visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Wednesday, March 30, 2011

kunvukisin...

Salam...
Aku nak cakap pasal konvo lagi ni.
Tak abih lagi aritu punya cerita. Kehangatan konvo masih terasa lagi. Siyes!!
Kawan-kawan aku pun dah upload pic2 kat fb..so banyak la aku dah copy...
Tenkiu very much kawan2....

Aku sebenarnya tak kisah pun family aku tak datang konvo. Aku cakap kat ayah aku 
"takpe la ayah. Takyah datang pun takpe...diploma je pun"

Ok memang aku rasa macam tu. Tapi kan bila aku dah naik pentas even lebih kurang 10 saat je then kul 12 dah habis majlis, dah keluar dewan baru aku terasa macam sediy sikit la hati aku ni. 
Betul ni...tak tipu..memang sedih sebab tengok kawan2 yang lain dengan family, dengan buah hati, ada kawan2 datang...dapat bunga banyak-banyak..besar-besar..

Aku pulak sengsorang je. Tapi kesedihan aku tu tak menjadi sedih sebab ape taw...
Sebab lepas je abis majlis haruslah amek gambar dengan kawan2 kan.

 hah tengokla ni. aku pun tak sedar ade junior amek gambar ni. Tngok2 dah ade je tag kat fb. tq ea

Apa lagi...bila nak amek gambar mesti la senyum kan. Memang la aku senyum berjam-jam. 
Sampaikan ada kawan2 aku kata dah menggigil-gigil dah pipi diorang asik senyum tak henti-henti.
Hahahaha...

 ni budak kelas aku. hah pilih2 nak yg mana...yg pasti berdiri ketiga dari kiri single lagi..haha..

Apa-apa pun memang best la konvo. Pagi tu aku di'make-up' oleh Mona lizza. Thanks mon!!!
Tau-tau je la kan. Aku mana nak bermekap. Stakat pakai pengilat bibir aje ade la. Ngehngehngeh...




ni  la budak perempuan kelas aku..memang sikit je perempuan.



                                           dari kiri : mona (yg makeup aku), aku, fifi   (yg drive n bawak aku kesini) thanks!!





Rasa macam tak sabar pulak nak konvo untuk degree...hahaha apa la kau ni najlaa...
Tawaran pun tak dapat lagi. Ya Allah harap dapatlah sambung degree...amin...



ada orang cakap muka aku ngan ika sama..sama ke??
 aku terasa kerdil di situ ye...haha...mona n wong tinggi sangat

sape paling comeiii??

ok dah puas bergambar masing2 pun dah nak balik...

 ni la classmate aku. memang sikit la kitorang.brape belas je. yg kecik molek tu lecturer aku cik hairu nazlina. sayang cik.gambar ni time raptai...

time raptai pun ade la sesuatu yg mengguris hati aku ngan kwn2. Tak sangka kita datang cara baik. Nak salam, nak tanya kabar tapi kene pulak ayat2 pedas. Ape la nasib.Aku nak luahkan hati kat sini boleh tak??boleh tak???eh mesti la boleh..ni kan blog aku. sker ati la kan...
sediyy sangat diperlakukan sebegitu rupa. Jahat sangat ke kami ni wahai kepada yang berkenaan sampai nak kata kami sebegitu??kami itu la...kami ini laa...boleh tak jangan nak dengar sangat cakap orang kalau tak tau kesasihan yang sebenar-benarnya??
sigh....aku pun tak tau la..

ok la..lupakan la pasal tu..dah taknak sakit hati lagi dah.
ok chau chin chau...

Tuesday, March 29, 2011

konvokesyen 27mac2011

Salam...

Lamanya tak update blog...
Hari ni aku nak cerita pasal konvokesyen.

Tanggal 27 Mac 2011, aku ada konvokesyen.
Sangatlah BEST!!!
Before ni aku rasa cam takda rasa excited sangat la.
Tapi kan bila dah hari berkonvonya, dah naik pentas, tengok kawan-kawan sekelas pun naik pentas, rasa sangatlah seronok. Rasa macam tak percaya dah konvo.



Sekarang aku dah ada title Diploma in Architecture.
Before nak naik pentas rasa berdebar. Bila dah ada kat atas pentas, nama kene panggil, rasa hati tu dah tak debar sangat dah. Lebih pada seronok.

Department aku yang first naik pentas. Aku orang ke 146 naik ke pentas. Kira awal la tu kan sebab masa tu orang masih tumpukan perhatian lagi.
Tapi bila dah sampai department perdagangan, semua dah letih sikit. Penumpuan dah takda sangat. Masing2 dah berborak. Masa tu pun dah lebih 400 yg naik pentas.

Habis majlis pukul 12. Apa lagi lepas tu bergambar sakan la.
Tapi aku tak ada kamera. Kamera handphone ada la kan tapi tak best la kan.
Tak cantik sangat gambar pakai handphone.


Gambar2 aku banyak kat camera member. Nak tunggu diorang upload kat fb then aku boleh la copy.
Family aku pun nak tengok gambar konvo aku.
Aku rasa hari tu la hari paling best. Senyum memanjang aku...
Ok la. daaa...

Friday, March 18, 2011

konvo..oh...konvo...

Salam...

Konvokesyen nak dekat dah tapi...
tak buat persiapan apa pun lagi.
Baju pun tak tau nak pakai yang mana.
Silap-silap aku pinjam baju maksu aku kang...
Aku ngan maksu sama saiz je.
So ok la tu kan..
Takyah la nak bazir duit nak beli lain (ceh padahal tgh kokak)...

Ke ada sapa-sapa nak sponser?? haha
Berangan je ko ni...
Tapi kalau ade kan bagus...
hmmm.....

Pasal alumni archimix lagi satu hal...
Kad invitation dah la tak dapat..
So takyah la pegi kan...
Bayar 40 hengget lak tu...
Mahalnya...
Tapi kalo nak makan je kene bayar 25 hengget.
25 hengget???makan kat secret recipe pun lepas...
lepas la nak makan fish caribean ngan air limau kasturi..
Perrrghhhh mmg sedap...

 hah ni la dia fish carribean....sedap kan!!

Makngah bila lagi ni kita nak pergi secret recipe ni...
rindulahh....
makngah ngan maksu kat beijing skang ni...
ape la yg mereka tgh buat skng ni kan...
hmmm...ok la..
chau chin chau..
sayonara

Thursday, March 17, 2011

bila mereka boleh masuk ni :'(

Salam...

Dua tiga hari ni aku rasa lain je la. Macam ada je yang tak kene. Hati aku ni tak senang je. Rasa kosong, sunyi, tak terhibur. Adik-adik bukannya takde. Diorang ada je. 
Tapi aku rasa macam ni sebab ibu dah tak bagi kucing-kucing ni masuk.

 tgk la ni..sejuk je ati tgk mereka tidur. gelak aku soang2 dgn kekiutan mereka

 sedap juli ngan hashim landing atas kusyen

Tu yang buat aku rasa sunyi tu. Kalau ada kucing terhibur rasa hati. 
Tak sunyi pun. Boleh main-main ngan diorang.
Hati ni tenang je bila tengok kucing.

Wuuuaaa :'(
Bila la kucing-kucing ni boleh masuk rumah balik.
Watashi wa kokuro sabisyiu :'(
sediy...sediy...

Tuesday, March 15, 2011

Zhifilia - Aishiteru (guitar)

Salam...

Konnichiwa...Genki desuka? Watashi wa Najlaa desu. 
Wakarimashta?
Ok tetibe pulak cakap jepun hari ni. Bukan apa sebab tajuk entry pun dah jepun kan. 
So isi pun kene la ada jepun gak.

Ekcelli hari tu cika ada request nak lagu aishiteru.
Aku tau lagu ni pun dari cika la.
Memang sedap lagu ni. Siyesly sedap.


Ok ni la dia lagu aishiteru. Pakai gitar senang sikit nak buat sebab main chord je kan.
Nak guna keyboard kene cari key dulu. 
So cika...terimalah aishiteru.
Sory la aku memang tak pandai nyanyi.
I'm not singer but i'm musician...cewahh..
Kalo tak nak tengok kat sini boleh tengok kat  youtube gak.
Ok...mata ne.

Thursday, March 10, 2011

Hari ni aku gelak ikhlas...

Salam...

Tajuk entri macam apa la kan..
Selama ni tak ikhlas ke aku gelak??
Bukan macam tu cuma kali ni aku gelak sebab rasa kelakar sangat.
Ceria sangatlah aku gelak..kikikik...

Macam dah lama aku tak gelak. 
Last gelak masa tengok kungfu panda hari jumaat lepas ngan ayah.
Aku ni dah banyak kali tengok cerita kungfu panda still nak gelak jugak.
Sebab lawak dia cam spontan gitu even though kartun pun.
Apsal aku gelak ari ni?cer cite..cer cite..
Alkisah aku tengah makan kat depan tv. Kucing-kucing aku pun kat keliling aku duk ngadap aku makan.
Yang buatkan aku gelak sakan sebab po'eh tengok aku makan pastu lidah die tersentil.
Kalo tyme tu ade handphone kat sebelah aku dah snap dah gambar po'eh.
Comeiiiiiii shaangaattt!!!!sangat..sangat...comellll.....

 tengok po'eh tido pun sentil gak lidah die..comel kan

Berminit-minit aku gelak. Po'eh muka tak besalah je. 
Agaknya dalam hati die mesti pelik tengok aku gelak.
Gelak punya gelak terus kenyang perut aku ni.
Hah tu la sapa suruh gelak tyme makan. Tapi aku usaha gak abiskan nasi aku.
Hari ni aku buat ikan masak taucu, sambal ikan bilis (hidangan wajib) ngan sayur kacang buncis.

Few hours later....
Aku naik atas ke bilik aku nak pergi toilet aku. Malas nak bukak lampu bilik terus je nak bukak lampu toilet.
Sekali jalan punya jalan...............
'meeoowwww'
oppppssssss!!!terpijak si tam...
Ahahaha die dah la hitam. Memang tak nampak la kan tam tengah tido kat situ.
Sedap je tam lepak kat bilik aku.
Nasib baik tak terpijak kuat. Sempat angkat kaki.
Pastu terbahak-bahak r aku gelak. Yang tam ni pun tengok aku.
Pastu pujuk la tam tu. Kang majuk pulak even die kucing pun tau merajuk.

 tengok tu tam tido...tido je la mereka ni..tam siap peluk bantal lagi

Hah tu la die. Hari ni aku dapat gelak ikhlas.
Fuh best...

Tuesday, March 8, 2011

Sedetik Lebih

Salam...


hai semua...hari ni kak sheila nak masak ramuan istimewa telur dadar dengan mayonise (iklan mayonise sheila rusly)
eh..eh....takde la...sebenarnya saya dah jatuh hati la..
uisshh ko biar betul najlaa....
jatuh hati kat sapa lah tu ea.

ekcelli...aku dah jatuh hati kat lagu sedetik lebih.
tengok ada orang tu buat video lagu sedetik lebih pakai keyboard, pakai gitar 
lagi la semangat nak buat lagu ni.
guna keyboard kot. Tapi macam susah sket la nak buat.
It's ok..nak cuba jugak buat..nak jugak...nak jugak (mengada-ngada)

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu...

Saturday, March 5, 2011

tak tau nak bagi title ape

Salam...

Rasanya macam dah lama sangat tak update blog. Sebabnya takde benda pun nak cerita.
Hari-hari benda yang sama je aku buat.

pagi
Bangun, mandi, buat sarapan, tgk tv...

tgh hari
Sidai kain, masak kat dapur, layan kerenah kucing..kemane aku pergi kat situ diorang ada..nak2 time siang ikan. Semua duk tercongok tgk aku. Si tam, tod, po'eh, juli, hashim, beckam. Semua menanti-nanti aku. Nak menanti ape kan..menanti makan la.

petang
Online, tengok muka buku, update blog2 lain aku (dengan harapan tambah pendapatan), tengok youtube, main keyboard, kemas rumah.

malam
tgk tv dengan ayah. Kalau hari ahad, isnin n selasa tengok cerita trilogi cinta. Best cerita ni. Adaptasi dari novel tak seindah mimpi, tak semanis impian ngan tiada lagi mimpi.

Ni la hari-hari yang aku buat...

Nak cerita ape lagi eh...ok ekcelli aku tergelak soang2...eh takde la tergelak cuma tersenyum macam kambing je. Sebabnye an posman kene kejar dengan anjing. Elok2 aku toleh kat sliding door tetibe ternampak posman tu kene kejar dek anjing. Lawak la pulak an. Teringat time kecik2 dulu selalu kene kejar ngan anjing. Bila kene kejar anjing, memang laju r aku lari. Abang aku yang naik basikal pun kalah aku pecut. Aku pun tak sedar yang aku lari selaju tu. Kalau masuk lari 100m, boleh menang sukan olimpik. Haha..gile perasan an aku ni. Tapi semua orang rasanya kalo dah kene kejar ngan anjing sure punya lah lari laju.
Tak caya??try la...haha..

Hoke la. Saya sudah tidak sabar lagi menunggu kedatangan jumaat depan kerraannnaa adik-adik saya mahu pulang ke rumah ini. Yeayyy shukaa shaangattt!!Rumah jadi meriah!!!

Hoke....chau chin chau..mata ne..sayonara..

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa