visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Sunday, January 15, 2012

celebrate birthday my brother n lil sis


Taadaaaa.....
hah ni la dia birthday cake adik-adik aku iskandar and dina. Actually hari ni 15hb beday iskandar, dina pulak 9hb hari tu so sambut skali la. Senang sikit kan. Kek ni dina yang pilih. Sedappppp saangatttt kek ni!!!!!Aku siap bawak balik umah lagi. 

Dina dah bersiap nak pergi beli kek. Ingat tadi nak pergi beli kek kat secret recipe tesco semenyih je tapi makngah cakap nnt jammed la plak. Tau-tau je la somonyih ni camno. tak ponah yg tak jam..So kitorang pun pegi la secret recipe kat bandar sri putra. Skojap yo. 15 minit dah sampai. Lebih kurang yo kalo g tesco smenyih.

Hah nampak tu muka dina excited nak tiup lilin. Dah 7 tahun dah umo dina. Skejap je rasa. Tapi iskandar takde la pulak. Dio ado kek sbolah den masa tu. Maleh dio nak amek gambar padahal beday dio ari ni. Takpolah dah besar. dah 17 tahun. bagi la adik kecik ni hah merasa pulak ye.
Teddy bear tu baru beli tengah hari tadi kat giant kemuning utama sebelum aku ngan ayah balik semenyih. Iyela tahun ni sambut kat semenyih. Dulu mase dina 5 tahun sambut kat berjaya park. uuihhh meriah sungguh. Banyak betul hadiah dina dapat masa tu. Tengok bear tu besar kan!!!
Ni dia gambar masa celebrate beday dina yg ke 5 tahun. Tengok la siap dengan kepak lagi tu...voke..haha...dulu panggil dia datin dina... 

tahun ni dina pakai baju tido je kikiikik sbb ngan family je kan. Ala tapi uwan takde. uwan g surau mase ni.

ok...daaa

Saturday, January 14, 2012

pakai inai je ingat dah kawen

Salam..

Aku suka pakai inai. Kalau dulu-dulu masa skolah aku tak pakai inai sbb kan tak boleh pakai ke skolah. Bila dah habis skolah baru aku pulun pakai. Aku ingat lagi masa dulu kawan-kawan aku ramai pakai inai and esok pulak ada sportcheck..hah apa lagi masing-masing mengikis kuku nak bagi hilang inai. hahaha..lawak je...aku ingat lagi macam mana bae n adiey punya la kecoh nak hilangkan inai tu. kecoh la jugak kat ostel tu mase batch form3 mase tu..lawak la...

Tapi sekarang ni dah boleh pakai inai puas-puas dah. Takde sape nak halang. Tapi kan dalam sebulan ni kan dah berapa orang dah tanya aku dah kawen ke. Aikk pelik je kan. Masalahnya orang yang aku tak kenal tanya. Masa interview uitm hari tu, lecturer tu tanya maybe sbb die tengok aku pakai inai skali ngan cincin. 

Masa tu dah habis interview aku nak bangun la keluar, tetibe die tanya. Aku pun tegaskan la aku single lagi. Hahaha..tegaskan ehhh. Ingat dia nak ngorat ko le tu...

Lepas tu hari tu ada posman datang hantar pos laju. Nak kene sign n tulis nama. Abang posman pun tetibe tanya "baru kawen ke?"

aku pun cakap takde la. so dlm hati aku cakap mesti die nampak inai aku ni. cekap betul mata mamat ni. walhal inai ni dah nak pudar dah kot.

So adakah jodoh aku dah nak sampai?hahahaha...umo pun bukan muda lagi..tahun ni dah 23...apa??dah 23 dah ko najlaa...haishhh belum jumpe mr. right lagi la. macam mana ni...cemas ni cemas (intonasi cikgu ley peng) kiikikik...umo aku dah nak 23 tapi kan ramai lagi yg 1st tyme jumpe aku, ingat umo aku 18 tahun...wahhh bangga ni..bangga nihhhh...

Tengah-tengah menaip ni aku tengah dengar lagu mr know it all...u think that u know me...That's why I'm leaving you lonely, lonely....Cause baby you don't know a thing about me

ok byep

Wednesday, January 11, 2012

Yanni - Almost A Whisper Cover (keyboard)

Salam...

Sekarang ni bulan January. Family aku ramai beday bulan jan. Hari ni adik bongsu aku si dina punya beday. Dah 7 tahun dah die..skejap je rase..kalo dulu tyme die baby aku slalu gigit pipi die yg saanngaaattttttt tembam tu. dah macam orang jepun dah. terlebih jepun pun ado gak.

ewwwww cutenye....ni la dina mase baby...

Aku nak wish la hepy belated beday, hepy beday, and hepy becoming beday to my adik-adik, ain, dina, n iskandar. Ain adik sepupu aku beday die 9 jan, dina 10 jan, iskandar 15 jan. Hah dekat2 kan..so bak kate dina hari ahad ni baru sambut beday skali gus. so kalo camtu aku ingat nak balik semeyih la hari ahad ni ngan ayah nak celebrate beday diorang skali. dah lame tak celebrate reramai. apekan daya adik2 aku semua skolah kat sana.

hah lagi satu hari ni tod baru je beranak. dapat 3 ekor lagi kucing baru. yg bestnye kitten tu lahir same beday ngan dina la..senang la aku nak ingat umo kucing aku nnt. 

ok la. sebenarnya aku bukan nak cakap panjang pun hari ni. petang tadi boring-boring aku pun main la lagu almost a whisper dari yanni. cer tengok..cer tengok..cer dengar..cer dengar...


hah...best kan..best kan...lagu die yg best..aku main takde best mane pun. silap sane silap sini..ahh lantaklah kan...janji aku puas..eh puas ke??

ok daa...

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa