visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Friday, July 9, 2010

Ceritera permainan tidur



Salam...

Anak ini ingin bercerita. Bercerita akan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ini. Cerita-cerita relaliti dan fantasi yang hanya aku saja yang tahu. Cerita diriku dan mimpi-mimpiku. Ramai yang menyatakan mimpi itu mainan tidur. Mainan syaitan. Tapi kadang-kala aku begitu resah mengenangkan mimpi dan peristiwa yang berlaku dalam hidup. Mimpi-mimpi ngeri menghantui setiap ketika sehingga terbawa-bawa di alam nyata.

Anak ini sebenarnya takut akan sesuatu itu mungkin terjadi. Cuma tidaklah anak ini mengetahui bila dan dimana ia akan berlaku. Sememangnya setiap insan di muka bumu ini akan kembali pada Dia. Pohon-pohon yang rendang juga akan layu sehingga tiada lagi daun-daun berpaut pada dahan dan ranting. Daun-daun akan layu dan berguguran jatuh ke tanah dan diterbangkan dek angin sehingga tidak kelihatan di sana. Ia pergi dari alam ini dan mereput menjadi fosil dan mineral di dalam tanah.

Anak ini ingin meluah akan resah yang terbuku di benak fikiran dan hati yang celaru. Dengan alunan Kenny G membuatkan aku rasa pilu dan hiba mengenangkan permainan tidur yang aku alami hari demi hari. Sesungguhnya anak ini takut dan getar hati menempuh sisa-sisa hidup yang tinggal. Di sini tempat aku meluahkan apa yang tersurat dan tersirat akan hatiku dengan harapan akan ringan bebanan ditanggung badan. Lagi pula ramai yang tidak tahu akan kewujudan ruangan yang aku bina ini. Sememangnya ruangan yang aku bina ini untuk anak ini meluahkan keluh resah.

Aku merasakan aku tidak cukuo cahaya. Nur. Aku ingin memilikinya agar hati tenang dan sentiasa mengingati Allah. Ingin aku mendengar bunyi desiran angin yang dingin, persekitaran yang menenangkan jiwa dan minda. Anak ini mahu cahaya menerangi hidupnya. Bukanlah mimpi yang buruk dan menakutkn. Permainan sebegitu membuat aku keliru. Keliru akan permainan dunia yang kadang-kala menakutkan.

Aku perlu meneruskan kehidupan. Kehidupan yang tenang dan aman tanpa gangguan dan anasir jahat. Anak ini tidak ingin merasai akan takut itu yang dibayangi saat terpejamnya mata. Aku gentar dalam perjalanan bersama mesin-mesin canggih yang manusia cipta. Perasaan takut sentiasa ada. Takut sesuatu akan terjadi terhadapku atau orang-oranb yang aku kenali. Kebingungan ini pernah diceritakan kepada seseorang. Sesungguhnya aku takut amat. Ingin aku meluahkan segalanya dan mendakap erat tubuh. Tapi tidak berdaya.

Dalam hati hanya berdoa agar hidupku tidak sia-sia dan hanya bertakwa pada Allah. Memohon agar dijauhi segala kemungkaran dan mendekati segala kebaikan dan kesihatan yang baik kepadaku dan mereka yang ku sayangi. Amin...

No comments:

Post a Comment

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa