visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Wednesday, June 30, 2010

Dia Penyejuk HatiKu

Salam…

Kadang-kadang kita mesti rasa nak marah, nak nangis atau nak apa-apa je la. Bila marah muka berkerut-kerut. Haishh tak elok kerut-kerut muka. Cepat tua nanti. Nak awet muda kena la selalu gelak dan senyum. Bila kita mulakan hari kita dengan senyuman, sepanjang hari akan bahagia. Kalau pagi-pagi dah tak ada mood, hmm sampai ke malam la tak ada mood.

Bila dah rasa hati ni sakit ke, marah ke, tak sedap ke, mesti nak kena ada penyejuk hati. Aku pun ada penyejuk hati. Dia penyejuk hati aku. Dia??Bila aku rasa marah ke atau apa-apa je la, aku mesti cari dia. Bila nampak dia, alahai..sejuk je hati ni. Terus terukir senyuman aku yang menawan ni. Hehehe…

Haipp jangan salah faham pula ye. Dia tu bukanlah sesiapa. Dia tak hensem, tak besar pun tapi bila aku pandang dia je mesti aku senyum. Dia yang aku maksudkan di sini ialah kucing belakang rumah aku. Hah jangan terkejut pulak ye.

Tapi memang betul. Tiap kali pandang dia je aku mesti senyum. Rasa geram pun ada. Nak peluk-peluk je dia. Alor-alor comeinye dia. Bulu halus, lebat, comei, kecik walaupun warna dia hitam. Hitam menawan. Rasa nak bawa tidur je. Tapi apakan daya…penakut kucing tu..Sekali je dapat pegang dia. Sekali dah dapat pegang apa lagi, lama la aku belai dia walaupun dia bersusah payah nak lepaskan diri. Dah la kecik, ringan pulak tu. Tak puas pegang.

Dapat pegang dia pun sebab hari tu ntah apa angin dia ntah tiba-tiba masuk rumah. Pastu tak dapat nak keluar sebab pintu dah tertutup sendiri. Hah apa lagi lintang-pukan la dia lari kat dapur. Aku apa lagi. Seronok la aku mengejar dia. Ke hulu ke hilir dia lari. Yang kelakarnya dia nak panjat sinki tak lepas. Banyak kali dia cuba tapi tak gak lepas. Aku gelak je la tengok dia. HAHAHHAHHA…hishh memang lawak la. Terkekeh-kekeh aku gelak. Comeiiinyeee cara dia nak panjat sinki tu…

Last-last dapat juga la aku tangkap dia. Angkat dia..alahai ringannya. Dah la kecik. Tak pulak dia melawan. Seronoknya la bila dapat pegang. Aku ni suka kucing sangat-sangat. Sebab tu aku cerita kat sini. Rasa seronok bila dapat pegang. Hah ok la. Entry kali ni cakap pasal kucing je. Pukul 12.27 a.m nanti broadband aku dah expired. wuuaaa :’( sedihnya tak dapat nak on9..

Tuesday, June 29, 2010

Ikut Siapa Aku?

Ikut siapa aku?

ibu kata wajahku mirip ayah

kulitku juga ikut baka ayah

anak perempuan banyak mirip ayah

anak lelaki mirip ibu

 

Siapa ikut aku?

adik bongsuku ku ikut aku

wajahnya mirip wajah ketika kecilku

dari segi fizikal dia miripku

dari dalaman berbeza dariku..

solekan bukan diriku

untuk cantik dan lawa perlukah bersolek?

bila orang mula suka, ramai mungkin akan kecewa

 

Solek hanya dirumah ayahku berkata

mungkin ketika sudah menjadi suri

di dunia luar tidak perlu

hanya solekan sedikit sahaja perlu

di mata sudah ada kecantikan yang abadi

 

Ikut siapa aku?

hati dan perasaanku

yang pemalu dengan kaum adam

malu bercerita soal cinta antara adam dan hawa

sudahku ketahui hari ini

pemaluku mirip ibuku

malu berhadapan dengan kaum adam

bertemu mata lari lintang pukang

 

Ikut siapa aku?

ikut ibuku perangaiku

soal cinta amat malu

tidak tergedik disana sini

surat diterima tidakku balas

cuma hadiah diterima

 

Ikut siapa aku?

suka akan seni dan keindahan kata

aku mirip ibu dan ayahku

cinta akan seni lukis dan muzik

suka memetik not-not muzik

samada gitar atau keyboard

ku petik ikut irama hati yang tulus akan muzik

membaca nota muzik amatlah gagap

bermain hanya mengikut emosi

 

Aku duduk diam

mengingati segala percakapan dan teladan

aku perlu menjadi aku

menukar kepada orang yang baru tidak perlu…

aku tetap aku…

Cat owh cAt..meaww

Kucing oh kucing..

Kenapa engkau kucing..

Lalallalalala…Dah macam lagu bangau oh bangau dah…

16022010137

ni obok namo ea..kucing kat Semenyih..Cute kn..

Aku bukan nak cerita pasal Obok. Obok kucing kat Semenyih. Aku nak cerita kucing-kucing kat belakang rumah aku. Makin hari makin menjadi-jadi lak mereka ni. Dah berapa ekor ikan, daging, keropok ikan dah diorang kebas tanpa aku rela. Pagi tadi roti canai yang tinggal setengah pun nak.

Jangankan roti canai, roti telur pun nak kebas. Haipp nak kena kucing ni.

Nak kata lapar, hari-hari dapat makan. Kalo tak kat rumah aku, berkerumun kat rumah jiran belakang.

Yang aku peliknya, eh bukan aku je, family aku pun pelik sebab masa kami semua tak duduk kat rumah kat Shah Alam ni about 6 bulan, pandai pulak cari makan kat rumah lain. Bila dah duduk rumah ni balik, aikk datang balik.

Dulu sekor je, bela sebab kesian. Lagipun kecik lagi. Alih-alih bawak geng dua ekor. Betina pulak tu.

Apo lai. Beranak-anak la. Bila dah duk sini balik terkojot den.

Mak aihhh..Banyak ea kucing. Dah ado sepuluh ekor dah hah.

Sekarang dah pandai nak masuk rumah pulak. Curi makanan lah dia. Haisshh. Marah betul. Aku kalau marah keluar r bahaso nogori aku.

Bukannyo den tak bagi kalian makan. Ni ke balasan kalian kek den ni hah.

Omak den asik porli-porli den yo ha.

 

“Kite suke la ble Najlaa ade kat rumah ni. Die pemurah. Bagi ikan, daging..suke aku.

Ape yg ade atas meja sume aku dah kebas. Baik je die. Time kaseh la ye”

 

Hah ni la ayat omak den bagi kek den. Ibarat kucing yang cakap dialog tu. Kucing tu sumo bagi ucapan tq kat den sbb bagi makan byk. Flee of charge. Sogar lagi dari peti ais umah.

Tapi tu la. Memang gogham bona den ni. Dah kono lopuk dah sumo ea dek marah sangat. Tapi takdo la kuek sangat. Tak sampai ati den eventhough dowang dah wat salah.

Jahat kucing ni. Haipp kucing tak jahat. Den ni hah yang careless. Rezeki kucing tu.

Sapo suoh aku tak tutup pintu. Salah den la tu.

Walau apo pun. Den totap sayang ngan kucing-kucing pendatang tu.

Monday, June 28, 2010

KejuTan..KejutaN..dan keJutAn

Salam…

Hari ni satu kejutan yang amat besar dalam hidup aku. Memang tak disangka-sangka apa yang bonda katakan tadi.

Owhhh..

Benarkah apa yang telah gegendang telinga ku ini dengarkan?

Aku terkedu seketika dan mengatakan yang bondaku hanya bergurau dan merepek..Kerana bondaku tersenyum ketika itu..

Tidak…Bondaku tidak bergurau kali ni..Memang kenyataan.

Bonda tidak bergurau..

Ya Allah, kejutan apakah ini. Tak pernah terlintas perkara sebegini akan berlaku.

Sememangnya aku sangat rapat dengan si dia sejak kami kecil lagi. Sangat rapat. Ya semua saudaraku tahu akan kenyataan ini. Di mana ada dia, di situ ada aku. Kalau ada game, mesti aku dengan dia. Sememangnya aku serasi dengan dia.

Ketika aku masih kecil, bondaku pernah bertanya.

Mana pakwa kau?Selalu ada ngan kau (sambil tersenyum)

Pakwa apa pulak ibu..aku berkata pula buat tak faham.

Kisah hidup aku cukup conflik. Mana satu yang harus aku pilih. Aku keliru sangat. Sudah ada beberapa kaum adam yang menyatakan hasrat padaku. Sesungguhnya pilihan keluarga memang tepat. Aku amat senang jika keluarga yang menentukan soal jodohku. Kali ini memang berat. Aku mungkin akan terima. Ya la..Aku lebih menghormati pilihan keluarga. Pilihan keluarga lebih kekal. Insyaallah.

confius

Tetapi hatiku amat tidak mengetahui akan keadaan si dia. Tahukah dia? Terimakah dia akan kehadiran aku dalam hidupnya?Siapa aku pada dia??Persoalan demi persoalan timbul dalam benak fikiranku.

Sesungguhnya aku sangat keliru Ya Allah. Hanya padaMu aku berserah akan jodoh dan takdir hidupku.

Hari cerah mungkin akan mendung,

Matahari dilitupi dek awan yang mendung,

Awan yang membawa wap-wap air,

Yang akan turun menjadi titisan-titisan hujan,

Hujan rahmat Allah beri,

Kepada bumi yang penuh dengan ceritera manusia,

Berkicauanlah burung menyanyi lagu merdu,

Menghiburkan hati yang keliru dan resah,

Angin bertiup sepoi bahasa,

Mengindahkan lagi hariku,

Dan aku hanya mampu berdoa,

Hanya padaMu aku berserah akan takdirku ini.

munajat_by_gazoleena

Pada aku Ila Damiaa

Salam..

Ila Damiaa…

Cantik sungguh namanya secantik tuannya..Aku memang minat sangat ngan Ila sejak hari first lagi Ila kat mentor. Suara sedap. R&B n soul. I like that. Lagi-lagi pula dia dengan Joe Flizzow. Gandingan mantap..

36857_133919843301635_119138411446445_301243_5399558_n

Lawa kan baju Ila..Owhhh so sweettt….

Suka dengan iklan ribena diorang. Memang best lah..

‘Kini masanya telah tiba..

Impian hampir menjadi nyata..

Menyanyi dan berdansa..

Gandingan ideal..

Kita berdua..

Memang best rentak dan lirik dia. Memang ngam.

Tapi apakan daya. Tak ada rezeki la tu dalam mentor. Tak apa la..teruskan la usaha ya Ila.

Walau apa pun..Ila tetap menang di hati aku.

 

Agak kelakar juga bila tengok jurnal mentor tadi. Mohd malu dengan Ila. Haha..agak lawak di situ.

Mohd mengaku dia malu dengan Ila.

Lantas Ila pun pergi kat Mohd…

 

Ila:Mohd ko malu ngan aku ea?

Mohd: Haah..aku malu la ngan ko…

Ila: Asal pulak ko malu ngan aku?ngan Nani ko malu tak?

Mohd: Ngan Nani tak malu sangat…

Mereka semua ketawa dan jaket dibaling kat muka Mohd.

Ila: Apa yang ko malu sangat ngan aku?

Mohd: Tak ada la. Aku rasa masa aku ngadap muka ko, ko mcm mengejek aku la.

 

Hahaha..Ni la perbualan mereka..Aik macam ada sesuatu je ni Mohd..Hah suka kat Ila ke??haha…

Hah tu la..Ila memang sweet. Gaya dia, penampilan dia. Suka sangat. I wish u all da best Ila.

Sunday, June 27, 2010

Maafkan Diri Ini

Salam…

Diri ini sememangnya telah melakukan banyak kesilapan dan kesalahan pada Allah, keluarga, teman-teman, orang luar dan alam ini. Diri ini serba salah jika sahabat handai mengajakku keluar berjalan-jalan makan angin. Hati ini sememangnya ingin benar melangkahkan kaki bergelak tawa bersama rakan-rakan. Tapi aku tahu tidak mungkin bagi aku untuk melalui saat-saat yang akan dikenang dan saraf-saraf otakku menyimpan memori indah itu untuk sekian lama.

Keadaan sekarang tidak mengizinkan. Jika dulu aku senang sungguh untuk keluar. Sekarang tidak lagi setelah kesihatan bondaku yang tidak mengizinkan. Sababatku Mona Lizza mengajak aku pergi ke Low Yatt Julai nanti. Tapi apakan daya, sungguh aku tidak boleh memenuhi permintaan itu. Ya…sudah sekian lama kami merancang untuk ke sana atas sebab yang perlu diselelaikan.

Cika juga pernah mengajakku ke Mid Valley minggu lalu tapi jawapanku tetap sama. Aku tidak boleh. Bukan tidak ingin. Ikutkan hati memang ingin sekali aku bersama mereka yang sentiasa menemaniku susah dan senang. Terima kasih sahabat-sahabatku. Maaf dipinta atas menolak ajakan kalian. Diharap agar kamu memahami keadaan aku.

Memang sunyi aku tinggal seorang di rumah tiada adik-beradik. Semuanya tinggal bersama wan di Semenyih sementara bondaku sembuh dan sihat sepenuhnya. Masih segar lagi dalam benak fikiranku sewaktu bonda terlantar di hospital. Sayu sekali mataku memandangnya. Akulah yang menjaganya selama dua hari di hospital. Tidur di sana bersama-sama laptop dan broadbandku. Di hati hanya berdoa semoga sakitnya beransur pulih.

Dalam tawa ada duka.  Pernah aku luahkan masalahku ini pada seseorang. Ketika bibir menuturkan kata-kata, sememangnya amat payah untuk aku ungkapkan sehinggakan berjuraian air mata. Aku tahu apa yang dilalui bonda sungguh perit. Mungkin aku pernah merasanya sekali sewaktu sem 5. Memang perit..sakit..itu baru sikit apa lagi bondaku.

Tapi aku tidak ingin mereka tahu tentang sakit yang aku lalui. Sedangkan ayahku yang memandu di sebelahku juga tidak perasan akan kesakitan aku ketika itu walaupun titisan mutiara jatuh berderai tapi aku berjaya menyebunyikannya dengan gelak tawa yang hambar. Aku merasakan suatu hari aku akan menjadi seperti bonda. Tanda-tandanya juga sudah ada sejak kebelakangan ini. Aku hampir tumbang ketika di dapur. Alhamdulillah dengan semangat yang aku ada aku gagahkan menghabiskan kerja di dapur.

Wahai sahabat-sahabatku. Permohonan ampun dipinta kepada kamu semua. Diharap kamu memahami keadaan yang dihadapi ini.

image

Friday, June 25, 2010

Alahai architecture

Salam..

Tengah hari tadi lepas makan aku menjalankan tugas-tugas harianku seperti selalu. Aku menyidai pakaian yang masih belum disidai. Lepas tu, mata aku terpandang akan peti surat rumahku. Sepertinya ada sesuatu di dalamnya. Lain dari yang lain kali ni. Sampul yang agak besar.

Lantas aku segera mengorak langakah menuju ke peti itu dengan keadaan kaki aku yang sekarang ini lagi sakit. Walhal tidak pula aku memakan makanan yang aku alah seperti ayam, sotong, udang, ketam, kerang dan makanan laut yang lain. Mungkin imunisasi aku dah makin kurang. Iyalah..dah hampir dua tahun aku tak kene injection. Jarum dengan hidup aku dah sebati. Tak ada istilah ‘saya takut jarum’ dalam kamus hidup aku. Setiap tahun kena injection. Dah nasib macam ni. Redhalah hati ini dengan ketentuan Ilahi.

Bila aku buka peti surat, mata aku terpana. Terkejut dek sampul yang aku pegang tertera UPM. Tapi apakan daya. Surat tu untuk abang aku bukannya untukku. Hati hancur luluh tapi tetap gembira dalam tawa kerana abangku dapat tawaran. Bonda cukup gembira akan perkhabaran itu. Tapi abangku buat keputusan untuk menolak tawaran. Bukan tidak mahu tapi dia lebih inginkan belajar part time.

Alahai apa la nasib aku. Kalau nak dibandingkan cgpa aku ngan abg aku agak jauh beza. Abang dapat 3.89 semasa belajar Diploma Mekanikal Engineering. Kali ni abang menang. Selalunya sewaktu sekolah aku yang selalu menang. Ya abangku memang hebat. Aku??Tak hebat ke??

Kadang-kala aku menyesal ambil kos architecture. Tak disangka-sangka rupanya architecture macam ni. Aku terfikir kadang-kadang kenapalah aku tak ikut cakap ayah masuk matrik. Atau mungkin aku salah masuk Politeknik. Sememangnya architecture kat PSIS sangat baru. Aku adalah first batch dip in architecure ketika itu. Kadang-kala aku menyalahkan lecturer. Kenapa input-input yang mereka bagi tak sehebat input yang junior-junior aku dapat??Ya kami selalu dibandingkan dengan junior. Apa nak buat. Masa sekolah menengah pun selalu dibandingkan dengan kelas-kelas lain.

Walau apapun..semua ni ada hikmahnya. Aku hanya berserah padaMu Ya Allah.

Thursday, June 24, 2010

Naluri

Naluri (Hadirlah Kekasih)

Ketika diriku
Seolah tiada bermaya
Terasa sang bayu
Menegur pasrahku

Masih ada lagi si dia yang pasti
Dapat membawakan bahagi
Segala harapan
Ternyata bukan khayalan

Kau hadir depanku
Menghulur tanganmu
Hadirlah kekasih
Hadirlah dikau dalam mimpiku

Cinta ini hanyalah padamu
Oh! hadirlah kekasih
Hadirlah kedasar hati ini
Kerna kasih bersamamu

Naluriku rasa bahagia

I really LOVE this song…OST cerita Cinta Antara Benua…

Dah lama dah cerita ni since aku 7 tahun. Darjah 1. Tahun ni dah nak masuk 21 tahun.

Hah bayangkanlah dah berapa tahun dah masa berlalu tapi aku tetap ingat lagu ni. Aku suka lagu ni masa 1997. Setiap hari Isnin-Khamis jam 6.30 mesti aku dah tercegat kat depan tv dah siap mandi semua sebab nak tengok cerita tu la. Aku tengok dengan wan aku n arwah pak itam sebab aku kan dari kecil lagi dah tinggal dekat rumah wan aku.

Arwah pak itam aku meniggal masa aku darjah 3 tahun 1998 sebab accident dekat Kajang. Sedih sangat sebab aku rapat dengan arwah. Dia la yang ajar aku muzik. Dia ajar main keyboard. Lagu yang arwah pak itam aku penah ajar lagu Di Persimpangan Dilema. Ala yang Nora punya lagu tu. Sampai sekarang aku suka buat lagu tu.

Ok lah..Tak nak sedih-sedih. Yang dah pergi, biarkan pergi. Kita yang masih hidup ni teruskan hidup walau banyak halangan, onak dan duri yang kita perlu lalui dan jalani. Kuatkan hati dan semangat. Allah tak akan bagi dugaan yang manusia tak boleh nak lalui. Semuanya pasti ada jalan penyelesaiannya. Ikut kata hati. Fikirkan apa yang terbaik. Kaji kebaikan dan keburukan yang kita akan dapat.

Salam…

Bola FeVer??!

Salam..

Aku baru je lepas tengok game antara Algeria vs USA. Ish kenapalah USA boleh score last minit. Tak puas hati betul la. Frust..Frust..Kalau Algeria menang ada la juga wakil negara Islam. Tapi tak apa la. Ada la hikmahnya tu.

Semalam aku tido pukul 5 pagi. 5 pagi??Kamu buat apa sampai 5 pagi baru tido? Emmm…apa lagi..tengok game Korea Selatan vs Nigeria la. Alhamdulillah Korea dapat juga masuk stage seterusnya. Ada la juga wakil Asia. Walaupun keputusan seri 2-2 tapi Korea ada kelebihan mata. Tahniah Korea…Pagi nanti Germany vs Ghana. Confirm best. Mesti tengok pukul 4.30 pagi nanti kat TV1.

image    

Aku memang minat bola ni since kecil lagi. Dulu time sekolah rendah selalu main dengan jiran. Jiran aku pula ramai lelaki. So apa lagi, makin menjadi-jadi la aku. Walaupun aku perempuan sorang je main masa dulu tapi aku antara yang terhebat berbanding orang lain. Eh..eh..Angkat bakul sendiri pula Najlaa ni. Tapi ini fakta ye..bukan auta. Hah kalau tak percaya tanya la abang n adik aku.

Cakap je la permainan apa. Semua aku main. Sepak takraw pun main. Kadang-kadang main lawan-lawan dengan jiran. Kami dengan Capoeira kami. Ya..kami memang minat sangat dengan Capoeira. Rindu pula dengan diorang. Ayie, Iwan, Ijat, Imal, Ijai, Irul, Aish dan Ana (ni budak kecil 5 tahun). Macam-macam lapisan umur. Tapi dah lama tak jumpa sejak family pindah Shah Alam since aku form 1. Hah bayangkan la dah berapa tahun tak jumpa. Dah lama sangat tak jejak kaki kat Bandar Sg. Long. Ada masa raya nanti kami datang ya kawan-kawan.

Bunga Hati Ini

Bunga-bunga harum nan mekar,

Semekar Alamanda Catartica,

Seharum kuntuman mawar,

Bunga hati ini kian layu satu-persatu,

Setelah angin khabar membawa berita yang manis,

yang akhirnya menjadi derita,

Derita merindu pada kuntuman-kuntuman mekar yang lain,

Akan terpisah nanti,

Walaupun terpisah dalam bumi kelahiran yang sama,

Tetapi agak sukar untuk bertemu kembali,

Hanya takdir yang menentukan…

Wahai kuntuman-kuntuman mekar itu,

Mengertilah bahawa bunga ini tetap mengingati kalian walau akan terpisah jauh.

Andai ada jodoh, bertemulah kita semula,

cuma masa yang menentukannya..

Mungkin esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan..

Walau apapun dan bilapun kita bertemu,

Ingatlah bahawa kemesraan yang terbina tidak akan kulupa…

Insyaallah…

 

Fahami dan renungilah nukilan ku ini…Sekali-sekala berjiwang dapat mengubati jiwa dan hati ini…Sememangnya jiwaku amat sensitif pada sesetengah perkara walaupun luaran nampak tenang…Salam…

Memori Silam..

Sejak kebelakngan ni aku selalu mengingati detik-detik bersama rakan-rakan yang amat aku sayang dengan hatiku yang tulus ini. Mungkin saat ini aku kesepian, kebosanan. Perasaan hati yang tidak dapat diungkap yang hanya tersemat indah di dalam hati.

Saat manisku ketika bersekolah dan ketika di IPT. Kadang-kala teringat jua memori di Kem PLKN, Terengganu di Cheneh Cemerlang.

Ya..Sememangnya banyak kejadian yang manis, masam, masin, pahit, payau, kelat, tawa berlaku sepanjang perkenalan. Inilah yang membuatkan sesuatu hubungan menjadi semakin akrab. Ketika zaman persekolahan, banyak kumpulan telah ditubuh.

Conflikated,

Shark team yang bertemakan “no couple until the end of form 5”

dan

N-Finitee yang juga mempunyai tema tersendiri “perjalanan hidup yang tiada kesudahannya”…

Geng Conflikated memang teramat complikatednya. Macam-macam hal. Tapi yang penting kami tetap bersatu. Pernah bergaduh dengan senior. Bukanla bergaduh tapi bertekak. Berselisih faham.

8426_101662676519157_100000262753276_44439_4927080_n           8426_101662673185824_100000262753276_44438_2561423_n

8426_101662669852491_100000262753276_44437_3707032_n

Yang kelakarnya untuk Shark Team, masing-masing simpan rahsia bila bercouple. Kononnya berpegang pada janji tak nak couple. Alih-alih bila dah masuk IPT baru la nak cerita perkara sebenar. Haha..

N-Finitee amat bermakna bagi aku. Segala pahit manis kami kongsi bersama. Ada juga sehingga menitiskan air mata kerana tidak menduga dengan apa yang terjadi. Kami difitnah. Tidak mengapa semua itu telah berlalu. Kejadian yang berlaku membuatkan persahabatan lebih utuh sehingga kini.

Sportng gurlz

Begitu juga ketika di IPT. Memori tercipta sungguh banyak. Masa praktikal kami merancang percutian yang amat seronok. Macam-macam kejadian terjadi. Kena tahan dengan polis dua kali dalam hanya beberapa minit….Masing-masing tak boleh lupa dengan peristiwa itu. Tapi kedua-dua insiden itu kami selamat.

IMGP2924

DSC00414

pagi-pagi dah terjun dalam air…syokzzz habis

Tapi selamat hanya sebentar. Kami dikejar pula oleh lelaki-lelaki yang tak bertamadun. Mengekori kami sehingga ke Tiara Beach Resort. Nasib baik kawalan di sana ketat. Kami dapat masuk dengan selamat tanpa diekori oleh  lelaki jahat dan berkatalah kami.. “Kowang ingat kitowng tak mampu ke nak tinggal kat Tiara Beach Resort ni. Ingat kitowang memain ke nak drive sampai sini.”Sambil ketawa. Puas hati dapat kerjakan lelaki sebegitu. Masa tu kami baru lepas berBBQ kat pantai. Sampai bilik hampir pukul 3 pagi.

SDC13045

siap masak jam 2.00 pagi

Sepanjang percutian kami sedikit pun tak teringat tentang kerja. Tension hilang. Seronok dapat lepaskan tension. Nanti ada masa kita cuti sama-sama lagi ya.

Tidak kurang juga memori di PLKN. Kami tubuhkan keluarga kami sendiri. Bestnya ada along, angah (akula tu), adik, ayah, pakcik hatim, mak, ibu dan macam-macam lagi la gelaran. Kami memang rapat sangat. Susah senang dikongsi bersama. Kebanyakan dalam family ni kad merah. Apa tu kad merah??Kad merah tu untuk pelatih yang tak boleh buat aktiviti lasak termasuklah aku. Derita scoliosis. Adik pula merana usus bengkak. Nieza pula asma teruk. Kalau sakit merekalah yang jaga kami. Thanks to all my friends.

plkn 2  plkn 28

keluarga bahagia, skuad pingu, skuad kad merah

plkn 42

along, adik, angah

plkn 16 

hari pertandingan memancing..kami menang…

Kalau nak diikutkan banyak lagi nak diceritakan. Nanti panjang lebar la pula. Apa-apapun kamu semua tetap dalam ingatan.

Mimpi dan kenangan…

Salam…

Entry kali ni agak lambat di post atas sebab broadband yang tidak ditop-up lagi. Aku cuma simpan dalam draf sehinggalah broadbandku aktif semula. Hari ini broadband dah diaktif semula. Petang tadi aku tidur mungkin kerana kepenatan dan juga kesunyian aku dikala keseorangan dimahligai bonda dan ayahanda. Adik-adikku semuanya telah pulang ke kampung Semenyih setelah cuti dua minggu dihabiskan di Shah Alam bersama keluarga. Mereka mengikut jejak aku dan abangku bersekolah di kampung. Disana ramai yang menjaga mereka seperti wan, makteh, makngah, maksu, pakuda, pandak dan pakcik disebabkan oleh kesihatan ibuku yang belum sembuh.

Mimpi pada petang tadi tidaklah dapat aku mengklasifikasikannya dengan tepat. Mungkin gembira dalam kesedihan. Adakah mimpi itu membawa maksud tertentu?Tidaklah aku tahu akan kebenaran mimpi itu kerana ia mungkin permainan syaitan laknatullah. Tidak perlulah aku menceritakannya disini. Tersedar aku dari mimpi ucapan astaghfirullahalazim terucap di bibir. Amat terkejut. Harapnya ia tidak berlaku di alam nyata. Aku berharap aku bahagia di samping lelaki yang hadir di dalam hatiku dan hidupku kini. InsyaAllah. Amin Ya Rabbal Alamin.

10128_103122769704372_100000199482946_88015_3183781_n(3)

Wajahnya dirahsiakan ya…

Satu lagi berita yang gembira. Rakanku Mona Lizza menyatakan kegembiraannya bahawa dia kini tidak lagi perlu hidup secara nomad. Kini dia tinggal di Johor bersama kakaknya. Tidak perlu dia memikirkan lagi hendak bermastautin di mana. Johor?Sg. Buluh?Nilai?Putrajaya?Klang?Ya..ini satu berita yang gembira tetapi ada sedikit kesedihan hatiku ini. Mungkin kami akan berjauhan dan sukar untuk bertemu. Inilah persahabatan. Setiap manusia akan terpisah jua suatu hari nanti.

15032010277

Semoga sihat selalu ya Mona..

Detik-detik persahabatan aku dan rakan-rakanku tak kira sejak di bangku sekolah, di IPT, atau ketika menjalani PLKN tetap aku kenang sampai bila-bila. Love you all.

Pencinta buayacak, cika, atin, ayna   

SDC13047fifi, leyna, mona, lala, ika, pah 

8426_101662669852491_100000262753276_44437_3707032_n

hostel SMK Engku Husain

plkn

Familyku di PLKN…Skuad Pingu…haha..Hidup DELTA!!

What ever it is..Remember..

Ingat kami…Tetap sayang..(lagu masa kat kem asrama smkeh)

Sunday, June 20, 2010

Kerja ke Tak Kerja?

Salam…

Hari ni aku rasa berbelah bagi lagi. Nak keje ke tak nak??Rasa nak kerja tapi…boleh ke bondaku tinggal seorang?Ayah pun risau juga bila aku cakap aku nak start kerja bulan 7 ni. Iyela bukannya apa, aku nak cari duit. Lagipun, staf-staf kat firm dah beriya-iya nak aku datang. Kerja banyak menantiku katanya. Working Drawing.

Hah??Working Drawing??Ish..Tak suka sebenarnya bila sebut pasal working drawing. Teringat keterseksaan aku masa study. Suasana belajar. Studio kecil..Perangai lecturer lagi..Ahh x payah la fikir lagi pasal tu. Sakit hati je bila fikir. Hati dah la tak sihat..So tak payah la peduli lagi.

Nak kerja ke tak?

Nak kerja ke tak?

Emm..Aku nak sangat ada not-not kertas dalam dompet aku, dalam bank aku. Nak buat business internet macam tak jalan. Lembab je. Teringat pada kata-kata wan aku masa kat kampung. Wan tengah baca buku Asmaul-Husna. Kemudian ayam pulak memekak.

ayam ni momokak yo la..tapi tak bertolor-tolor gak”…

Hah macam tu la ibaratnya aku. Hasil tak seberapa. Tapi apakan daya. Aku hanya insan lemah. Aku hanya insan kembang. Ini ayat yang kawan aku beri kat aku. Afifah Sabran nama dia. Masa tu tengah makan. Haha.." Iyala Pah..Aku ni kan insan kembang” (dengan muka aku yang bajet touching)…

Banyak lagi aku nak cerita tapi broadband aku nak expired dah jam 12.40 nanti. Nampaknya minta duit top-up kat bonda la lagi nampaknya. Terima kasih ibu..

Saturday, June 19, 2010

Kejadian Hari Ini

Salam…

Hari ini mungkin seperti hari-hari semalam. Amat sukar untuk melelapkan mata. Malam ini aku akan mencuba untuk tidur awal walaupun tahu akan kepayahan yang akan dilalui seperti hari semalam.

Lewat petang tadi berlaku suatu kejadian. Berdosakah diriku ini memperlakukannya seperti itu. Bukan aku sengaja meninggikan suara atau memasamkan muka kerana waktu itu aku sedang menantikan sesuatu yang hampir tiba beberapa minit saja lagi. Ya Allah, hambaMu ini memohon kemaafan dariMu. Aku telah alpa dan tidak dapat mengawal perasaan yang ketika itu ku rasakan kelam. Sayang amat aku terhadap keluargaku yang bahagia ini. InsyaAllah…

image

My family…Luv u all

Hampir bulan Julai. Beberapa minggu saja lagi Julai akan tiba. Aku pula sudah berkali-kali dipanggil oleh staf-staf tempat aku menjalani praktikal dulu. Mereka mahu aku berkhidmat di sana. Amatlah gembira hati ini. Duit ingin kucari untuk keperluan diriku. Sampai bila aku ingin bergantung hidup dengan duit ibu dan ayahku saja?Maka aku inginkan pekerjaan. Cemburu hati ini dengan rakanku yang sudah mendapat kerja. Rakanku yang sudah menghabiskan pengajian di UiTM Jengka.

Tambahan pula aku tidak mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam peringkat Ijazah. Tapi tidak mengapa. Semua ini ada hikmahnya. Rakan-rakan seperjuanganku. Semoga berjaya. Nasib kita semua sama. Mari buat rayuan.

25364_382920823839_829923839_3694857_757410_n

Inilah wajah-wajah ceria rakan seperjuanganku. Tahun depan kita konvo ya..Jangan amek architecture lag..haha..jahat plak aku nie..Amek landscape. Tawaran banyak.

Friday, June 18, 2010

Kehidupan semalam...

Anak ini sedang berfikir apakah ia akan pergi dari hidupnya. Ingin beradu di atas katilnya di kamarnya yang amat disayangi dengan tenang. Anak ini sedang cuba melelapkan mata. Terpejam rapat. Tetapi matanya tidak membenarkan keadaan ini berlaku. Ia lebih suka membiarkan anak ini terkebil-kebil memikirkan masa-masa lalu dan memori-memori yang telah tercipta sepanjang hidupnya.

Insomnia. Anak ini menghadapi insomnia sejak kebelakangan ini. Perit untuk ditanggung. Anak ini sebenarnya inginkan rehat yang secukupnya untuk menjalankan hari-hari esok tetapi mata tidak membenarkan ia berlaku. Tapi mengapa. Terbawa-bawakah anak ini sewaktu belajar dahulu dengan tidur yang tidak cukup dan selalu lewat. Tapi sampai bila?

Sudah puas mencuba melelapkan mata. Kepala sudah sakit seperti diketuk-ketuk dan perut yang semakin terasa kosong. Anak ini perlu tidur. Tidak ingin berlaku lagi kejadian seperti tadi. Rasa yang tidak enak. Anak ini berteleku di atas selembar sejadah membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Belum pun habis bacaan, badan sudah menggigil dan lesu. Pandangan hampir gelap dan berpinar tetapi dengan semangat yang kental, anak ini menghabiskan juga bacaannya sehingga habis berdoa bersama titisan-titisan jernih. Hati hanya berdoa yang terbaik untuk hidupnya dan menghabiskan sisa hidup dengan bertakwa kepadamu Ya Allah. Ampunilah dosa anak ini.

Hidup yang tidak diketahui sampai bila. Ada perkara yang dirasakan akan terjadi suatu hari telah pun terjadi sedikit demi sedikit. Anak ini ingin mengadu tetapi pada siapa. Tidak mahu menyusahkan bonda dan ayahanda. Anak ini lebih takut jika bonda mengetahui apa yang sedang dilalui. Tubuh yang tidak terdaya dengan mata yang berpinar sehingga mahu pitam dan tersungkur di atas lantai. Mengapa ia berlaku sejak akhir-akhir ini. Anak ini perlu mendengar nasihat bonda. Makan ikut waktu. Jangan terlewat. Ya Allah anak ini memohon agar diberikan kesihatan yang baik untuk anak ini meneruskan sisa-sisa hidupnya. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa