visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Thursday, October 21, 2010

Kenakalan aku kat ostel

Aku masa sekolah dulu nakal gak plus jahat..haha..

Kekadang je la. Selalunya aku baik. Ikut je peraturan.

Time prep aku prep. Tapi kekadang stado gak.Takpun kuak lentang or snuker.

Tapi tang tidur aku susah nak ikut. Sebelum tidur borak2 la dulu ngan kengkawan.

Huha sana huha sini kat dalam dorm.

Aku ingat lagi masa form 2. Aku tengok Kak As a.k.a kakas ketua aspuri tyme tu, same dorm ngan aku nga study. Aku pun kacau la dia. Borak2 ngan kakas. Tanya dia senang tak add math tu. Bak kata kakas senang kalo tau formula apa nak guna.

Borak2 ngan kakas kat depan pintu dor3. Then bila dah siap kitorang pun baring kat depan pintu dorm dongak ke langit.

Hah bila dah start baring si dodek pun join skali. Dodek rapat ngan aku n kakas. Beborak sakan la kitorang ni sambil tengok langit. Pastu muncul la cite2 yang tak masuk dek akal. Eyy ada doremon la kat langit tu. Hai doremon. Tak ke giler tu.

Masa form 3 plak aku rasa klakar sungguh.

Aku, bae, pekjah, angah, kak ecah n along dok beborak kat tangga depan dorm 3. Borak pasal hantu bagai. Pasal histeria. Masa tu dak2 dah tido. Tengah dok beborak then kak ecah nampak macam terkejut plus takut.

Aik apsal pulak kak ecah ni. Kak ecah cakap lampu bilik basuh tu tetibe tertutup sebab tadi lampu tu terpasang. Hah sudah. Kitorang ni cuba la meyakinkan yang lampu tu memang tertutup dari tadi. Tapi kak ecah nafi kan jugak. Hah time tu masing2 dah meremang semacam. Cepat2 nak g masuk dorm.

Yang lawaknya angah takut nak balik dorm sebab angah dorm 1. Hah ape lagi. Angkat tilam bawak la kt lantai. Tilam yang jadi mangsa tilam aku, bae n pekjah. Tidur la kami ni reramai kat bawah kipas tu. Dak2 dorm aku dah nyenyak tido dah. Berhimpit-himpit la memasing sampai ke pagi.

Form 4 pulak lagi jahat. Aku, bae n ade lagi la sorang budak tu main mekup2. Saje ngengade nak mekup. Hari tu khamis malam jumaat. Aku ngan bae ni tak ngantuk lagi. Ajak pekjah die taknak. Nak tido katenya. Bila mekap2 timbul pulak idea nak kenekan orang.

Perghh giler time tu. Kami pun mekap la cam vampire. Pergi dorm 1 kacau timah. Sebab masa tu timah dalam dilema nak terima tawaran masuk teknik ke tak. Kitorang pun kacau la die. Buat-buat macam die tengah mimpi camtu la.

“timah..timah..pergila teknik..timah”

haha camtu la kot. tak ingat dah ape yg aku cakap tyme tuh. Yang penting masa tu timah takut gler. Siap tarik selimut lagi. Abis kebanyakannya kitorang ganggu. Kat dorm 2 tak ingat sape yang kene.

Kat dorm 3 sume kene. Pekjah tak takut langsung sebab dia tau. Paling kelakar muka wani. Muka terkejut gler time kene kacau. Abis satu badan selubung ngan selimut. Yang penting sume takut. Bell, dodek, athirah, suzie, ihsan sume kene.

KAHKAHKAHKAH…

Dah siap men2 kan orang kitorang pulak takut. Hah amek ko. Sape suoh takutkan orang. Aku ngan bae tidur sekatil dek takut punya pasal. Dengan muka tak cuci terus tido. Esoknya terus kene marah ngan kak tijah. HAHAHA..bukan marah la cuma tegur je la. Nape wat timah camtu sebab pagi tu ade sesuatu yang berlaku kat toilet dorm 1. Kitorang la yang dipersalahkan. Lagi la dapat tau kitorang yang buat sebab bekas2 mekap kat muka tak cuci. hihihi..

Nakal jugak aku ni. Nakal sikit je. Tapi tu la kenangan. owhhh sweet memory…

4 comments:

  1. mane kenngang mase form5? copy kat.hahahak.

    ReplyDelete
  2. haha..kenangan form 5 byk sgt..
    kene wt satu entry khas tuk masa form 5..
    form 5 byk bnd yg perit..haha

    ReplyDelete
  3. siyes aku ske bace kenangan dolu2...
    waiting for the nex entry... =)

    ReplyDelete

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa