visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?
Showing posts with label insomnia. Show all posts
Showing posts with label insomnia. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

aku nak tido nyenyak macam kucing aku ni....


Aku nak tido la. Rasa macam dah ngantuk dah ni. Tapi baru kul 1. Arap boleh la tido.

15 minutes later (cam dalam cite spongebob tu)....
aku terkebil-kebil lagi. golek2 atas katil. nasib baik aku tido sorang. kalo adik aku ade takleh nak golek2. abis semua ruang kat katil ni aku gune. 
ishhhh takleh jadi ni...
aku pun dgr la lagu dgn harapan aku tido..melalak-lalak r aku soang2. feeling abih r kan nyanyi kan..haha

1 jam 30 kemudian...
dah tido...yeayyyy...tettt salah..
still lagi dgr lagu..terkebil2...arghh dah dkt kul 3 dah ni..
mate takleh nak tutup..oh come on la mata..tutup la..dah la panas..kipas dah pasang maximum..dah g blik air basuh muke byk kali biar sejuk..ikut kan hati nak je aku tido kat bilik ibu pasang econ..
bilik aku sjk akhir2 ni panas. maybe sbb cuaca tak menentu kan..berbahang masalahnye bilik aku ni.
kalo tyme sejuk tu mmg berselubung aku..pastu dah boring dgr lagu tutup la mp3..
aku tido ngan kucing..ade la si po'eh kat sbelah aku..aku tgk die nyenyak je tido..
dalam hati aku cakap tak paneh ko dio ni. elok yo tido..meringkok lagi tido ea..
ishh jelesnyoo den ni hah....

few minutes later..
guess what???
still lagi terkebil2..pastu teringat la kenangan2 dulu2..
zaman skolah2 dulu..ingat balik kenangan dulu2 yg sgt la best..
senyum soang2 aku. tapi aku tak gile k...

kul 3.30
~
~
~
kul 3.45
~
~
~
kul 4.00
owhhhhh dah kul 4.00..mata bila nak tutup nih. aku pun tutup je la mata..pastu dah tertido..tapi langsung tak lena..asik terjaga..bgn tgk bru kul 5..bgn lg tgk kul 5.20..laaaaa  bru skejap ke tido...huaaaaaa...nape ni...
kul 6 jaga lagi..6.20 turun bawah minum...segar..

kul 7 tido balik..pun tak lena..

owhhh alangkah bestnye la kalo aku dapat tido lena macam ni...
siap tersentil lg hah


bestnye tgk die tido...
nak je geget sekor...asyik sgt tido...
so aku nak cakap wahai insomnia....udah2 la ko ganggu aku nak tido..
bagi la aku tido ngan nyenyak cam kucing2 aku ni...jelesnye....
harap ari ni aku leh la tido...

Friday, June 18, 2010

Kehidupan semalam...

Anak ini sedang berfikir apakah ia akan pergi dari hidupnya. Ingin beradu di atas katilnya di kamarnya yang amat disayangi dengan tenang. Anak ini sedang cuba melelapkan mata. Terpejam rapat. Tetapi matanya tidak membenarkan keadaan ini berlaku. Ia lebih suka membiarkan anak ini terkebil-kebil memikirkan masa-masa lalu dan memori-memori yang telah tercipta sepanjang hidupnya.

Insomnia. Anak ini menghadapi insomnia sejak kebelakangan ini. Perit untuk ditanggung. Anak ini sebenarnya inginkan rehat yang secukupnya untuk menjalankan hari-hari esok tetapi mata tidak membenarkan ia berlaku. Tapi mengapa. Terbawa-bawakah anak ini sewaktu belajar dahulu dengan tidur yang tidak cukup dan selalu lewat. Tapi sampai bila?

Sudah puas mencuba melelapkan mata. Kepala sudah sakit seperti diketuk-ketuk dan perut yang semakin terasa kosong. Anak ini perlu tidur. Tidak ingin berlaku lagi kejadian seperti tadi. Rasa yang tidak enak. Anak ini berteleku di atas selembar sejadah membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Belum pun habis bacaan, badan sudah menggigil dan lesu. Pandangan hampir gelap dan berpinar tetapi dengan semangat yang kental, anak ini menghabiskan juga bacaannya sehingga habis berdoa bersama titisan-titisan jernih. Hati hanya berdoa yang terbaik untuk hidupnya dan menghabiskan sisa hidup dengan bertakwa kepadamu Ya Allah. Ampunilah dosa anak ini.

Hidup yang tidak diketahui sampai bila. Ada perkara yang dirasakan akan terjadi suatu hari telah pun terjadi sedikit demi sedikit. Anak ini ingin mengadu tetapi pada siapa. Tidak mahu menyusahkan bonda dan ayahanda. Anak ini lebih takut jika bonda mengetahui apa yang sedang dilalui. Tubuh yang tidak terdaya dengan mata yang berpinar sehingga mahu pitam dan tersungkur di atas lantai. Mengapa ia berlaku sejak akhir-akhir ini. Anak ini perlu mendengar nasihat bonda. Makan ikut waktu. Jangan terlewat. Ya Allah anak ini memohon agar diberikan kesihatan yang baik untuk anak ini meneruskan sisa-sisa hidupnya. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa