visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Tuesday, July 13, 2010

lelaki baik pada aku

Salam...

Baik banyak tafsirannya. Setiap orang lain-lain tafsiran mereka akan baik itu. Aku nak cakap tentang baik hari ni. Baiknya seorang lelaki bagi Najlaa. Bagi aku baik ni luas maksudnya. Aku sangat menghormati lelaki yang baik pada keluarga. Itu yang utama. Tapi baik pada kebaikan la. Aik dah namanya pun baik mestilah kebaikan. Maksud aku baik pada keluarga ni bukanlah turut je apa kemahuan keluarga. Kadang-kadang perlu juga tetap pendirian. Baik pasa keluarga. Ikut kata. Tapi kalau keluarga suruh buat benda jahat jangan la pula diturutinya. Tu jahat namanya tu. Dah tak baik bagi aku lagi.

Lelaki yang baik pada aku juga ialah lelaki yang menghormati perempuan. Kita hidup ni kenalah sentiasa hormat akan orang lain tak kira la lain bangsa ke agama. Hormat perempuan. Jangan tengking-tengking. Berbahasa guna kata-kata yang lembut, yang enak untuk telinga mendengar. Bukanlah dengan meninggikan suara.

Aku juga amat suka akan lelaki yang menolong dan mengalah pada perempuan. Iyalah lelaki ni kan egonya lebih sikit. Kalau nampak perempuan tu angkat benda-benda berat janganlah pandang aje. Tolonglah kan. Aku pernah alami sendiri perkara macam ni. Benda tu berat tapi si lelaki-lelakk ni buat tak tahu je. Wat dunno je. Angkat diorang punya je. Haishh tak baik tau macam tu. Sakit sangat hati ni bila kaum adam buat macam tu. Tak ada hati perut la kamu ni. Lepas tu tak nak mengalah dengan perempuan. Lelaki macam tu memang aku tolak la kalau ada yang nak menambat hati aku ni. Persoalannya ada ke?hah iyalah, sapa la aku ni kan. Aku ni hanya insan kembang. Hah..hah...trade mark aku tu. Teringat pula poli aku tu dan kawan-kawan aku kat sana. Tapi aku tak kembang. Bak kata kawan-kawan aku lidi, papan, budak-budak. Aku terima seadanya.

Hah lagi satu ciri-ciri lelaki baik pada aku ialah lelaki yang tidak menyentuh perempuan. Kalau dah kahwin tu lain cerita la kan. Ni yang tak kahwin ni apa cerr?? Terus terang aku cakap aku tak suka lelaki yang pegang tangan perempuan yang bukan keluarga dia. Aku ni bukannya baik sangat tapi setakat ni alhamdulillah aku tak ada nak pegang-pegang tangan lelaki. Tersentuh ada la masa buat kerja-kerja group. Agak meluat di situ ya bila aku nampak mereka yang berdating ni pegang tangan. Berkepit sana sini. Haiisshhh...

Lagi satu merokok. Aku tak suka lelaki yang merokok. Bukan lelaki je, perempuan pun sama. Lelaki yang tak merokok tu aku rasakan mereka tu baik. Iyalah sebab tak terpengaruh dengan benda-benda macam tu. Boleh bawa maut merokok ni. Kanser sana-sini. Mulut berbau. Busuk. Bluuekk. Tabik la kat diorang yang tak merokok tu. Tahniah. Tahniah...

Lepas tu lelaki baik pada aku tentang pakaiannya. Pakaian biarlah kemas. Tak mahal pun tak apa. Aku tak suka lelakk seluar ketat. Yarrrkk. Dah macam nangka dah. Biarlah sedang-sedang elok je. Aku cukup suka lelaki pakai lengan panjang. Kenapa eh? Entahlah. Sebab nampak cool kot. Aku pun suka pakai lengan panjang even dekat rumah pun. Lagi-lagi kalau lelaki tu pakai warna putih. Lagi la aku rasa dia lelaki baik. Lelaki suka pakai putih ni pengemas bagi aku dan sangat berhati-hati dalam tindak-tanduk mereka. Tapi kalau luaran bersih, dalaman pun nak kena juga la bersih. Dalaman tak bersih buat apa kan.

Lelaki itu biarlah soleh. Selalu pergi masjid atau surau. Ni antara ciri-ciri lelaki baik pada aku. Hah lagi satu lelaki tu sayangkan haiwan macam kucing ke kan. Janganlah pulak disepak-sepak binatang-binatang tu. Tak elok tu. Hah okla. Tu la ciri-ciri lelaki baik pada aku. Rasanya banyak lagi. Tapi tak apa la. Lain hari la aku cerita. Aku ni pun tak ada la baik mana pun. Maklumlah aku ni hanya insan kembang.

No comments:

Post a Comment

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa