visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Thursday, November 18, 2010

Buat Kamu Teman...

Suatu ketika aku pernah menghilangkan diri. Atas rasa diri ini aku ingin ketahui siapa yang ambil berat akan diri ini ketika aku merasa akan sunyi itu.

Salam ini buat kamu. Aku titipkan lembaran ini buat kamu teman. Ketika aku menjauhkan diri aku dari dunia FB buat sementara. Kerana aku sebenarnya ingin melihat siapa gerangan yang mengambil berat akan aku.

Ternyata kamu amat prihatin pada aku. Bertanya khabar aku. Ingin aku nyatakan disini aku terharu akan sikapmu itu teman. Terima kasih aku ucap buatmu Mona Lizza.

Aku juga tahu teman-teman aku yang lain juga sayang akanku. Cuma dengan waktu-waktu kalian yang amat terisi dengan kesibukan exam. Aku mengerti itu. Aku hanya panjatkan doa semoga kalian semua mencapai apa yang dihajati.

Ucapan selamat buat anda teman-teman. Salam...

Monday, November 15, 2010

Tak kesampaian…

Semalam pukul 2 petang aku dengan adik aku Iskandar dah beriya-iya, dah semangat gila bersiap nak pergi main badminton kat dewan sekolah cina. Dari hari Jumaat lagi dah plan.

Memang semangat lain macam r. Iyela kan. Nak main kat dewan ni semangat dia lagi membuak-buak.

Macam nak lawan betul-betul pulak kan. Sewa court pun murah. Lapan ringgit 2 jam.

Murah kan..ok la..

Makngah aku pun hantar la kami ni pergi dewan. Tapi….

Adoyai..dewan ada event lain la pulak. Hari academic kot.

Banyak betul kereta. Tengok dari jauh dalam dewan ada banyak kerusi.

Dah sah-sah la takleh nak main kan.

Ok agak hampa jugak la. Tidak kesampaian cinta kita…  nak main.

Then terus la balik rumah main game je la kat laptop sebab aku dah download banyak gila game.

Sunday, November 14, 2010

Hadiah Jam Aku

Semalam masa tengok jam, Makngah aku teringat kat Syafikah a.k.a Cika. Sebab Makngah aku tau Cika suka sangat kumpul jam. Bak kata Cika ‘tak kesah la jam tu murah ke tak asal kan jam tu cantik’. Kalau la Cika ada mesti seronok sakan dia tengok jam-jam tu suma. Betul tak Cika?? Terharu tak cikgu ct ingat kat ko Cika??

Aku dah lama sangat takda jam sendiri. Last jam sendiri aku pakai masa aku form 3. Jam Q&Q warna hitam. Jam tu still elok lagi cuma tak boleh nak pakai sebab dah patah jarum untuk letak tali. Memang tak boleh diselamatkan lagi. So jam tu aku letak je la dalam poket. Sebab apa jadi macam tu? Sebab aku main kejar-kejar dengan junior aku si Bell. Lepas tu dia tersentap aku punya jam tangan habis patah. Tapi takpa sebab dia bukan sengaja pun. Aku langsung tak marah kat dia sebab dia memang tak sengaja.

Lepas tu makngah bagi aku dua jam dia. Bonia dengan Polo. Memang minat betul aku dengan jam yang makngah bagi tu. Jam Bonia dah rosak pulak. Kene repair kat kedai. Jam Polo pulak hilang tapi bukan aku yang hilangkan. Kawan aku yang hilangkan. Mula-mula memang la aku marah gila. Iyela kan. Makngah aku yang bagi. Sayang owh. Tapi sekarang aku dah maafkan dia dah. Tak perlu la aku cakap nama kawan aku tu. Makngah aku cakap takpa la. Tak payah la suruh kawan aku tu ganti jam Polo tu.

 

131120101155

Hah ni la dia jam baru aku. DKNY. Sekali pandang aku terus minat. Makngah aku belikan kat Alamanda semalam. Dia cakap dah lama dia tak bagi hadiah kat aku. So dia nak belikan aku jam tangan sempena apa?Sempena takda apa. Saje je makngah nak hadiahkan. Sebab aku dah takda jam. Aku ni mana boleh tak pakai jam. Jam Bonia yang rosak tu pun aku pakai lagi sebab dah terbiasa pakai jam walaupun jam tu dah rosak.

131120101157

Ok aku sangat-sangat la happy dapat jam baru ni. Aku ni bukan la suka yang branded-branded yang mahal-mahal je. Macam jam dengan kasut aku memang nak yang berkualiti. Sebab aku akan pakai benda tu lama sampai la punah. Kasut mahal takpe asal aku selesa. Iyela kan. Kaki aku ni sangat-sangat la sensitif. Kalau sakit aku jugak yang merana.Aku ni hegeh je kekadang. Pakai tshirt pun biasa-biasa je. Takde la nak gempak-gempak pakai. Tapi ada sesetengah benda aku akan pakai yang branded. Untuk keyakinan diri aku jugak.

Friday, November 12, 2010

UPSR memori

Eh banyak pulak entri aku post hari ni. Aku tengah ada mood nak post entri ni. So kene teruskan dengan mood aku ni. Semalam result UPSR dah keluar. Sepupu aku Ain dah dapat result dia. OK dia tak mencapai target. Apa lagi. Mengangis-nangis la dia.

Aku setiap kali result UPSR keluar, aku mesti teringat saat-saat debar aku menanti result UPSR aku. Masa tu darjah 6 tak ramai. Ada 3 kelas je. So tunggu result dalam bilik mesyuarat. Masa tu semua orang debar semacam je. Aku dah la berdebar-debar, takut pulak tu nak terima result. Dalam fikiran aku berapalah yang aku dapat. Ntah-ntah 3a pun tak dapat.

Cikgu-cikgu aku pulak buat muka suspen je. Lagi la kitorang takut. Phsyco je cikgu-cikgu ni buat kami gerun. Tapi aku sayang betul dengan cikgu-cikgu sekolah rendah aku sebab mereka baik sangat dengan aku sebab aku baik kot. Ceh perasan lagi.

Masa nak umum result cikgu panggil 12 orang nama termasuk aku. Kami kene berdiri bila nama dipanggil. Wuuiishhh lagi la gerun kitorang. Last-last cikgu senyum n ucap tahniah. Aikk kenapa pulak kan. Kitorang ni tak paham lagi. Tahnia buat 12 orang ni. Korang dapat 5A.

Hah..aku memang tak caya. Terduduk aku kat kerusi. Tetibe je aku menangis. Menangis kegembiraan plus tak sangka gila. Cikgu Sharifah ni cikgu Sains aku. Dia salam aku ucap tahniah. Kawan-kawan aku pun ada yang menangis tak percaya diorang dapat 5A. Time tahun kitorang memang pecah rekod. Dapat 4A pun ramai jugak. Sekolah tu pun baru 3 tahun dibuka. Sebelum nak keluar Cikgu Ainon cikgu BM aku, cikgu yang paling aku sayang sangat peluk aku. Masa tu lagi la mengalir-ngalir air mata aku. Aku memang tak boleh lupa kenangan tu sampai la sekarang.

Lepas tu kitorang 12 orang ni dapat pergi kfc sebab ayah kepada kawan aku Khairul Aqran, ayah dia Pakcik Kadir dah janji siapa yang dapat 5A nanti dia belanja kfc. Kitorang pun pergi la kfc kat Balakong tu. Memang best la. Walaupun masa tu aku tak berapa boleh nak makan ayam tapi aku belasah je makan kfc.

Yang paling aku kelakar jiran yang paling rapat dengan aku, Ayie pun dapat 5A. Pakcik Roslan (ayah ayie) cabar Ayie.

‘Kalau Ayie dapat 5A abah lari bogel satu taman’

Sekali Ayie dapat 5A. Hah terkejut pakcik Roslan. Terus dia batal niat dia dulu. Hahaha..Lawak…Sebab dia memang tak jangka Ayie akan dapat 5A. Ok memori itu sangat best.

Ayam Kejar Kucing??

Kucing dengan ayam rapat ke tak??Hah kucing dengan ayam kat rumah Wan lain macam sikit. Perangai pelik-pelik je.

Ayam takut kucing tak?

Atau kucing yang takut ayam??

Hah aku nak cakap pasal kucing takut ayam.

Kelakarkan kenyataan ni. Kucing pulak takut ayam. Walhal kucing makan ayam.

Siapa yang takut ayam? Kechik takut ayam. Kechik tu kucing Makngah la kan.

16022010138

Hah ni la Kechik. Manja je dia ni. Masa dia kecik selalu hisap jari aku pastu tidur. Aloo comei betul masa tu.

Image180

Ni pulak Obok. Obok lagi manja. Panggil Obok mesti dia datang. Tak caya meh datang rumah wan.

 

Nama je Kechik tapi besar je macam Obok jugak besar dia.

Aku tak tengok macam mana ayam kejar si Kechik tu. Ipi yang cerita.

Kalau aku yang tengok mau aku terbahak-bahak campur terguling-guling gelakkan Kechik.

Kechik yang besar. Aku selalu panggil Kechik tu Kechik yang besar sebab dia memang besar tak macam kucing biasa.

Memang baka-baka besar.

Ipi cakap hari tu ayam kejar Kechik. Terkedek-kedek ayam kejar Kechik.

Ayam kat rumah ni memang la lain dari yang lain. Manja kemain lagi ayam kat sini.

Lepas tu makan makanan kucing pulak tu.

Mana tak besar macam Kechik dengan Obok.

Habis makanan kucing-kucing ni dimakan dek ayam-ayam.

Apadaaa.

Naik Motor

Dah lama dah aku tak post entri. Lebih kurang seminggu jugak la. Kelmarin ku dengar kau ucap kata cinta. Seolah dunia bagai di musim semi. Ok..ok..tu lirik lagu Hujan Kemarin dari Taxi Band. Memang sedap lagu dia. First time dengar terus terpaut. Aku bukan nak cakap pasal lagu Hujan Kemarin tapi aku nak cakap pasal kelmarin.

Kelmarin hari Rabu. Apa yang aku buat masa petang Rabu? Macam biasalah aku main badminton dengan adik aku kat laman rumah Wan. Aktiviti biasa kitorang. Lepas tu Pakcik invite kitorang naik motor peninggalan arwah Pandak. Hah apa lagi. Meronda-ronda la kami ni. Nak dijadikan cerita, kelmarin 1st time aku bawak motor. Perhh caya ke tak caya. Lantak la orang nak kata apa. Umor dah 21 baru bawa motor. Orang lain sekolah rendah lagi dah bawak motor. Aku 21 tahun baru bawak.

Pakcik aku invite aku. Dia kata try la bawak. Aku kalau dah diberi lampu hijau baru la aku nak. Kalau takda sapa cakap takda la aku naik motor. Lepas tu apa lagi. Aku dengan Is n Dina round la bawak motor kat perkarangan rumah Wan ni. Iyela rumah kampung kan. Tanah pun luas la. Aku pun bawak la sampai ke belakang rumah Wan ni tengok sungai yang dah takda rupa sungai. Dah semak dah sungai tu.

Dulu masa kecik-kecik time sekolah rendah, lepas mengaji kat surau depan rumah Wan ni aku dengan sepupu sepapat aku termasuk la abang aku tu selalu pergi ke sungai belakang rumah ni. Siap mandi. Dulu air jernih, bersih pulak tu. Cuma ada pacat je la. Pacat tak pacat, mandi tetap mandi. Tapi aku tak mandi la. Wan tak bagi. Aku ni kan cucu yang baik. Ecece..perasan la pulak. Tapi betul la. Hakikat la ni. Fakta bukan auta. Aku baik. Wee…

Dah lebih kurang seminggu jugak arwah Pandak pergi meninggalkan kami. Aku ni ada satu macam fobia. Fobia tak boleh tengok mayat. Aduh memang tak boleh. Tapi hari tu aku beranikan jugak tengok muka arwah buat kali terakhir walau pun beberapa saat je. Lepas tu mula la takut je rasa. Takut aku ni lambat nak hilang. Makan masa berminggu-minggu jugak la. Sekarang ni rasa takut tu dah kurang dah sikit-sikit. Alhamdulillah.

Ok. Aku dah pandai bawak motor. Eh tetibe je kan. Ok..Salam.

Wednesday, November 3, 2010

Perginya seorang lagi keluarga..

Pagi semalam kami sekeluarga dikejutkan dengan pemergian arwah pandak iaitu adik kepada ayah aku ke rahmatullah. Memang tidak diduga. Arwah menghembuskan nafas terakhir di rumah wan. Selama tiga hari ini kami akan membuat kenduri tahlil. Hari ni hari kedua.

Aku mungkin dalam beberapa hari atau mungkin dalam beberapa minggu ini aku tidak akan pos entry kerana aku akan berada di Semenyih sehingga Hari Raya Haji. Sekarang ini adik-beradik ayah tinggal enam orang dari sembilan orang. Sudah tiga orang pak sedara rapat aku sudah pergi ke rahmatullah. Arwah pak itam, arwah paklang dan arwah pandak sejak 12 tahun yang lalu.

Aku akui aku berasa sangat sedih di atas pemergian arwah-arwah. Setiap kali melawat kubur allahyarham aku seperti ingin menitiskan air mata mengingati memori kami bersama. Aku takut amat akan kematian. Memang sejak akhir-akhir ini aku selalu mengalami mimpi ngeri.

Sudah dua malam aku tidak dapat tidur lena akibat dari keadaan kesihatan aku juga. Batuk, sakit tekak dan selsema ini mengganggu tidurku. Al-Fatihah buat allahyarham.

Tuesday, November 2, 2010

Teringat Kamu..

Whenever sang my songs
On the stage, on my own
Whenever said my words
Wishing they would be heard

I saw you smiling at me
Was it real or just my fantasy
You'd always be there in the corner
Of this tiny little bar

My last day here for you
Same old songs, just once more
My last day here with you?
Maybe yes, maybe no
I kind of liked it your way
How you shyly placed your eyes on me
Oh, did you ever know?
That I had mine on you.

Kamu itu masih lagi diingatan. Saat aku bertemu kamu serasa bagai ada sesuatu yang menggetarkan jiwa. Buat sekian kalinya aku merasa akan getar itu. Aku tahu kamu tidak mengerti akan getar itu. Kerana kamu punya orang lain. Tapi aku merasakan yang kamu juga tahu akan keadaan diriku ketika itu.

Kamu seakan memberi sinar pada hidupku. Pada duniaku. Itu kali pertama terjadi dalam diriku. Betapa indahnya ia. Aku merasa akan bahagia itu, sakit itu, terguris itu, ego itu, pahit itu, manis itu. Segalanya sudah ku rasai.

Disini aku tidak sihat. Aku sakit tekak yang amat, selsema dan batuk. Membuat aku merasa seperti kehilangan dan sunyi amat hari ini. Tidak seceria hari-hari kelmarin kerana sakitku ini dan membuatkan aku merasa ingin menulis di kamar mengikut melodiku. Ia membuat aku terfikir akan kamu dan memori-memori silamku.

Monday, November 1, 2010

Anak hari ini…

Hakikat hidup ini banyak yang cantik dan perihnya. Kasih diperlukan sepertimana tumbuhan memerlukan air untuk aku bermain dan melakonkan watak di atas pentas. Pentas agungmu ini. Serasa seperti dibadai ombak. Ombak itu cantik amat menenangkan jiwa pabila mendengar desirnya tetapi boleh berubah juga kepada ganas sehingga manusia berasa takut akan ombak yang cantik itu.

Aku berasa kurang sihat disini. Sakitku ini masih boleh ditahan. Juadah ku telan perlahan mengisi kekosongan perut. Inilah watak-watak dunia. Kita akan sihat dan kita akan sakit. Kita anak istimewa juga menjadi kebahagiaan ibu ayah. Anak kamu harus mengerti betapa mulia pengorbanan mereka memberi kasih sayang agar dapat menikmati dunia.

Anak membesar tak disedari sehingga pandai berbicara. Apa yang telah terjadi ketika ini?Ramai anak derhaka pada ibu ayah. Mengapa begitu apakah salahnya wahai anak-anak masa kini? Wahai anak-anak, kamu tak mengerti bahawa mulia pengorbanan ibu ayah.

Anak-anak ramai sudah terpesong dan tersesat dengan lakonan dunia dan keseronokan dunia tanpa kamu kenal apa itu sebenarnya. Kamu tahu ia salah tapi anak-anak kini hanya asyik dengan keseronokan. Kamu telah tersesat tanpa kamu sedar atau tidak. Kamu hilang diri dan pedoman kamu sehingga tak siapa yang mengambil tahu.

Suatu hari kamu akan mengangis jua menyesali tindakan. Ibu ayahlah yang menghampiri kamu walau kamu telah terpesong jauh. Ya Allah kirimkanlah aku kekasih yang baik hati yang akan membimbing aku ke jalan Mu. Sepi selalu hati ini tiada yang menghiasi akannya. Seperti sudah pupus. Semakin layu mawar ini tiada memiliki. Seperti aku ini semakin pupus.

Pentas ini makin ramai pemusnah. Bumi tiada rimba seumpama hamba yang dicemari manusia jahil ketawa. Tiada udara bumi ini bagai tiada nyawa tanpa disedari akan hilang suatu hari. Anak yang sudah dewasa sering merayakan kejayaan. Kejayaan yang membinasakan akhirnya. Masih lagi muda jiwa kita. Tiada guna kematangan fikiran jika seringkali melakukan kesalahan. Masih lagi mentah kamu itu.

Aku mahu amat melihat akan perubahan dunia ini ketika ini. Anak-anak hormat akan orang tua dan mencari jalan yang lurus dan diredhai Allah. Siapa pun kita ini, kita punya rasa kasihan pada diri. Mohon untuk diampunkan dosa-dosa lampauku. Aku bukan anak yang tidak pernah melakukan kesilapan. Banyak kesilapan telah aku lakukan. Diriku hanya satu. Mahu aku hapuskan bayang jahat dalam diri dan mengambil bayang baik serap kedalam jiwa.

Harap kamu kembali

Fuhh penat la pulak aku rasa. Penat mengupdate blog-blog aku yang lain. Aku taip ni pun slow je sebab ada kucing kat tangan aku tengah tidur. Taknak la dia terjaga. Lena je aku tengok dia tidur. Alolo..cumeiiinye dia..

Hari ni nak formal sikit. Aku rasa agak sedih la pulak hari ni. Ada sorang blogger yang aku suka sangat baca penulisan dia. Penulisan dia memang aku kagum. Bukan aku je tapi ramai yang kagum dengan cara penulisan dia dan ramai jugak aku rasa yang sedih atas pemergian dia dari dunia blog ni atas sebab-sebab tertentu. Hari-hari aku akan mentelaah entry-entry dia. Dalam sehari mesti lebih dari satu entry dia akan post. Semuanya pasal kehidupan dia.

Dia cerita kisah-kisah dia berkias. Ayat-ayat dia kadang-kadang aku kena ulang 2-3 kali baru boleh faham. Selalunya entry-entry dia buat dalam bentuk puisi, sajak, syair. Memang puitis. Dia suka jugak luah kat lukisan atau musik. Ahh itu yang buat aku lagi suka kat dia.

Kisah hidup dia bagi aku cukup rumit. Anak tunggal yang tersepit di antara kedua ibu bapanya. Hidup berdikari. Cari duit sendiri dengan bekerja. Sambil tu belajar. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana Engkau telah berikan aku keluarga yang bahagia.

Lagi satu yang aku kagum, dia anak kacuk. Emak Aussie ayah melayu, tapi dia boleh buat penulisan dalam bahasa melayu yang sangat indah iramanya. Aku anak melayu tulen pun tak boleh nak buat sebegitu rupa. Katanya dari kecil ayah dan nenek dia sering kali mengenengahkan bahasa melayu. Dari kecil dah dipupuk sebegitu. Sekali lagi aku katakan bahawa aku kagum amat akan dia.

Aku harap sangat suatu hari dia akan kembali semula ke blog dia. Mungkin sekarang dia perlukan masa untuk harungi apa yang telah dia lalui. Diharap bersabarlah dengan dugaan tu. Mulut orang memang tak boleh nak tutup. Ingatlah masih ramai yang menyanyai kamu. Masih ramai yang menantikan kamu kembali bersama kami.

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa