visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Thursday, December 30, 2010

macam chiipsmoree

Ada tapi macam tak ada...
Wujud tapi macam tak wujud...
Marah tapi macam tak marah...
Terasa hati tapi macam tak terasa...
Terkenang tapi macam tak kenang...
Ingat tapi macam tak teringat...
Percaya tapi macam tak pecaya...

Ok ada kaitan ke ngan tajuk aku chipsmore tu?ade la jugak kot. Hentam ajelah.
Kejap ada kejap takde. Haisshh ada tapi macam takde.
Dah lama tapi macam takda apa yang berlaku je. Haisshh...

Wednesday, December 29, 2010

Harimau Menang!!Yeayyy

Salam...

Alhamdulillah...Tahniah harimau...harimau malaysia championn!!!

Bila dah abis tgk bola an aku bukak la fb aku nak tengok kek aku kat game cupcake corner dah masak ke belum an. Aku ni ado gak kojo. Kojo men game yo lah kek umah nih.

Almaklumlah..skang ni aku dok tanam anggur je kat umah. Hahaha..

Ok..ok..sambung balik cite. Bila dah abis nengok bola aku on fb. Bila dah on fb aku tengok ramai status2 diorang cakap pasal bola...

Perrrgghhh memang penangan bola la ari ni..termasuk la aku ngan ayah aku. Time goal tu bersorak sakan GOOOOAAALLLLLL!!!!

Ramai betul la status pasal bola. Ade kawan aku yang soang tu tak penah2 tengok bola tapi ari ni die tengok pulak. Wooowwwww amazing. Tahniah la untuk mona ye sebab tengok bola. Hahahaha...

Tuesday, December 28, 2010

Benda lawak kat ostel

Aku tersenyum soang2 bila aku baca dodek punya post kat fb. Pasal kod baju yang mase kat ostel dulu. Bukan letak kat baju je kod tu, kat baldi, kat tudung n banyak lagi la. Boleh cakap semua benda yang hak milik kita kene letak kod tu.

Bukannya ape..senang la nak cam sape punya barang nak2 time lelong. Kalau lelong ramai yang xnak ngaku barang die. Apada..

Aku punya kod BD089 kalo tak salah. Yang kelakarnye asalnya post dodek tu pasal kod je. Pastu kuar pulak crite lain.

>Berebut bilik air la

>Pasal lelong baju

>yang best ari jumaat lepas prep berlari-lari g dewan makan nak makan nasi lemak yang lbih pagi tadi. Berebut-rebut ngan dak2 aspura. Gaduh lagi tu pasal makanan.

>Masuk surau lambat kene tulis nama.

>Kene marah bila tido masa baca yassin.

>Mandi air pili bomba.

>Berenang dalam kolah.

>Stiap minggu gotong-royong. Tapi ramai yang ngelat x wat keje.

>Kumpul buku hijau nak outing esok. Walhal semenyih je kot. Macam la lame sgt tak g pekan. Kah3..lawak. Takpun paling jauh kat projet. Makan kat sana. On9 kat sana.

>Ari2 kene berdepan ngan pakcik najib yang garang. Pinggan kene campak bila tak buang sisa dalam pinggan.Huahuahua..

>Aku ngan adiana x dpt makan tgh ari sbb kitorang balik lewat sangat. Xd la lewat pun. Kul 2 kowt!!kitorang ni ajk buku merah. So kene la siapkan buku merah tu. Nak masukkan nama dak2 nakal bukan cket beb. Melambak2 orang yang wat salah. Achik dewan makan tak bagi makan. Kebulur sih kitorang!!!

>Masa skolah petang, lari2 masa balik sebab malas nak beratur kat dewan makan.

>Library aspuri banyak tahi kucing. Tu yang berkat tu. Haha.

>Masa form 3 jerit2 kat tembok lepas xm. Melepaskan tension. Tension la sgt kan..hohoho

>Berebut sinki basuh baju.

>Cop tempat gosok.

>Perjumpaan stiap malam khamis.

>Kul 11 kene tutup lampu.

Aiyaaa..macam2 lor tyme dolu-dolu. Bila pikir balik lawak je..

Saturday, December 25, 2010

4 da rest of my life feat ipi n dina

Salam...

Adik-adik aku suka lagu Maher Zain ni. Bila aku cakap nak buat video tak, lantas ipi n dina terus ngangguk dengan laju sambil ipi buat muka mr. bean die.

Aku suka video ni la. Sebab suka tengok kerenah adik2 aku ni. Nak-nak muka ipi. Memang macam mr. bean...huahuahua..Ni la dia lagu for the rest of my life feat ipi n dina...

Family 69???

Salam...

Di hari sabtu yang membosankan ni...cewahh..xde la..aku sebenarnya boring ni. Adik2 aku sume dah balik rumah wan. Sekolah pun nak start. So aku jadi la anak tunggal semula. Duk soang2 kat shah alam ni. Adik2 sume kat semenyih.

So untuk menghilangkan keboringan aku, aku nak cite pasal pangkat. Ok2 ni bukan pangkat kat skolah ke, kat ipt ke, pangkat harta ke..bukan..bukan...aku nak cite pasal pangkat keluarga. Ala pangkat mak sedara, nenek, nenek sedara, sepupu, dua pupu..hah yang ni la aku nak cakap.

Aku nak cite pasal family 69..eh eh dah macam crite P. Ramlee dah yang keluarga 69 tuh. Family aku pun ala2 keluarga 69 gak. Bukan ala2 tapi dah memang pun.

Semalam masa kat rumah wan aku, ade kawan wan aku datang. Baru semalam aku tau kawan wan aku tu sebenarnya sedara wan aku. La kire nenek aku la jugak tu kan pangkat die. Aku kene panggil die nenek. Ape ek nama die. Aku tak ingat la. Nenek A je la. So aku kene panggil die nenek.

Tapi tu untuk belah ayah aku. Kalau belah ibu aku nenek A tu dikira sedara ibu aku. Hah pelik an. So kalo belah ibu aku, pangkat die ngan aku, kirenye Nenek A tu mak sedara aku. Mak sedara jauh la kan. Hish memang family 69 lah.

Ok nak memeningkan kepala lagi yang tak berapa nak serabut ni. Pakchet sedara wan aku. Pakchet ni dulu penah ajar aku mengaji kat surau depan umah wan aku tuh. So aku kene panggil die atuk. Pakchet kawen pulak dengan anak buah wan aku.Hah camno tu. Takkan pakchet nak panggil wan aku mak andak pulak an walhal pakchet sepupu wan aku. HAHAHAHHA...ok sangat la kelakar jugak bile dipikirkan balik. Memang keluarga 69.

Banyak lagi aku nak cite sebenarnya. Klakar bila dipikirkan balik.

Ok satu lagi...satu je lagi aku nak cite. Nek Su belah ibu aku. Aku panggil Nek Su sebab Nek Su tu kirenya maksedara ibu aku la an. Tapi belah ayah aku pulak, sepatutnya ayah aku, makngah, makteh, maksu, n yang lain panggil Nek Su tu pun nenek gak pangkat die. Kira pangkat aku ngan makngah, makteh, maksu kira sepupu. N kalo nak diikutkan sepatutnya dowang kene panggil ibu aku makcik.

Mak aihhh...memang tunggang terbalik la nih. Baru la aku tau family aku family 69...Kalo nak pikir memang pening. So tak payah la aku nak pening2 pikirkan.

Ok la. Ni je la corat coret dari insan kembang ni. Chaw chin chaw..

Thursday, December 23, 2010

nyuummiee

Aku sebenarnya rasa geram gak ni. Tak puas ati pun ade. Bukannya ape. Aku nak upload video kat sini tak boleh2 lagi. Aku pun tak tau la ape masalah.

Dah la aku punya window life writter dah takleh guna. Susah la aku nak mengupdate blog aku. Kalau nak update blog aku suka gune life writter je. Sonang kojo den. Tapi apekan daya..sumenye hancus musnah. Video converter pun wat hal gak ni.

Yang aku tersangat2 lah tak pueh ati pasal upload video. Nak upload terus ke blog takleh, kemain la lame die upload. Tulun...tulunn saya...

K la. Sebenarnya aku bukan nak cite benda tu. Aku nak cite pasal aku makan subway. Dua ari berturut2 aku makan subway.

Ni sume sebab ipi la ni. Petang tadi siap call ayah lagi cakap ipi nak makan subway lagi. Semalam tak puas la ayah. Skali ni je last.

Eleh last la sangat kan. Ayah aku pun kesian la sebab esok ipi n dina nak balik semenyih dah. Nak beli barang sekolah. Sekolah pun nak mule dah kan. So kitorang pun pegi la beli subway kat Kemuning Utama.

Ok la. Chaww la dulu. Aku nak usahakan gak upload video.

Tuesday, December 21, 2010

Layar Impian by ella feat najlaa

Salam...

Video ni aku buat sebab ape ehh..sebab aku suke lagu nih. Ekceli aku nak rekod ni dengan adik aku Iskandar tapi die xde la pulak. Lagu lain la aku rekod ngan die nanti. Tapi tak tau la bile kan.

So ni lah die. Video ni tak clear n audio die pun tak clear. Iyela kan. Pakai handphone je. Tapi xpo lah. Gasak la an. Bukannya ade orang nak nengok pun. So video ni untuk aku. Video ni untuk aku ye...Haha...

Lagu ni mengingatkan aku time skolah dulu. Sebab tu aku suka.

Kak Nab Kiut..

Dengan ini diisytiharkan bahawa..ececehh macam nak umum hari raya pulak.

Sebenarnya aku nak cakap yang hari ahad lepas ermm bape ari bulan ek..19 december..malam ahad tu aku ngan abang, kaksu, is, ipi n dina pegi karnival haiwan kat seksyen 13. Ok la jugak.Mula2 nak pegi petang pas asar tapi apekan daya…hujan la pulak petang tu.

So malam baru la kitorang gerak g ke karnival haiwan tu. Hujan pun dah benti.

Sampai2 je nampak arnab. Wahhh banyak gilerr. Nak masuk tempat arnab kene bayar 3 hinggit. Pastu boleh kasi makan carrot kat arnab tu. Harga sebungkus carrot seringgit. Banyak gak la beli carrot.

191220101574

Tengok tu..berebut nak makan

 

Manja sangat arnab2 tuhh..dah macam kucing dah..

Arnab panjat2 kitorang sebab nak makan. Macam kebulur je sume walhal masing2 dah makan.

191220101572

eeee chomeinyee..rase nak geget je

191220101571

Saturday, December 18, 2010

Picisan berguna..

Salam...

Hari ni aku rasa cam nak cakap pasal kahwin. Ok think positive. Jangan salah anggap pulak. Ni sekadar nasihat je. Kalau tengok kat tv, paper, ramai yang bercerai-berai. Bile dah bercerai cakap dah takde jodoh nak buat cammane. Orang slalu cakap bende camtu. Habis tu macam mana kita nak tau itu jodoh kita ke tak? Ada sorang kawan aku pernah cakap kalau takde jodoh asal kahwin? Itu dah dikira jodoh la tu. Hah renung-renungkanlah.

Sebenarnya aku nak bagi advices la sikit kat kaum-kaum hawa. Peringatan untuk aku jugak ni. Ibu aku selalu nak nasihatkan aku kalau dah kawin jaga tingkah laku. Jangan sesekali jeling suami.

Sebelum kawin syurga kat bawah tapak kaki ibu tapi bila dah kawin, syurga kat bawah tapak kaki suami. Sekali kita tinggi suara atau kita tuding jari kat suami, neraka jahanam la tempat kita. Nauzubillah...

Ni lah pesan ibu kat aku. Kalau suami tu mintak buatkan air ke suruh masak ke jangan nak tinggi-tinggikan suara. Buat je. Lepas tu jangan la nak berdendam. Banyak jugak cerita yang aku dah dengar pasal isteri derhaka.

Kadang-kadang kita sendiri tak sedar kita dah derhaka, dah tertinggi suara, dah buat suami kita kecik hati. Itu memang la akan jadi tapi kena la kawal hati kita tu.

Aku bukannya apa. Ibu aku dah nasihatkan aku n aku rasa aku jugak patut sampaikan pesanan ni kat kawan-kawan. Aku ni cepat jugak rasa nak marah. So aku kene blaja kawal rasa marah aku tu.

Kalau boleh aku nak dapat calon suami yang perangai macam ayah aku ke kan. Ibu cakap ayah tak pernah sekali pun pukul ibu. Jentik pun tidak. Gaduh tu ada la jugak. Sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi salah seorang akan mengalah.

Andainya kita rasa kita ada salah, cepat-cepat mintak maaf. Dibuatkan nyawa kita ditarik masa tu neraka la tempat si isteri.

Ini peringatan la untuk kita kaum-kaum hawa ni. Taatlah dengan suami. Assalamualaikum....

Thursday, December 16, 2010

...

Dah lama sangat aku tak update blog.
Bukannya apa.
Bese la broadband buat hal.
Dah takde keje lain dah broadband aku nih. Asik-asik nak rosak.
Menyam nyam aku..

Nak cakap pasal fb pulak.
Bukan main lagi ibu aku tu. Dah ada fb.
Cayalah ibu aku nih.
Dah hampir-hampir sihat ni teruja betul die dengan fb.
Kalah anak-anak die. Hahaha...

Tapi penat jugak nak layan kerenah ibu aku ni.
Kadang-kadang dia tak paham pun bende tu.
Kitorang la yang tolong balaskan msg2 die.
hahaha...lawak la ibu ni..

K c u next moon..

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa