visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Saturday, July 31, 2010

5 hari kat kampung...

Salam...
Wah dah lama sangat tak update blog. Almallumlah...dah lama tak topup. Enrty kali ni santai. Aku heppy sangat dapat balik rumah wan tempat aku membesar. 5 hari tuh. Jumaat sampai selasa malam kat sana. Haruslah best dapat duduk umah wan. Hidup aku ceria je. Aku bukan anak diam dah masa tu. Aku anak bertuah.

Macam-macam aku buat kat sana. Masa jumaat malam aku sampai umah wan aku terus makan. Iyelah...dah lama tak makan air tangan wan. Selalu makan air tangan sndiri je. Sbelum tidur adik aku, is buat air milo. Cam biasa la mesti aku yang rasmikan air dia tu. Dia pun dah faham sangat. Ala seteguk dua je takkan berkira kot kan.

Hari sabtu n ahad tengah hari, aku ngan makteh kemas bilik belakang. Dah lama bilik tu terbiar. Dah jadi cam stor dah. Kemas-kemas banyak jumpa khazanah lama. Barang-barang lama aku pun ada. Jumpa buku muzik arwah pak itam aku. Aku simpan buku tu. Taknak bakar. Makteh pun suruh aku simpan. Dia tau mesti aku nak buku tu. Aku nak wat rujukan. Aku berhajat nak beli keyboard baru. Keyboard kat rumah n kat umah wan dah rosak. Ada beberapa key yang dah rosak. So aku berhajat nak beli baru. Bosan aku duduk rumah takda alat muzik. Rasa kosong hidup. Family aku pun pemuzik. Darah muzik tu mengalir dalam diri aku.

Bercakap bab muzik ni aku ada belajar lagi lagu baru pakai gitar. Lagu nobody. Dina suka sangat lagu tu. So aku main gitar dia nyanyi. I want nobody nobody but u...Adik aku yang is tu la yang ajar. Dia pernah ajar aku lagu yuna, keindahan pantai n macam-macam lagi. Abang aku pun ada ajar gak. Main gitar ni seronok kalau tau chord. Cuma aku ni takda la pro pun. Susah jugak aku nak tukar jari aku dari chord c minor ke b minor. Terkial-kial jari aku. Xpe nanti balik umah wan aku praktis lagi.



Dina pun ada angan-angan nak main gitar.

Petang sabtu main badmiton. Wah syokz...dah lama rasanya tak main. Iyela raket aku tertinggal kat hostel. Nasib la kawan tak balik lagi. Dia yang bawakkan raket aku balik. Family belah ayah aku memang takleh lekang ngan badminton. Dari kecik dowang main. Minat dowang jatuh kat kitorang anak-anak buahnya. Yang penting kami suma suka bersukan. Kalau ada bola tampar main bola tampar.

Hari last kat umah wan, aku, is n adik sepupu aku ayoi pergi petik rambutan belakang rumah. Syok habis. Mana taknya. Amek rambutan dalam hujan lebat. Seronok main hujan. Dah lama tak main hujan. Adalah dapat dua plastik rambutan nak bawak balik rumah. Dah siap amek terus g mandi. Iyela hujan skarang x elok. Dlu mandi hujan tak demam. Skang bahaya. Pastu main ps2. Main need 4 speed. Kalau datang rumah wan tak main game tak sah. Haruslah main game walaupun sekejap. Haha.

Kalau tak main game, main ngan obok, kecik, chemong, manja, juju, omel, chak, n lain-lain. Nak senarai banyak pulak nanti. Hah ni suma nama-nama kucing ye. Pastu men kejar ayam. Haha. Masa nak balik maksu ngan wan aku bagi duit. Wah seronoknya aku dapat duit. Raya pun belum lagi. Maksu aku selit duit dalam poket aku time aku makan. Tengok-tengok banyak maksu kasi. Wan pun bagi banyak. Mekacih ye.

Okla. Banyak pulak cakapnya. Bukannya ape. Excited..

Tuesday, July 20, 2010

ID deco

Salam...
Aku upload gambar ni atas permintaan. Aku buat ni sebab boring duduk rumah. Dari tak buat apa-apa lebih baik aku isi masa aku buat benda ni. Ada gak pekdahnya.

Ni family area 1st floor. My mom said she's doesn't wanna sofa at family area. So ni la hasilnya. Bonda asked me to creat the cabinet sekali. So aku pun pakai hentam je la. Ikut suka je. Tapi ibu aku suka pulak tu. Wah sukanya saya. Aku buat benda ni senyap-senyap sampailah siap. Then baru tunjuk dia. Masa tunjuk debar juga sebab takut ibu tak suka. Tapi reaksi positif. Hoho. Nasib baik dia suka. Penat jugak pikir idea nak buat. Lastly ni la hasilnya. Tapi takda la hebat mana pun. Sekadar sedap mata memandang je.







Proposed for living. Untuk living, idea ibuku. Aku cuma buat je ikut kehendak dia. Ikut cakap client. Hehe...tapi banyak kali jugak la aku tukar-tukar color, tukar layout. Bila dah tukar itu ini nak kena render lagi, edit lagi. Tu yang malas tu. Dah banyak aku buat pastu ibu nak tukar lagi. Nak tak nak kena la buat.

Monday, July 19, 2010

alahai ciannya adik-adik aku

Salam...

Semalam makngah aku bagi message mintak no telefon abang aku. Aik bukan ke makngah dah ada no abang? Makngah aku ingat abang dah tukar no tepon. Maybe sebab tak dapat contact kot. Sebab apa nak no abang pulak? Sebab adik aku yang dina tu rindu kat abang aku. Alahai ciannya. Iyalah abang aku tu busy kerja. Dah lama jugak die tak balik semenyih.

Dina ni manja dengan abang. Dah lama tak jumpa abang, mesti la rindu. Abang kat seksyen 13 Shah Alam, dina pulak kat Semenyih. Kan jauh tu. Takde la jauh sangat. Sejam je perjalanan. Tapi bagi budak kecik memang jauh.

Kelmarin pulak tepon aku berbunyi. Tengok no rumah wan. Hmm aku dah agak ni mesti adik aku yang no 4 tepon aku. Ipi la kan. Sapa lagi. Angkat tepon n ipi tanya ayah ada tak. Malangnya ayah aku takda. Pergi outstation kat Baling. Then ipi tanya ibu pulak. Aku pass la tepon kat ibu. Aku dengar je la kan. Katanya rindu kat ibu.

Alahai ciannya adik-adik aku. Yela kecik-kecik dah duk jauh ngan parent. Ala aku ngan abang aku dulu pun camtu jugak. Membesar ngan wan. Cuma masa tu keadaan lain sikit. Is, Ipi, n Dina duduk rumah wan sebab ibu sakit.

Iskandar pulak masa cuti sekolah dua minggu hari tu dia balik sini. Heppy sangat dia dapat balik Shah Alam. Aku selalu kalau pergi kedai mesti ngan dia naik basikal. Masa balik dari kedai memang terpancar r wajah kehepian dia dapat balik rumah. Sebab masa tu dah 6 bulan tak jejak kaki kat Berjaya Park rumah kitorang tu. Banyak la kenangan yang dia ungkit n cerita kat aku.

Alahai ciannya adik-adik aku. Takpe la ye. Bila ibu dah betul-betul sembuh korang dah boleh balik Berjaya Park dah. Tunggu hujung tahun ye. Ibu pun dah nak sembuh dah tu. Insyaallah. Amin ya rabbal a'lamin. Minggu ni kalau takde pape problem ayah aku ambik diorang balik sini. Yeah...seronok aku. Takda la aku borak dengan kucing-kucing aku lagi. Weeee....

Saturday, July 17, 2010

Aku anak diam

Aku anak diam. Dari kecil aku anak yang diam. Amat pemalu. Kurang bercakap dan bercakap bila perlu. Mungkin kerana itu cikgu-cikgu ketika di sekolah rendah menyenangiku. Senang menjagaku. Tidak banyak kerenah. Aku merasakan diam aku hingga ke hari ni. Diam aku ini berubah sedikit ketika di sekolah menengah bersama rakan-rakan hostelku. Miss them so much. Memang otak giler-giler.

Aku suka akan ayat yang puitis-puitis. Ayat-ayat ini ku rasa dapat menenangkan jiwaku. Semakin suka aku akan ayat-ayat indah setelah aku membaca entry-entry seorang blogger yang amat indah dan cantik bahasa tulisannya. Dengan ini, ia mendorongku untuk menulis sebegitu rupa tapi tidaklah seindah bahasanya. Aku hanya insan kembang. Tidak dapat untuk aku menandinginya dalam penulisan.

Di sini sajalah dapat aku meluahkan bahasa indahku kerana aku anak diam dan pemalu untuk berbicara soal hati dan sebagainya lebih-lebih pada keluarga. Tapi aku senang untuk berbicara soal hati pada sahabat handai. Thank to my friends for lending their ears to hear my problem and know my feeling.

Sekarang aku rasa diam aku itu sudah datang kembali dalam hidup. Orang tanya sepatah, aku jawab sepatah. Kadang-kala aku angguk atau geleng saja. Terasa sangat malas untuk berbicara. Jika ketawa hanyalah ketawa hambar dan senyuman kecil. Nande??otashio kokuro sabisyiuk.

Anak diam ini bosan duduk di rumah tiada bual bicara. Bual bicara hanya pada kucing-kucing kesayangan belakang rumah dan juga ruangan tulisan ini. Itu saja tempat aku bual bicara akan minda dan hati. Aku tiada mood untuk berkata-kata. Tidak mengerti mengapa ia berlaku.

Thursday, July 15, 2010

pentingkah makan?

Salam...

Lately aku asyik bangun lambat. Aku pun tak tau la kenapa aku selalu je bangun lambat sejak-sejak cuti ni. Mungkin sebab aku tinggal sorang dekat rumah. Iye la. Bangun awal pun nak buat apa. Nak pergi main basketball??takda geng la. Selalu adik aku ada boleh la main basketball pagi-pagi lepas subuh. Ni dia takda, so takda la aku pergi. Nak main sorang-sorang takut. Bahaya sekarang ni. Penjahat ramai.

Kalau dah lambat bangun tu apa lagi, mesti tepon aku bunyi. Siapa pula la yang call aku pagi-pagi ni. Sapa la lagi kalau bukan ibu aku. Dia kejut aku suruh aku bangun makan. Dia nak naik ke bilik aku tak larat. So call je la. Hampir setiap pagi macam tu.

'kakak bangun. Dah pukul berapa dah ni. Bangun makan. Isi perut. Perut kosong tu. Ish jangan biar perut kosong.'

Hah ni la ayat yang aku dengar tiap pagi. Ibu aku memang ambil berat pasal makan. Dia taknak aku dapat penyakit macam dia. Aku pun taknak. Seksa aku tengok. Ubat sebakul. Aku nak makan ubat yang 2 botol pun malas. Kadang-kadang je makan bila ibu aku suruh n kalau ingat. Kalau tak..haraaaamm. Takda la aku makan.

Makan memang penting. Sampaikan ada scene dalam cerita ku milikmu tu, pasal cucu dia risau nenek dia tak sarapan lagi sebab dah pukul 10, hah itu pun ibu aku jadikan contoh untuk aku. Ibu aku cakap:

'hah nampak. Nenek dia dah pukul 10 tak makan pun dah risau nanti sakit. Jaga perut tu kakak.'

Bukannya taknak bangun awal. Kalau bangun pun aku kat rumah sorang-sorang. Adik-adik semua kat kampung. Abang pulak duduk rumah sewa. Aku dah jadi macam anak tunggal dah. Sorang je kat rumah. Merasa la jugak jadi anak tunggal. Hehe. Best jugak. Mana taknya. Dalam freezer tu mesti ada stok sosej, nugget, burger or kentang goreng. Untuk aku la tu. Petang-petang sambil tengok cerita makan la benda tu semua. Kalau tak ada benda tu aku makan biskut kering je ka cicah air nescafw ke, tea ke, white coffee ke, milo ke.

Apa-apa pun makan peting. Breakfast tu paling penting. Ingat tu.

cinta...

Ku persembah cinta suciku
Buat insan yang tersayang
Ku ukirkan dalam hatimu
Jawapan cinta kepadamu
Agar kau mengerti

Selamilah kasih
Sucinya cintaku
Tulusnya cintaku hanya kepadamu

Mampukah kau
Mengerti perasaanku kepadamu
Dan tulus kasih hanyalah untukmu
Mampukah kau selami
Jauh ke dasar hati ini
Oh hanya namamu yang tersembunyi

Ku harapkan kau mengerti
Cintaku seadanya kasih
Ku inginkan kebahagiaan
Bersamamu oh selamanya
Tanpa rasa curiga...

Wednesday, July 14, 2010

wakaka crew winner showdown 2010!!

Salam...

Wah happy sangat ni. Sangat-sangat gumbira hatiku ini. Apa yang sonok sangat ni??wakaka crew la..wakaka crew menang showdown 2010!!!best r performance diorang. Nak-nak time dia dance masa lagu wakawaka...diorang edit lagu wakawaka jadi wakaka..pastu pakai jersi pulak..wow...nice lor...

Congrat la tuk wakaka sebab dapat kalahkan giller battle crew. Musuh ketat korang kan. Musuh ketat dalam battle la. Walau apapun congrat gak tuk giller battle ngan floor fever. U all done well also. Dance korang best jugak.

Tapi aku pelik la. Mana perginya hmc phlow??tadi macam tak nampak pun diorang masa performance top 12. Hmc phlow pun aku minat giler-giler. Minggu lepas aku frust sangat sebab hmc phlow keluar. Sebab aku target yang masuk final wakaka, hmc phlow ngan giller battle. Alih-alih hmc phlow yang kuar. Mana la tak frustnya. Bukan aku je yang frust, adik-adik sepupu aku pun frust.Tapi takpa la. Hmc phlow menang dihatiku. Aku frust dah macam aku frust masa ila damia tersingkir masa separuh akhir mentor 4.

Aku suka ngan hmc phlow. Lagi pula leader hmc phlow muka dia mirip betul dengan kawan plkn aku. Nampak muka leader hmc phlow teringat kat kawan baik kat plkn aku yang sorang tu. Botak dah sama botak dah..hehe...ok la. Aku saja nak luahkan rasa gumbira aku ni. Tak tau nak luah kat sapa. Adik-adik takda kat sini so sini aje la tempat aku luahkan apa yang tersurat n tersirat dalam benak fikiran aku ni.

Tuesday, July 13, 2010

lelaki baik pada aku

Salam...

Baik banyak tafsirannya. Setiap orang lain-lain tafsiran mereka akan baik itu. Aku nak cakap tentang baik hari ni. Baiknya seorang lelaki bagi Najlaa. Bagi aku baik ni luas maksudnya. Aku sangat menghormati lelaki yang baik pada keluarga. Itu yang utama. Tapi baik pada kebaikan la. Aik dah namanya pun baik mestilah kebaikan. Maksud aku baik pada keluarga ni bukanlah turut je apa kemahuan keluarga. Kadang-kadang perlu juga tetap pendirian. Baik pasa keluarga. Ikut kata. Tapi kalau keluarga suruh buat benda jahat jangan la pula diturutinya. Tu jahat namanya tu. Dah tak baik bagi aku lagi.

Lelaki yang baik pada aku juga ialah lelaki yang menghormati perempuan. Kita hidup ni kenalah sentiasa hormat akan orang lain tak kira la lain bangsa ke agama. Hormat perempuan. Jangan tengking-tengking. Berbahasa guna kata-kata yang lembut, yang enak untuk telinga mendengar. Bukanlah dengan meninggikan suara.

Aku juga amat suka akan lelaki yang menolong dan mengalah pada perempuan. Iyalah lelaki ni kan egonya lebih sikit. Kalau nampak perempuan tu angkat benda-benda berat janganlah pandang aje. Tolonglah kan. Aku pernah alami sendiri perkara macam ni. Benda tu berat tapi si lelaki-lelakk ni buat tak tahu je. Wat dunno je. Angkat diorang punya je. Haishh tak baik tau macam tu. Sakit sangat hati ni bila kaum adam buat macam tu. Tak ada hati perut la kamu ni. Lepas tu tak nak mengalah dengan perempuan. Lelaki macam tu memang aku tolak la kalau ada yang nak menambat hati aku ni. Persoalannya ada ke?hah iyalah, sapa la aku ni kan. Aku ni hanya insan kembang. Hah..hah...trade mark aku tu. Teringat pula poli aku tu dan kawan-kawan aku kat sana. Tapi aku tak kembang. Bak kata kawan-kawan aku lidi, papan, budak-budak. Aku terima seadanya.

Hah lagi satu ciri-ciri lelaki baik pada aku ialah lelaki yang tidak menyentuh perempuan. Kalau dah kahwin tu lain cerita la kan. Ni yang tak kahwin ni apa cerr?? Terus terang aku cakap aku tak suka lelaki yang pegang tangan perempuan yang bukan keluarga dia. Aku ni bukannya baik sangat tapi setakat ni alhamdulillah aku tak ada nak pegang-pegang tangan lelaki. Tersentuh ada la masa buat kerja-kerja group. Agak meluat di situ ya bila aku nampak mereka yang berdating ni pegang tangan. Berkepit sana sini. Haiisshhh...

Lagi satu merokok. Aku tak suka lelaki yang merokok. Bukan lelaki je, perempuan pun sama. Lelaki yang tak merokok tu aku rasakan mereka tu baik. Iyalah sebab tak terpengaruh dengan benda-benda macam tu. Boleh bawa maut merokok ni. Kanser sana-sini. Mulut berbau. Busuk. Bluuekk. Tabik la kat diorang yang tak merokok tu. Tahniah. Tahniah...

Lepas tu lelaki baik pada aku tentang pakaiannya. Pakaian biarlah kemas. Tak mahal pun tak apa. Aku tak suka lelakk seluar ketat. Yarrrkk. Dah macam nangka dah. Biarlah sedang-sedang elok je. Aku cukup suka lelaki pakai lengan panjang. Kenapa eh? Entahlah. Sebab nampak cool kot. Aku pun suka pakai lengan panjang even dekat rumah pun. Lagi-lagi kalau lelaki tu pakai warna putih. Lagi la aku rasa dia lelaki baik. Lelaki suka pakai putih ni pengemas bagi aku dan sangat berhati-hati dalam tindak-tanduk mereka. Tapi kalau luaran bersih, dalaman pun nak kena juga la bersih. Dalaman tak bersih buat apa kan.

Lelaki itu biarlah soleh. Selalu pergi masjid atau surau. Ni antara ciri-ciri lelaki baik pada aku. Hah lagi satu lelaki tu sayangkan haiwan macam kucing ke kan. Janganlah pulak disepak-sepak binatang-binatang tu. Tak elok tu. Hah okla. Tu la ciri-ciri lelaki baik pada aku. Rasanya banyak lagi. Tapi tak apa la. Lain hari la aku cerita. Aku ni pun tak ada la baik mana pun. Maklumlah aku ni hanya insan kembang.

petunjuk ke apa?

Salam...

Wah semalam boleh la aku kategorikan mimpi aku tu mimpi indah. Indah??hah ye la. Kebelakangan ni asyik nighmare je. Aku pun tak tahu la kenapa. Why?nande?Haishh seronok la mimpi malam tadi. Mungkin sebab semalam Sepanyol menang World Cup sebab tu aku boleh mimpi benda yang seronok.

Hah padan muka Belanda kalah. Tak suka dengan Belanda. Tak tahu la kenapa aku tak pernah nak suka dengan Belanda. Dah la suka main kasar. Memang patut la dapat kad kuning banyak. Penjahat. Dah la penjajah. Haishh tetiba pulak geram. Sabar...sabar...

About my dream last night, aku tak tahu la tu petunjuk ke mainan tidur semata-mata. Nak kata aku buat solat istiharah belum lagi. Confius jugak ni. Tak tahu la mimpi tu petunjuk ke apa. Dalam mimpi aku tu semua orang bahagia n suka masa tu. Riang je suasana masa tu.

Hmmm...penyayang, baik, lembut, sopan...bahagianya la aku kalau betul-betul jadi. Ambil berat pasal aku. Gegendang telinga aku ni mendengar kata-kata yang enak aje. Indahnya la hidup.

Ya aku dapat rasakan ketulusan hati pada dirinya. Kelembutan dalam setiap tindakan mencairkan hati aku yang susah nak dicairkan juga sebenarnya. Aku rasakan yang pohon-pohon di padang pasir tumbuh mengnijau, sehijau dan setinggi pokok-pokok seperti di hutan-hutan khatulistiwa mengibaratkan kasih sayang yang dicurahkan. Tidak layu dan tidak menguning daunnya.

Jika ini benar-benar terjadi aku ucap alhamdulillah. Syukur padaMu Ya Allah kerana telah mengurniakan insan yang dapat menjagaku dengan seikhlas hati di bumi-Mu ini.

Friday, July 9, 2010

Task successfull..

Salam..

Hari yang best hari ni. Dari petang menghadap laptop. Sakit mata aku ni. Nak tengok tv pun dah tak nampak dah ni. Power mata dah naik ke??atau mata aku kabur sebab asik tenung screen handphone yang kecik ni??

Apa-apa pun task aku dah success. Task apa Najlaa oii. Ala task main-main. Boring duduk rumah takde buat apa. Smalam dalam pukul 2 pagi lebih aku berborak dengan ibu aku. Aik tak tidur lagi?hmm aku dah memang biasa tidur lambat ni. Insomnia la katakan.

Borak-borak dengan ibu aku pasal gambar kucing dalam laptop aku ni. Memang banyak sangat. Comel pulak tu. Then ibu aku suruh aku printkan gambar kucing- kucing tu. Pastu ibu suruh aku buatkan frame sekali. Kalau aku buat frame pakai model board je la nampaknya.

Hah yang bestnya ibu aku suruh aku decorate ruang-ruang kat atas. Suruh aku design hall atas. Wah aku memang suka decorate ni. Ibu dah bagi lampu hijau apa lagi, petang tadi startla aku mendesign. Guna sketchup je then render. Lepas tu edit sikit pakai photoshop. Edit lighting la especially-nye.

Bila dah siap render ngan edit aku pun tunjuk la kat ibu aku. Tak tau la dia suka ke tak sebab ibu aku ni cerewet. Bila tunjuk ibu cakap "wah cantiknya. Hah boleh la ni. Nanti tunjuk kat ayah." macam-macam lagi ibu tanya.'mana nak dpt lampu mcm tu?mana nak cari frame cm tu?'..haha banyak betul ibu aku tanya. Teruja sungguh.

Fuh lega bila design aku proceed. Kalau time study dulu susah betul nak proceed design. Ada je yang tak kene. Then ibu suruh aku design living n dining pulak. Konsep dia nak ceria. So aku rasa aku nak buat konsep moden kontemporari macam design hall atas yang aku buat petang tadi.

Lepas ni nak belek-belek buku id, home, d+a nak cari idea lagi. Baru la aku rasa masa aku terisi. Kalo tak asik tengok tv je memanjang.

Ceritera permainan tidur



Salam...

Anak ini ingin bercerita. Bercerita akan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ini. Cerita-cerita relaliti dan fantasi yang hanya aku saja yang tahu. Cerita diriku dan mimpi-mimpiku. Ramai yang menyatakan mimpi itu mainan tidur. Mainan syaitan. Tapi kadang-kala aku begitu resah mengenangkan mimpi dan peristiwa yang berlaku dalam hidup. Mimpi-mimpi ngeri menghantui setiap ketika sehingga terbawa-bawa di alam nyata.

Anak ini sebenarnya takut akan sesuatu itu mungkin terjadi. Cuma tidaklah anak ini mengetahui bila dan dimana ia akan berlaku. Sememangnya setiap insan di muka bumu ini akan kembali pada Dia. Pohon-pohon yang rendang juga akan layu sehingga tiada lagi daun-daun berpaut pada dahan dan ranting. Daun-daun akan layu dan berguguran jatuh ke tanah dan diterbangkan dek angin sehingga tidak kelihatan di sana. Ia pergi dari alam ini dan mereput menjadi fosil dan mineral di dalam tanah.

Anak ini ingin meluah akan resah yang terbuku di benak fikiran dan hati yang celaru. Dengan alunan Kenny G membuatkan aku rasa pilu dan hiba mengenangkan permainan tidur yang aku alami hari demi hari. Sesungguhnya anak ini takut dan getar hati menempuh sisa-sisa hidup yang tinggal. Di sini tempat aku meluahkan apa yang tersurat dan tersirat akan hatiku dengan harapan akan ringan bebanan ditanggung badan. Lagi pula ramai yang tidak tahu akan kewujudan ruangan yang aku bina ini. Sememangnya ruangan yang aku bina ini untuk anak ini meluahkan keluh resah.

Aku merasakan aku tidak cukuo cahaya. Nur. Aku ingin memilikinya agar hati tenang dan sentiasa mengingati Allah. Ingin aku mendengar bunyi desiran angin yang dingin, persekitaran yang menenangkan jiwa dan minda. Anak ini mahu cahaya menerangi hidupnya. Bukanlah mimpi yang buruk dan menakutkn. Permainan sebegitu membuat aku keliru. Keliru akan permainan dunia yang kadang-kala menakutkan.

Aku perlu meneruskan kehidupan. Kehidupan yang tenang dan aman tanpa gangguan dan anasir jahat. Anak ini tidak ingin merasai akan takut itu yang dibayangi saat terpejamnya mata. Aku gentar dalam perjalanan bersama mesin-mesin canggih yang manusia cipta. Perasaan takut sentiasa ada. Takut sesuatu akan terjadi terhadapku atau orang-oranb yang aku kenali. Kebingungan ini pernah diceritakan kepada seseorang. Sesungguhnya aku takut amat. Ingin aku meluahkan segalanya dan mendakap erat tubuh. Tapi tidak berdaya.

Dalam hati hanya berdoa agar hidupku tidak sia-sia dan hanya bertakwa pada Allah. Memohon agar dijauhi segala kemungkaran dan mendekati segala kebaikan dan kesihatan yang baik kepadaku dan mereka yang ku sayangi. Amin...

Tuesday, July 6, 2010

Sejam di icity



X takut cactus...



tQ bwK KAMi g icity...



Salam...

Entry kali ni nak cerita pasal icity. Ok hari ni tak payah la ayat bunga2. 3 Julai 2010 bersamaan hari Ahad, aku n cika pegi icity. Memang dah lama rancang cume tak tau bile dapat pegi. Tup tup ari ahad dapat pulak pegi. Cam x caye je parent aku bagi aku kluar malam2 buta. First time ni aku kuar malam2 ngn member. Mungkin sebab ada cika sebab tu la parent aku bagi. Ye cika. Akhirnya plan kita successfull. Haha.

Tapi tu la. Masuk bayar 2 hinggit. Thanx la Amal blanja kitorang hari tu. Almaklumlah kami ni x keje. Income xde. Hehehe. Aku ni baru je abis blaja. Duit pun xd. Duit sume abis wat blanje mase sem 6 nak2 subject design ngan measured drawing. Perghh banyak gler abis duit. Tak lupe jgk wat Amin yang dah drive bwk aku ngan cika. N congrat untuk korang cuz dapat cari rumah aku. Haha.

Kalo yana ada leh die ikut skali tapi apekan daya dia balik semenyih. Kalo tak dapat jumpa yana. Dah lama sangt tak jumpe dia. Aku nak upload byk gambar tapi apakan daya. Agk susah aku nak upload n mengemaskini entry aku kli ni sebab aku guna handphone bukannya laptop. Juling jugk la mata aku ni tgk screen kecik ni.

Monday, July 5, 2010

modem..modem..rosak je..

salam...
Aku punya modem buat hal lagi. Asik rosak je. Cmne aku nak online kalp rosak. Ni pun aku on9 gne handphpne. Nasib baik ada handphpne kalau tak, tak tau la camne. Bazir kredit broadband je. Nak update blog pun susah.

Banyak benda aku nak cerita sepanjang hari jumaat, sabtu n ahad lepas. Best sangat la. Pergi archidex, g low yatt, ts, pegi rumah cika. Bukan pegi je tapi tido sana sehari. Pergi makan kerang berempah tapi aku tak makan la. Diorang je yang makan.

Aku rasa yang paling best masa tengok bola ngan family cika. Wah tak sangka pulak ustazah halimaton pun minat tengok bola. Memang best walaupun argentina kalah. Takpe la. German pun suka jugak.

Aku nak cerita pasal aku n cika g icity. Tapi apakan daya. Modem broadband buat hal. Kalo guna laptop senang sikit nak update gambar. Pakai handphone tak reti camne nak masukkan gambar. Lain kali aku cerita la ye. Tunggu modem aku elok dulu. Tapi bila??wuuaaaa..sabar yo la Najlaa..ado rezki ado la tu yo...tapi memang banyak aku nak cerita. Saja nak luahkan isi hati aku ni memandangkan ramai kawan-kawan aku yang still tak tau kewujudan blog aku ni.

Ok. Nak undur diri dulu ye..

Friday, July 2, 2010

Putih itu pada aku..

Putih…

Putih warna yang sangat aku suka. Pada aku putih itu ada kecerahan yang tinggi dan tiada rona. Cahaya putih ada semua warna dalam spektrum atau dikenal sebagai warna akromatik. Sangat suka aku akan putih itu lebih-lebih lagi pakaian. Pada aku orang yang pakai warna putih seorang yang pembersih. Bagi seorang lelaki yang suka memakai baju atau seluar mahupun kasut putih, pada aku dia seorang yang macho. Smart. Aku suka pada mereka itu. Nampak bersih dan suci.

Pada perempuan yang memakai putih, ia menampakkan keayuan dan kecantikkan. Dari dulu aku tertarik melihat mereka yang suka akan putih itu. Putih itu menawan bagi aku. Pandai menjaga diri juga dan sangat berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.

Putih itu pada aku sangat suci. Putih juga melambangkan keperibadian seseorang. Dalam peribahasa Melayu juga banyak menggunakan perkataan putih. Putih hati bermakna orang yang sangat jujur. Putih di luar kuning di dalam pula perihal orang yang kelihatan baik pada lahirnya, tetapi jahat di dalam hatinya. Aku tidak mahu menjadi orang seperti perumpamaan ini.

Luaran baik tapi dalaman jahat. Mungkin ramai orang yang mempunyai ciri-ciri ini. Aku memohon agar aku dijauhi dari golongan itu. Aku ingin baik di luar dan dalam. InsyaAllah.

Sering kali aku merasakan perasaan yang sama jika aku melihat seseorang itu memakai warna putih. Sejuk hati memandang. Tidak kiralah di mana pun. Dalam train ke dalam shoping complex ke, aku pasti akan merenung akan orang itu melihat penampilannya. Yang penting aku suka akan warna putih itu.

Terima Kasih..TQ..Arigato

Salam…

Entry kali ni special wat family n rakan-rakan ku aku sayang amat. Okla. Hari ni tak nak wat ayat berbunga-bunga. Hari ni kita rock n roll ngan bahasa rojak. 1 Julai tarikh keramat bg seorang hamba Allah bernama Farah Najlaa Zulkiffli.

Aku nak ucap trima kaseh banyak-banyak kat family and kawan-kawan yang dah wish besday aku. Terrimaa kasheh kerranna cadar saya lembut wish besday saye (intonasi iklan soflan)…Terharu sangat nih..

Bagi aku ucapan je pun dah cukup tuk aku. tak payah adiah pun xpe. Tp kalo ade lagi best..hak3b..tak de la..gurau je. Pukul 12 je handphone aku berbunyi-bunyi. Glamour pulak aku rasa. Ahaks.

Makngah aku pun wish kul 12 tu. Then ade call. Ingat dari sape la. Ghupenye makngah aku lagi. Bila angkat sore budak. Emm sape lagi kalo bukan adik2 yg aku sayang tu. Dikna n Ipi. Diorang wish besday kat aku.

“kakak…kakak..selamat hari jadi”

20092009279

Adik2 kecik pun pandai nak wish. Aku siap tipu lagi dowang cakap ayah beli kek 3 tingkat warne pink n ade patung. Kehpehkeh. Percaye plak tu. Then siap tny lg sambut kt Berjaya Park ke kt Semenyih. Haishh xd nye nak smbut. Malu la dah besar nak sambut.

Tapi tadi ayah aku belikan aku McD. Wahh lame btl tak mkn McD. Iyela time study dlu mane nak dpt McD kat ceruk pedalaman sane tu. KFC ade la. Tapi aku bknnye leh makan KFC pun. Kalo masuk pun makan Alaskan Fish je la. Dah tu je yg aku boleh mkn. Apekan daye…

Kalo tak ibu nak beli pizza tapi tengkolok aku ni kenyang cuz bru je mkn roti ngn tuna banyak keping. Tah tak ingat bape. Yang penting banyak sangat aku makan. Feberet aku tu roti ngan tuna. Sehari tak makan nasi pun takpe.

Hah yang abg aku pulak cm bese r. Stiap kali besday aku je mesti die akan cakap

“selamat hari Khamis 2010”

Haha. Ni la ayat dia setiap tahun. Then baru die cakap Hepy bezday. Aku pun wat kat die jugak time besday die.

Hah ok la. One more time, aku nak cakap bebanyak-banyak trime kaseh cuz wish besday saye…Luv u all la..

Arigato gozaimas. My kokuro not sabisyiuk today. Hah paham ke ape makne die?hah pandai-pandai la cari. Ok. Daa.

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa