visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Sunday, October 31, 2010

Owh Sketchup!!

Arghhh I feels like wanna scream. Owhhh geram sungguh aku dengan sketchup aku. Dah nak siap dah tu. Tengok-tengok ada benda yang slack. Damn..Wall aku ntah ke mana. Pintu ntah ke mana. Habis semua dah bercampur.

Haissshhh ponek den ni hah. Dah berkobar-kobar dah nak letak material, nak letak color. Tengok-tengok ada problem.

Sioton la. Pok heh!!Aku dah maleh r nak buek. Sok-sok yo lah aku buek. Sakit bonar hati ni hah.

Aku kalau dah sakit ati aku suko cakap nogoghi. Raso pueh yo ati ni hah. Cettt!!!!

Tapi tu la..Aku rasa macam ada je yang tak kena la dengan design aku ni. Construction jangan cakap la. Aku rasa teruk gila construction aku ni. Tapi takpe la. Proposal je pun.

Boring duk umah layan je la sketchup. Tu pun kekadang je. Bila aku rasa nak sambung buat, aku buat la.

Kalo tak, takdo la aku buat.

Aku sekadar nak melepaskan geram. Nak pukul orang adik-adik takde.

Kalo diorang ada sedap sikit. HAHAHAHA…

Friday, October 29, 2010

Anak…

Semasa engkau dilahirkan

Kabul sudah satu impian

Impian nyata kurnia Ilahi

 

Engkau anak istimewa

Kebahagiaan ibu ayah

Bila menangis dan juga tertawa

 

Hai anak kau tak mengerti

Betapa mulia pengorbanan mereka

Memberikan kasih sayang

Agar dapat menikmati dunia

 

Masa silih berganti

Kau membesar tak disedari

Cepat sungguh kau pandai berbicara

 

Apa yang telah terjadi

Pada mereka kau derhaka

Mengapa begitu apakah salahnya

 

Hai anak kau tak mengerti

Betapa mulia pengorbanan mereka

Memberikan kasih sayang

Agar dapat menikmati dunia

 

Kini kau telah tersesat

Hilang diri dan pedoman

Tak seorang pun yang mengambil tahu

 

Dan kini engkau menangis

Ibu ayah menghampiri

Walau kau telah terpesong jauh

 

Hai anak kau tak mengeti

Betapa mulia pengorbanan mereka

Memberikan kasih sayang

Agar dapat menikmati dunia.

Thursday, October 28, 2010

Aku nak tidur!

Aku ni asik nak tidur lambat je la. Haishh tak boleh nak lelap.

Penangan masa study punya pasal la ni. Walhal dah berapa bulan dah aku habis study.

Sekarang dah nak pukul 4 pagi. Kan elok kalau aku buat solat tahajjud time ni.

Tapi kene tidur dulu. Kalau dah tidur mintak ampun mintak maap la. Lena la aku tidur sampai subuh.

Entry kali ni aku nak berpuitis la. Macam dah lama je aku tak berpuitis.

Hai saya joyah (sambil buat muka pening lalat)…haishh jangan nak merepek la oii.

Ok..ok..ermm..saudara..(mimik muka teruja)ecece..

 

Wahai insomnia sampai bila kamu mahu aku

Lepaskan anak ini

Anak ini mahu tidur yang sempurna seperti insan lain

Tidak sanggup aku mahu berkawan lagi dengan kamu

Cukuplah kamu menemani aku

ketika aku sedang berjuang sewaktu belajar dahulu

Bukan habis manis sepah dibuang

Tapi aku mahu tidur tanpa ada paksaan

Aku mahu rasai akan lena itu sendiri

Dengarlah wahai insomnia.

 

Puitis?takde la puitis pun kan. Saja je cakap nak buat gempak.

Tapi ikut cara bacaan la kan. Kalau baca kasar sekasar scrub memanglah kasar bunyinya.

Cuba baca lembut-lembut selembut kentut.

Mesti bunyinya lembut jugak.

Siasat dulu…

Beberapa hari sebelum ni ada berlaku pasal konspirasi blogger. Agak kecoh n panas jugak la. Aku ni sebab nak cari kisah n cerita yang sebenar, aku mentelaah la blog2 diorang. Lama aku baca blog dan komen-komen sampai pukul 4 pagi jugak la. Aku antara percaya tak percaya je pasal konspirasi yang timbul sebab aku suka dengan gaya penulisan blogger tu.

Ramai jugak yang terpengaruh dengan komen-komen yang diorang tulis sampai aku pun nak terpengaruh jugak. Esoknya empunya blogger yang dikonspirasikan buat pengakuan. Aku kagum dengan dia. Memang dia mengaku dia salah pasal gambar-gambar dalam blog dia bukan gambar dia. Tapi takpe sebab aku memang dah tau dari dulu yang gambar tu fake.

Ada cakap hasil seni dia, lagu yang dia buat pakai gitar bukan dia punya. Empunya blogger tegaskan yang itu memang hasil seni dia. Kesian blogger tu kene fitnah. Sabar je la. Banyak betul dugaan dia.

Kita ni hidup kat dunia yang fana ni..fana??fana nama blog aku..so kalau macam tu kita hidup kat dunia blog aku ni..ekeke..takda gurau je. Ekceli kita hidup kat dunia ni jangan la cepat melatah. Orang dah kata benda buruk sikit pasal orang tu dah percaya bulat-bulat. Taknak la siasat dulu ke. Jadi la CSI sekali-sekala.

Kena dengar dua-dua belah pihak. Kalau satu pihak je memang la tak boleh. Bila dah dengar dua-dua pihak baru kita akan tau kebenarannya. So sebelum tau perkara tu betul ke tak jangan la buat spekulasi. Boleh menimbulkan fitnah. Nanti ada orang kecil hati. Tak baik buat macam tu. Ni peringatan untuk diri aku jugak.

Tuesday, October 26, 2010

Selamat berjuang ye

Sekarang ni musim exam. Perghh dalam FB banyak menceritakan pasal final exam. Yela semua takut beb bab-bab exam ni. Semua nak buat yang terbaik. Tersenyum aku sorang-sorang macam kambing baca wall-wall orang cakap pasal exam. Eceecee mentang-mentang la aku dah lepas dari kesengsaraan exam. Buat sementara waktu je la. Nanti dah sambung kene jugak lagi.

Sem lepas final aku 1 paper je. Paper amalan seni bina. Lawak kan. Ramai yang tak caya class kitorang dsb6 final 1 paper je. Dah memang architecture punya course camtu. Tapi walaupun 1 paper tapi kitorang ada portolio. Ni lagi parah. Lagi hebat dari exam. Setiap sem ade portfolio. Memang berhari-hari la tak tidur buat portfolio. Penat sangat-sangat!!Tourch-up board design punya pasal la. Owhh perittt…

Ok la disini…cehh skema la pulak ek..saya nak ucap gud luck kepada kawan-kawan saya yang nak final exam tu ye.

Buat yang terbaik taw..Chayok-chayok!!

Gambate!!Jangan tension sangat. Kita nak final exam ni kene happy je baru la tak tension. Ok..

Gud luck kat kawan-kawan masa sekolah dulu..Cika, Cimma. Korang boley punya. Ingat pesan cikgu Low Ley Peng

‘usaha tangga kejayaan’ (sambil air liur terpercik kat muka)haha..xde2 gurau je..

tak baik tau kau ni najlaa kutuk orang..eh bukan kutuk. tapi mengingati memori.

 

Kepada rakan-rakan poli ku Pah, Ika, Fifi:

Selamat berjuang rakan-rakan. Siapkan portfolio.

Jangan tension dengan sketcup, laptop yang lembab. Haha.

Buat gempak-gempak tau portfolio. Biar panel-panel luar tengok design korang diorang kagum.

Yeahh!!!

 

Kepada junior-junior dorm3 kesayangan ku jugak. Bell, Athirah, Dodek, Wani:

Gambatte!! Kami tau korang boleh. Korang kan sempoi. Cam ketua dorm dia jugak la (cehh xnak kalah aku ni)

Hahaha…All the best!!

Sayang korang..muaahh…

Kain Pelekat Song

Entry ni aku nak cakap pasal kain pelekat. Kain pelekat??Apa pasal kain pelekat pulak najlaa oii??Buat la kain batik ke an. Matching arr sikit. Awak kan wanita. Wanita??huahuahua. Macam tua pulak panggil wanita. K la remaja perempuan la. Hah sodap sikit dongar ea. Bak kata orang ganu pulak sedak sikik dengar. Al-maklumlah menetap kat terengganu 3 bulan. Cehh 3 bulan je kot. Iyela 3 bulan je la. Ada ke plkn 3 tahun. Mana ada owh.

Dah la..dah la..ngarut je ko ni najlaa. Nanti jiran sebelah dongar kang. Dah larut malam dah ni. Bila larut malam..tarakuca tarakucaca.. aiya sengal badan tul la ko ni.

Ok..ok..straight to the point. Ecece cakap omputih lak. Apa ada dengan kain pelekat?I mean kain pelekat ni bawak kenangan kat aku dulu-dulu. Exactly bukan kain pelekat la but kain pelekat song. Ala yang tu ‘kain pelekat la..la..la..la..’

Masa aku form 3 bae suka sih nyanyi lagu ni kat aku. Tak kira la kat mana-mana pun aku berada. Kat dorm ke kat library aspuri ke dia men belasah je nyanyi kat aku. Then budak-budak lain pun dok ikut dia. Nyanyi la sekali. Tapi len sikit la. Macam ni..macam ni..

kain pelekat la..la..laa.laa..

kain pelekat fird..fird..fird..fird..

Haisshh bae ni..digubahnya lagu tu. Siapa yang tak tau cerita memang la tak paham apa yang bae nyanyi. Fird***. Adoyai. Takleh lupa la dengan dia. Budak dorm aku seboleh-bolehnya nak usahakan gak aku dengan dia. Nak-nak si bell ngan dodek. Tapi yela. Aku ni shy-shy cat..huahuahua. Owh bae..rindunya aku ngan kamu. Sebab ko suka jugak menyakat aku.

Tapi bila aku dah nak lupakan si fird tu..er..er lupa ke? Lupakan sikit jela banyak yang ingat. Ada pulak cerita lain timbul. Haishh form 3 banyak dugaan sih.

Ada budak tu bagi surat. Surat??Lawak gler la. Muka aku ni ada muka jiwang ke. Muka rock adalah. Muka hiphop ke ada la jugak. Bagi surat masa nak 2-3 hari nak pmr.

Aku ingat lagi macam mana budak tu tercegat kat depan pintu kelas aku. Kat 3 unique. Masa tu aku tengah beborak ngan dak kelas aku. Berkumpul masa tu. Aku, bae, cak, cimma, rahmah, pejah, atin. Then budak tu dok memanggil-manggil. Aku ingat dia panggil kawan aku yang sorang tu rupanya dia panggil aku da..

Aku pun dengan sifat keselambaan aku, natural tu sifat tu sebab aku memang macam tu. Selenge semacam tu. Sekali dia bagi surat. Tapi tu la tak ramai yang tau. Budak dorm tau  la sebab kitorang selalu share prob dengan budak-budak dorm. Mintak pendapat diorang suma camne. Dan desicion dah dibuat n atas persetujuan ahli lembaga yang lain (ceh taknak kalah) aku takkan balas surat tu. Memang aku tak pernah balas. Punyalah banyak kali budak tu kasi surat kasi hadiah. Aku just say thank you je la.

Disebabkan ini maka timbullah lagi satu lagu. Masa tu kat library bae nyanyi lagu

kain pelekat la..la..la.la…kain pelekat fird..fird.fird..fird…then bae cakap eh salah la..skang dah lain..camni..camni..

kain pelekat la..la..la.la..kain pelekat ghol…ghol..ghol..ghol..

Pastu terbahak-bahak dia gelak sebab dapat kenekan aku lagi. Cett..Tapi aku takde la marah sebab tu kira lawak. Buat aku tergelak je.

Bila ingat balik or terdengar lagu tu mesti aku gelak. Senyum sorang-sorang cam orang dah tak betul. Cam dah corrupt. Kene guna anti virus dah ni. Nak kene repair. Guna kaspersky ke panda ke..cett dah mengarut-ngarut dah ko najlaa. Walau apepun BAEEE..AKU RINDU KAT KAU!!16 nov besday ko. tunggu ya..hahaha (gelak misteri)

Monday, October 25, 2010

Kawan bergaduh aku

Lately nafsu makan nasi aku takde tahap gaban dah ni. Aku asik makan roti je. Aku tak makan nasi tapi aku makan burger. Huahuahua. Aku cuma tak makan nasi je. Takde selera sangat pulak skang ni. Tapi benda lain aku hentam. Ngap..ngap bengap..

Entry kali ni tetibe pulak nak cakap pasal aku suka gaduh or suka cari pasal. Tapi cari pasal ngan budak sorang ni je. Budak-budak lain takda tau. Si dia ni tak abih-abih nak cari kesalahan aku masa dulu-dulu. Bengang owwhh dulu. But now aku ngan dia dah jadi rapat. It’s funny right.

versus Hah ni la dia rakan bergaduh aku masa sekolah menengah..Cak

Cak selalu nak cari pasal dengan aku. Aku pun tak tau nape. Setiap tahun mesti ade je gaduh.

Ingat lagi masa form2 cak marah aku sebab aku guna air kat toilet masa takde air. Basuh muka je pun. Yana ngan ekin pun sama gak guna tapi aku je yang dia marah. Aik pelik betul aku. Bape ari gak la tak tegur sapa. Aku ni bukan suka gaduh pun. Iyelah kan. Kalo gaduh tu hati rasa tak tenang je. Asik nak pikir. Malas ahh aku nak pikir tapi dok terpikir-pikir gak. Pastu aku gak la yang mintak maaf kat cak. Itu pun sebab kak as yang suruh aku berbaik-baik ngan cak. Kalo tak mau aku masam muka lagi ngan cak. Aku pun ikut jela cakap kak as walaupun aku rasa bukan aku yang salah. Bila dah maaf-maaf terus elok. Dah rancak berbual. Haha..ego je ko ni lala.

Masa form 3 aku tak gaduh cak. Sebab nak pmr kan..ahahaha…puasa dari gaduh..ngehngeh..

Form 4 pun gaduh lai!!adoyai…penat gaduh. Tapi yang ni memang aku yang salah. Ye aku ngaku aku yang salah. Tak patut aku ejek cak. Sorry ye cak. Aku ejek cak pasal kes oral bi. Waktu breakfast makan roti canai. Aku ungkit citer masa kat class bi. Hah ape ko. Memang ngamuk gler r cak time tuh. Aku pun terkejut. Dihentaknya pinggan roti canai tu..

“V**i r korang”

HAHAHA..ingat lagi owh ayat cak lemparkan kat kitorang. Dah cam lempar roti canai.

Cak terus keluar dewan makan sambil berlari-lari masuk dorm. Then Cimma datang tanya nape. Cimma masa tu pun marah gak tapi sekejap je. Masa tu touching gak r aku. Sedih gler dowh…Lebih seminggu la gaduh. Budak-budak ni dah paham sangat kalau aku gaduh ngan cak. Dah selalu sangat dah. Dah tak heran dah. Last-last diorang la yang baik-baikkan aku ngan cak sebab masa tu ada undi untuk group ape tah. Tak hingat aku. Masa tu kat library aspuri. Diorang cakap ntah-ntah aku group ngan cak. Sekali bila dah cabut undi memang aku group ngan cak..Mak aihhhh..Masa tu aku tak tau la nak cakap ape. Budak-budak ni dah dok nyakat-nyakat aku ngan cak. Last-last masing-masing senyum. Terus baik. Lah???Senang je kot nak baik-baik balik. Tu la ego je lebih. Biasa la kan. Gaduh baik gaduh baik.

Aku memang tak suka gaduh sebenarnya. Tapi kalo orang cari pasal hah kene r ko. Aku ni panas baran sebenarnya.

Tapi tu la. Dah banyak kali gaduh jadi rapat pulak. Haha..Memang takleh lupa la kenangan ni.

Friday, October 22, 2010

1st luv episode 2

1st luv episode 2

Sumtimes he apperared in my mind….

Thursday, October 21, 2010

Kenakalan aku kat ostel

Aku masa sekolah dulu nakal gak plus jahat..haha..

Kekadang je la. Selalunya aku baik. Ikut je peraturan.

Time prep aku prep. Tapi kekadang stado gak.Takpun kuak lentang or snuker.

Tapi tang tidur aku susah nak ikut. Sebelum tidur borak2 la dulu ngan kengkawan.

Huha sana huha sini kat dalam dorm.

Aku ingat lagi masa form 2. Aku tengok Kak As a.k.a kakas ketua aspuri tyme tu, same dorm ngan aku nga study. Aku pun kacau la dia. Borak2 ngan kakas. Tanya dia senang tak add math tu. Bak kata kakas senang kalo tau formula apa nak guna.

Borak2 ngan kakas kat depan pintu dor3. Then bila dah siap kitorang pun baring kat depan pintu dorm dongak ke langit.

Hah bila dah start baring si dodek pun join skali. Dodek rapat ngan aku n kakas. Beborak sakan la kitorang ni sambil tengok langit. Pastu muncul la cite2 yang tak masuk dek akal. Eyy ada doremon la kat langit tu. Hai doremon. Tak ke giler tu.

Masa form 3 plak aku rasa klakar sungguh.

Aku, bae, pekjah, angah, kak ecah n along dok beborak kat tangga depan dorm 3. Borak pasal hantu bagai. Pasal histeria. Masa tu dak2 dah tido. Tengah dok beborak then kak ecah nampak macam terkejut plus takut.

Aik apsal pulak kak ecah ni. Kak ecah cakap lampu bilik basuh tu tetibe tertutup sebab tadi lampu tu terpasang. Hah sudah. Kitorang ni cuba la meyakinkan yang lampu tu memang tertutup dari tadi. Tapi kak ecah nafi kan jugak. Hah time tu masing2 dah meremang semacam. Cepat2 nak g masuk dorm.

Yang lawaknya angah takut nak balik dorm sebab angah dorm 1. Hah ape lagi. Angkat tilam bawak la kt lantai. Tilam yang jadi mangsa tilam aku, bae n pekjah. Tidur la kami ni reramai kat bawah kipas tu. Dak2 dorm aku dah nyenyak tido dah. Berhimpit-himpit la memasing sampai ke pagi.

Form 4 pulak lagi jahat. Aku, bae n ade lagi la sorang budak tu main mekup2. Saje ngengade nak mekup. Hari tu khamis malam jumaat. Aku ngan bae ni tak ngantuk lagi. Ajak pekjah die taknak. Nak tido katenya. Bila mekap2 timbul pulak idea nak kenekan orang.

Perghh giler time tu. Kami pun mekap la cam vampire. Pergi dorm 1 kacau timah. Sebab masa tu timah dalam dilema nak terima tawaran masuk teknik ke tak. Kitorang pun kacau la die. Buat-buat macam die tengah mimpi camtu la.

“timah..timah..pergila teknik..timah”

haha camtu la kot. tak ingat dah ape yg aku cakap tyme tuh. Yang penting masa tu timah takut gler. Siap tarik selimut lagi. Abis kebanyakannya kitorang ganggu. Kat dorm 2 tak ingat sape yang kene.

Kat dorm 3 sume kene. Pekjah tak takut langsung sebab dia tau. Paling kelakar muka wani. Muka terkejut gler time kene kacau. Abis satu badan selubung ngan selimut. Yang penting sume takut. Bell, dodek, athirah, suzie, ihsan sume kene.

KAHKAHKAHKAH…

Dah siap men2 kan orang kitorang pulak takut. Hah amek ko. Sape suoh takutkan orang. Aku ngan bae tidur sekatil dek takut punya pasal. Dengan muka tak cuci terus tido. Esoknya terus kene marah ngan kak tijah. HAHAHA..bukan marah la cuma tegur je la. Nape wat timah camtu sebab pagi tu ade sesuatu yang berlaku kat toilet dorm 1. Kitorang la yang dipersalahkan. Lagi la dapat tau kitorang yang buat sebab bekas2 mekap kat muka tak cuci. hihihi..

Nakal jugak aku ni. Nakal sikit je. Tapi tu la kenangan. owhhh sweet memory…

Wednesday, October 20, 2010

m waiting

waiting for call

I’m sorry for the mistake that I made.

I’m waiting for you but it’s nothing.

And I’m sorry for you cuz such a long time I haven’t been there for you.

I need time to think about ours.

Think very deep in my heart for my future.

I need time..I need time.

Hope you understand.

1st luv episode 1

1st luv

Tuesday, October 19, 2010

Enough money??

money

Life is nothing without money…

Kalaulah aku

Kalaulah aku  belajar betul-betul dulu,

Mungkin aku dapat sambung biasiswa petronas.

Kalaulah aku rajin dari dulu,

Mungkin aku dapat masuk UTP cita-cita aku dari dulu.

Kalaulah aku tak terima tawaran masuk hostel smkeh,

Entah apa jadi kat aku.

Kalaulah aku dengar cakap ayah masuk matrik,

Mungkin aku kat Universiti sekarang ni.

Kalaulah aku tak pindah shah alam,

Mungkin perangai aku tak macam sekarang.

Kalaulah aku dari dulu tak pendiam,

Mungkin sifat malu aku kurang.

Kalaulah aku praktikkan cakap bahasa inggeris hari-hari,

Mungkin sekarang aku dah petah dalam bahasa tu.

Kalaulah aku rajin cari maklumat,

Mungkin pointer aku tinggi.

Kalaulah aku jaga tulang belakang aku elok-elok,

Mungkin tulang belakang aku sekarang tak bengkok.

 

Itu semua kalau..if happen..

Tapi kita tak boleh macam tu.

Kita kena redha dengan qada’ dan qadar. Jangan sesalkan apa yang dah jadi.

Terima dengan hati terbuka. Ada hikmah disebalik semua ni.

Friday, October 15, 2010

nightmare again

Semalam aku mimpi lagi.

Ya Allah sungguh teruk mimpi aku tu.

Tersangat-sangatlah teruk.

All of people that i love most.

Ramainya Ya Allah…

Hope that will not happen in my life.

Of course i’m so afraid..so..so afraid.

I can’t forget about my dream last night.

Beristighfar bila aku bangun tidur.

Takut….

Thursday, October 14, 2010

It can only get better..

Biarkan saja cahaya itu tidak bersinar

Tidaklah ia berkekalan dan hari akan kembali cerah jua

Kamu percaya akan itu

Langkah kamu amat berat

Melangkahlah sehingga kamu rasa ringan

Ringan seakan awan di langit biru

image

For all the teardrops in our eyes

It can only get better

Be still my heart, we’ve come this far

It can only get better

I know its hurts for what it’s worth

But trust it can only get better.

 

If ur here

Dry the tears and look somewhere

It easier to say but I know it hard to do

But just pretend

When ur back’s against the rope

When u miss someone the most

It can only get better.

Macam-macam pe’el

Manusia ni banyak ragam. Macam-macam

pe’el ada.

Kalau nak hilangkan tension ke, nak buat hati gembira ke,

nak buat-buat heppy ke atau nak hilangkan rasa marah ke mesti ada cara dia an.

Lain orang lain la caranya.

Ada yang suka melalak-lalak tak kesah la

melalak kat dalam toilet ke, kat bilik ke atau pasang lagu kuat-kuat ke pakai headphone

sampai tak dengar ape orang cakap.

Tak pun conteng kat atas kertas. Conteng la bebanyak sampai puas hati tu an. Ni sume cara-cara lepaskan geram.

Tapi ada jugak orang lepaskan geram or nak hilangkan tension, dia melukis ke atau

buat la art apa yang diorang suka.

Kalau boring ke kan buat la drawing, abstract ke. Abstract la best. Boleh zahirkan apa pun yang tak puas hati ke,

benda yang kita suka ke, tak suka ke, pedih ke, perit ke sume boleh ditersiratkan kat lukisan abstract. Ditersiratkan??mak aih..dah salah dah tu bm aku. Haha..

131020101084

Aku kalau boring n ada mood aku buat la abstract drawing. Takpun sketch apa-apa yang aku nak.

Al-maklumlah tengah takda kerja. Nak buat abstract drawing ni takda la lama mana. Ikut je kata hati tu.

Conteng je ikut suka hati. Insan kembang macam aku ni ikut suka hati je la an nak buat camne.

Tak kesah la canttik ke tak cantik. Lantak la an. Asal aku puas hati dah r.

131020101085

Wednesday, October 13, 2010

Anak perantauan yang ku rindu

Wahai orang yang ku rindui

Rindu amat aku pada kamu

Gelak tawa dan sifat kamu

Serasa bermain di fikiran

 

Kamu anak perantauan

Disini aku masih menuggu kamu

Di bumi malaysia

Walau kamu di rantauan

Asal usul tidak pernah kamu lupa

Itulah kamu..tidak pernah alpa

 

Walau kamu di sana

Tetap kamu menghubungi aku

Gembira dan tersentuh amat hati kecilku ini

Sanggup menghabiskan masa dan duit

untuk sama-sama mendengar suara di kejauhan

 

Masih segar lagi di kotak ingatan

Kamu dan aku saling bersama

Makan sebiji burger bersama

Kata kamu itu sebagai kenangan antara kamu dan aku

Pabila kita terpisah nanti

 

Tidak lama lagi kamu akan kembali

ke bumi kelahiranmu ini

Aku sentiasa menanti akan sekembalinya kamu

untuk melihat dan memeluk erat kamu

yang sentiasa aku ingati dan sayangi…

Weird..so weird

Weird..wierd…so weird…

Haisshh aku pelik betul la semalam.

Apa pasal la aku tidur awal giler.

Since tengok berita lagi aku dah rasa penat semacam n nak tertidur.

Nak kata aku demam takde langsung. Tapi…petang semalam

tapak tangan aku panas semacam.

Dah setaraf panas seterika untuk kain silk. (macam melampau la pulak ye)

Haha tapi yes. This is the fact.

Maybe sebab aku baru lepas kemas-kemas rumah kot.

Badan berpeluh macam pergi joging. Baru kemas rumah ek.

Mane tak nye. Habis lantai melekit-lekit n bercop-cop sebab dina main playdough.

Adoyai…

Tapi takkan sebab tu aku tu aku tidur awal???

Tiap hari kemas rumah an..

Tapi aku tahan mata aku ni sampai 9.30 sebab

aku nak tengok siti kelembai.

Seronok sihh..

Lepas je 9.30 terus aku tidur…zzzzzzzz

Dah tidur awal bangun pun awal la kan.

Pukul 5 aku bangun. Dah segar bugar semacam.

Monday, October 11, 2010

woowo..angkasawan married..Dina asik membebel

Semalam aku dengan family tengok wedding Dato’ Dr.Sheikh Muzaffar dengan Dr. Halina.

Si Dina tak boleh diam mulut dia.

Asyik becakap je kerja dia.

“eh akak, nie kawen betul-betul ke?” (betul2 la. takkan memain kot)

“waaahhh angkasawan ke dia??”

“Dia pergi angkasa?wow..dina pun nak pergi sana jugak la” (bagus ada cita-cita macam tu)

“eyy cantiknya baju dia..sepit rambut dia pun cantik” (dasar kuat malaram laa dina ni)

“aik bila dia tukar baju” (hah tula asik becakap je. mane nak perasan dorang dah tukar baju)

“orang putih pun pakai baju melayu??” (hairan dia)

“eyy siti nurhaliza!!! (nampak je si dina ni)

“takde orang angkat ke kain dia tu?Nanti terpijak..”

“sedapnya lagu ni. Dina suka la.”

Hah pasal lagu pulak dia siap ikut lagi nyanyi. Ade jugak dina tanya sapa yang nyanyi.

Ibu cakap ibu yang nyanyi. Mampus dia tak caya..haha..siap tanya ayah lagi..ayah pun sekomplot kenekan dina.

Hahaha..siap menari bagai dengan selimut dia. bajet selendang la tu.

Macam lawak..memang lawak..

Semalam tengok sukan komenwel kat tv1.

Aku ni suka tengok benda-benda yang ada kaitan dengan sukan. Tah la. ..

Seronok je tengok.

Yang lawaknya bila tengok match badminton semalam.

Time Hafiz Hashim lawan dengan negara mana tah. Lupa la pulak aku.

Senang je aku tengok dia lawan. Sekejap dah menang. Ni ok lagi.

Yang aku dok tergelak-gelak bila aku tengok match beregu perempuan.

Malaysia vs. Uganda.

HAHAHAHAHAKKK…LAWAK..LAWAK..

Malaysia main macam main-main je..ehh betul ke aku cakap ni??

Hah betul la. Main memain. Steady je. Relax je diorang main.

Macam training je nak panaskan badan.

Uganda main macam budak sekolah la pulak aku tengok.

21-6 1st set, 21-8 2nd set.

Tu pun aku rasa malaysia kasi chance je tu. Kecian je..Aku rasa kalau Malaysia tak kasi chance mau 0 Uganda dapat.

Slow gler la diorang main. Takde la agressive macam masa piala uber ke, all england ke…

HAhahah…haishh tak baik aku ni gelakkan.

Wateva it is aku harap sangat Malaysia dapat EMAS dalam badminton ni

untuk sukan komenwell. Amin…

Sunday, October 10, 2010

Lagu kene ngan jiwa aku

Aku suka lagu-lagu yang bila dengar tenang je rasa. Rasa macam ada kat tepi pantai dengar desir ombak dengan tiupan angin yang buatkan hati ni tak rasa marah. Lupa perkara-perkara yang menyakitkan hati.

Aku suka layan lagu-lagu Amy Diamond, Emmy Rossum, Idina Menzel, Yuna acoutic, Yanni, Kenny-G, Lenka. Fuhh memang best la telinga aku ni dengar. Dapat pulak headphone yang bass dia memang sedap gilaaa.

Suka genre akustik sebab aku boleh try jugak main pakai gitar.

Takde la aku boring asyik mengadap laptop.

Petang-petang or pagi-pagi or lepas penat mengemas aku main la gitar tak kira la kat dalam ke kat luar ke. Tapi aku suke main kat luar sebab boleh main kuat-kuat sebab takde orang sangat. Tah pape lagu aku main. Belasah je.

Tapi aku selalu main lagu Romance de Amor, Ku Katakan Dengan Indah, The Show.

Nak santai lagi main lagu Nobody ke, Zombie ke,

atau nak penat jari main

Wake Me Up When September Ends dengan Relaku Pujuk.

Relaku Pujuk ni selalu aku tersalah chord. Keliru sihhh. Takpe asal puas hati.

Nak lagi santai main lagu Keindahan Pantai. Di tepi pantai yang indah….lalalala..

Haisshh nyanyi pulak.

Takpun nak pening kan kepala lagi main lagu Baby Justin Bieber tu. Aku takde la suka sangat dengan lagu ni tapi bila pakai gitar best pulak an. Bayi..bayi..bayi..ooohhh..

Hah lagi satu lagu Tolong Ingatkan Aku. Aku suka sangat lagu ni. Tapi susah la nak buat. Tak dapat tempo die lagi. Tolong ingatkan aku kisah ku tersedar..Hah dah-dah la tu najlaa oii…

Aku bukannya pro. Baru beginner. Bilala aku nak jadi pro an.

Bila dah pro hah cakap je lagu apa terus buat. Tapi tu angan-angan je la…

Apekan daya…

Goodbye

I can see the pain living in your eyes
And I know how hard you try
You deserve to have much more
I can feel your heart and I sympathize
And I'll never criticize
All you've ever meant to my life

I don't want to let you down
I don't want to lead you on
i don't want to hold you back
From where you might belong

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to say but goodbye

You deserve the chance at the kind of love
I'm not sure i'm worthy of
Losing you is painful to me

Hmmm adik aku ni…

Adik aku si dina ni kalau dah main

habis satu living room dengan mainan dia.

Playdough berterabur  sana-sini, mainan masak-masak dia,

mainan fashion dia yang beli kat nilai 3 tuh, abis sepah.

Adoyai tak tau la aku nak cakap ape.

Suruh kemas then dia cakap "okey" tapi sampai ke esok tak kemas-kemas.

Nak-nak pulak dia main dengan Elly jiran sebelah.

Hah elok sangat la tu. Main masak-masak sama-sama.

Tu yang tak ingat nak kemas tu.

Pok heh betul la.

Tapi takpe la. Dina pun bukannya selalu balik rumah ni. Kasi chance la kat dina.

So takde la aku nak marah. Kecian pulak nak marah.

Wednesday, October 6, 2010

Lihat, dengar, rasakan

Syukur aku ucapkan pada Ilahi kerana hari demi hari Allah mendengar akan doaku.

Doa seorang anak pada bonda yang dikasihi dan disayangi.

Aku rasa dah setahun ibu lalui pahit getir hidupnya. Lama ibu menderita. Aku pun tak sanggup nak tanggung kalau aku yang dapat penyakit macam ibu. Sekarang alhamdulillah.

Ibu dah hampir sembuh. Kalau orang tanya ibu sakit apa, susah aku nak jelaskan. Bahasa saintifik aku tak ingat. Yang penting berkaitan dengan usus dan gastrik yang sangatlah teruk.

Aku masih lagi ingat time tu masa sem 5. Aku telefon ayah nak balik minggu tu sebab laptop aku dah tak boleh nak dimaafkan lagi dah. Dah wajib kene repair. Susah aku nak siapkan assigment nak-nak yang berkaitan dengan subjek design ngan autocadd. Aku cakap aku nak balik jugak tapi tak boleh sebab ibu nak pergi berubat. Ibu cakap sendiri dengan aku ibu sakit. Aku ingat sakit biasa je. Aku cakap aku nak balik jugak. Tapi ibu cakap jugak lagi ibu sakit dengan nada suara lesu.

Aku ingat lagi. Masa tu kat tangga depan bilik. Kawan lalu depan aku cakap aku gayut walhal masa tu aku cakap with my mom. Aku senyum je la tapi dalam hati dah menangis sebenarnya. Dan sememangnya air mata dah berderai dah. Nasib baik la kawan aku tu tak perasan sebab gelap.

Then bila dah sampai rumah aku tengok ibu terbaring lesu je. Baru la aku percaya. Ibu nak bercakap pun tak larat. Time tu aku jarang duduk ngan ibu kat dalam bilik sebab tak boleh nak borak. Biasanya aku duduk dalam bilik ibu berborak-borak, takpun baring je. Tapi masa tu aku nak tengok pun takleh. Aku tak kuat masa tu nak hadapi kenyataan. Sedih sangat masa tu. Masa nak balik hostel aku salam n cium je. Takde lama-lama sebab nanti aku sebak.

Time tu pulak final exam nak dekat. Agak terganggu fikiran aku ni.

Awal bulan 1 2010 ibu masuk hospital. Aku duk hospital 2 hari. Tidur sana sekali. Time tu dah ada perubahan sikit. Bila doktor check alhamdulillah, usus cuma bengkak je, tak jadi kanser lagi. So bila aku dah masuk kuliah balik, adik-adik aku semua tinggal kat kampung semenyih. Sekolah kat sana. Ibu duduk dengan mama kat semenyih jugak. Mama la yang jaga ibu. Ayah pun ulang-alik pergi kerja dari semenyih. Rumah kat berjaya park tinggal kosong. Enam bulan jugak la rumah tu kosong. Bila aku dah habis study baru pindah sini balik. Time tu pun ibu dah beransur-ansur pulih.

Ibu cerita sakit sangat masa tu tak larat nak tanggung azab. Nak bercakap dalam hati pun tak larat. Letih je. Ibu pernah cakap yang dia rasa dia dah tak lama dah hidup tapi ayah marah. Ayah suruh kuat. So berkat kekuatan dan doa sekarang ibu hampir pulih. Dah boleh berborak-borak, berjalan walaupun sekejap-sekejap.

Syukur kehadrat-MU Ya  Allah, Engkau memanjangkan nyawa ibuku.

Ibu selalu pesan makan jangan lewat. Jangan biar perut kosong.

 

Dia telah berdiri
Coba berlari
Tak pernah dia bosan
Hidup yang inginkan

Kilau hari-hari
Dan birunya langit
Terhapus rasa indah
Terpejam oleh lelah

Dalam lelahnya mata
Nikmat dunia menjelma
Sejenak dia berharap
Malam tanpa batas

Bonda selalu tanamkan
Jangan pernah menyerah
Jalani dan panjatkan
Kelak syukur kau ucapkan pada diri Nya

Kumohonkan
Mudahkan hidupnya hiasi dengan belai Mu
Sucikan tangan-tangan yang memegang erat harta
Terangi harinya dengan lembut mentari Mu
Buka genggaman yang telah menjadi hak mereka

Monday, October 4, 2010

Suka-suki aku

Malam ni aku tak dapat nak lelap la pulak. Adik aku ni lasak sangat la..

abis ditendangnya aku macam bola. Aku baru nak tidur tapi aku batalkan niat tu. Tetibe je ringan tangan n jari-jari aku ni nak update blog. Otak aku ni nampaknya banyak hasilkan ilham malam ni..

So jangan sia-siakan. Tengah ade mood nak update..

Kenapa orang buat blog??masing-masing ade tujuan dorang sendiri kan..

Kalau aku pulak nape eh??Ade orang buat blog dapat duit. Pakai nuff nang la..adsense la..click bank la..Tah ape kejadahnye lagi tah..

Aku pulak buat blog ni untuk aku luahkan ape yang tersurat n tersirat kat dalam hati aku ni.

Untuk blog ni je la..blog-blog aku yang len tu untuk buat duit.

Ade rezeki ade la kan…

Tapi blog ni memang xd menjana duit langsung. Saje suke-suke aku wat blog ni. Saje aku taknak bagitau orang pasal blog ni..

Kalau ramai tahu nanti aku macam malu pulak nak lepaskan ape yang tak berkenan kat hati aku ni. Huhuhu..

Dalam blog ni kebanyakan entry aku banyak yang berkias. Ntah la…aku pun tak sedar yang aku ni sebenarnya suka berkias gak. Tapi dalam blog ni je la..kat luar aku lain. Tak ade la nak berkias-kias bagai.

Tak reti la aku haiii…

Tapi tu la hakikatnya. Dalam tulisan je aku leh berkias. Kalo pakai mulut, diam je aku ni.

Maklumlah..aku ni insan kembang..

Macam maggie la..kalo dah kembang orang buang. Kalo dah lapar baru makan. tu pun ntah-ntah makan cket je. Aik ade kaitan ke?hmm wat2 betul je la..apela insan kembang ni..

Aku ni bukanlah pandai sangat nak berkias-kias ni. Pakai hentam je. Asal hati aku puas dah la.

Aku tak tau pun yang aku buat tu syair ke, puisi ke, sajato sajak ke…

hentam keromo kiroro je aku nih. Saje je aku berkias.

Seronok pun seronok. Syokzzz….titun

Hanging..?

Hmm aku tak tau la nak cakap camne..hanging word yang terbaek kot tuk aku..

I guess…maybe….

haiishhh serba salah la pulak ek..dah masing-masing

rasa camtu…what ever it is..life must go on…

 

ku harus menemui cintaku
mencari tahu hubungan kita
apa masih atau telah berakhir

kau menggantungkan hubungan ini
kau diamkan aku tanpa sebab
mahunya apa? ku harus bagaimana?
kasih…

sampai kapan kau gantung cerita cintaku
memberi harapan
hingga mungkin ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu

detik-detik waktu pun terbuang
tegarnya kau menggantung cintaku
bicaralah biar semua pasti

gantungnya hubungan cintaku
membuatku sakit
hingga mungkin ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu

Saturday, October 2, 2010

nasi goreng kampong..

Yummie…pagi tadi aku masak nashik golleng kampong cili api..

perrghh memang berapi..

berasap mulut..kaw punya..

ingatkan takde la pedas mane sebab aku rasa takde la banyak sangat

cili api aku taruk..

sekali bile dah makan..haha kau..podddehhh…

maybe sebab aku taruk lada putih lagi la kaw..

tapi takleh challenge makteh punya nasi goreng kampung..

baru sesudu dah berasap sampai ke telinga..

tu memang gler kawww kaww punya lah..

terbaek!!

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa