung kembali kerjaku, dan duduk semula jika tidak terdaya.

Tidak termampu dan terkata aku menyatakan rasa tidak sihatku kepada bonda walaupun bonda seakan nampak akan perubahanku. Tapi dengan reaksi muka aku yang seakan tiada apa yang berlaku dapat menutup segalanya walhal ketika itu hanya Allah saja yang tahu bagaimana aku menanggung derita. 2 jam aku terbaring di sofa. Tidak sedar aku. Pitamkah aku?pengsankah aku?yang hanya aku ingat badanku lemah gemalai.

Aku tidak suka keadaan ini. Sememangnya berat untuk aku ucapkan pada bonda yang aku tidak sihat kebelakangan ini. Tidak mahu bonda risau. Cukuplah risau akan kesihatannya saja. Biarlah sakit aku diluahkan disini saja. Bukan ingin menagih simpati, tapi untuk meredakan jiwaku yang rudum.

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa