visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Wednesday, October 6, 2010

Lihat, dengar, rasakan

Syukur aku ucapkan pada Ilahi kerana hari demi hari Allah mendengar akan doaku.

Doa seorang anak pada bonda yang dikasihi dan disayangi.

Aku rasa dah setahun ibu lalui pahit getir hidupnya. Lama ibu menderita. Aku pun tak sanggup nak tanggung kalau aku yang dapat penyakit macam ibu. Sekarang alhamdulillah.

Ibu dah hampir sembuh. Kalau orang tanya ibu sakit apa, susah aku nak jelaskan. Bahasa saintifik aku tak ingat. Yang penting berkaitan dengan usus dan gastrik yang sangatlah teruk.

Aku masih lagi ingat time tu masa sem 5. Aku telefon ayah nak balik minggu tu sebab laptop aku dah tak boleh nak dimaafkan lagi dah. Dah wajib kene repair. Susah aku nak siapkan assigment nak-nak yang berkaitan dengan subjek design ngan autocadd. Aku cakap aku nak balik jugak tapi tak boleh sebab ibu nak pergi berubat. Ibu cakap sendiri dengan aku ibu sakit. Aku ingat sakit biasa je. Aku cakap aku nak balik jugak. Tapi ibu cakap jugak lagi ibu sakit dengan nada suara lesu.

Aku ingat lagi. Masa tu kat tangga depan bilik. Kawan lalu depan aku cakap aku gayut walhal masa tu aku cakap with my mom. Aku senyum je la tapi dalam hati dah menangis sebenarnya. Dan sememangnya air mata dah berderai dah. Nasib baik la kawan aku tu tak perasan sebab gelap.

Then bila dah sampai rumah aku tengok ibu terbaring lesu je. Baru la aku percaya. Ibu nak bercakap pun tak larat. Time tu aku jarang duduk ngan ibu kat dalam bilik sebab tak boleh nak borak. Biasanya aku duduk dalam bilik ibu berborak-borak, takpun baring je. Tapi masa tu aku nak tengok pun takleh. Aku tak kuat masa tu nak hadapi kenyataan. Sedih sangat masa tu. Masa nak balik hostel aku salam n cium je. Takde lama-lama sebab nanti aku sebak.

Time tu pulak final exam nak dekat. Agak terganggu fikiran aku ni.

Awal bulan 1 2010 ibu masuk hospital. Aku duk hospital 2 hari. Tidur sana sekali. Time tu dah ada perubahan sikit. Bila doktor check alhamdulillah, usus cuma bengkak je, tak jadi kanser lagi. So bila aku dah masuk kuliah balik, adik-adik aku semua tinggal kat kampung semenyih. Sekolah kat sana. Ibu duduk dengan mama kat semenyih jugak. Mama la yang jaga ibu. Ayah pun ulang-alik pergi kerja dari semenyih. Rumah kat berjaya park tinggal kosong. Enam bulan jugak la rumah tu kosong. Bila aku dah habis study baru pindah sini balik. Time tu pun ibu dah beransur-ansur pulih.

Ibu cerita sakit sangat masa tu tak larat nak tanggung azab. Nak bercakap dalam hati pun tak larat. Letih je. Ibu pernah cakap yang dia rasa dia dah tak lama dah hidup tapi ayah marah. Ayah suruh kuat. So berkat kekuatan dan doa sekarang ibu hampir pulih. Dah boleh berborak-borak, berjalan walaupun sekejap-sekejap.

Syukur kehadrat-MU Ya  Allah, Engkau memanjangkan nyawa ibuku.

Ibu selalu pesan makan jangan lewat. Jangan biar perut kosong.

 

Dia telah berdiri
Coba berlari
Tak pernah dia bosan
Hidup yang inginkan

Kilau hari-hari
Dan birunya langit
Terhapus rasa indah
Terpejam oleh lelah

Dalam lelahnya mata
Nikmat dunia menjelma
Sejenak dia berharap
Malam tanpa batas

Bonda selalu tanamkan
Jangan pernah menyerah
Jalani dan panjatkan
Kelak syukur kau ucapkan pada diri Nya

Kumohonkan
Mudahkan hidupnya hiasi dengan belai Mu
Sucikan tangan-tangan yang memegang erat harta
Terangi harinya dengan lembut mentari Mu
Buka genggaman yang telah menjadi hak mereka

2 comments:

  1. syukur alhamdulillah ibu ko makin sehat,
    jge dye baek2 yea laaaaa,
    kmsalam kt ibu ko taw :)

    ReplyDelete
  2. hah tu la tu..syukur sgt2..
    okeyh cika..nnt aku smpaikan salam ko

    ReplyDelete

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa