visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Thursday, October 28, 2010

Aku nak tidur!

Aku ni asik nak tidur lambat je la. Haishh tak boleh nak lelap.

Penangan masa study punya pasal la ni. Walhal dah berapa bulan dah aku habis study.

Sekarang dah nak pukul 4 pagi. Kan elok kalau aku buat solat tahajjud time ni.

Tapi kene tidur dulu. Kalau dah tidur mintak ampun mintak maap la. Lena la aku tidur sampai subuh.

Entry kali ni aku nak berpuitis la. Macam dah lama je aku tak berpuitis.

Hai saya joyah (sambil buat muka pening lalat)…haishh jangan nak merepek la oii.

Ok..ok..ermm..saudara..(mimik muka teruja)ecece..

 

Wahai insomnia sampai bila kamu mahu aku

Lepaskan anak ini

Anak ini mahu tidur yang sempurna seperti insan lain

Tidak sanggup aku mahu berkawan lagi dengan kamu

Cukuplah kamu menemani aku

ketika aku sedang berjuang sewaktu belajar dahulu

Bukan habis manis sepah dibuang

Tapi aku mahu tidur tanpa ada paksaan

Aku mahu rasai akan lena itu sendiri

Dengarlah wahai insomnia.

 

Puitis?takde la puitis pun kan. Saja je cakap nak buat gempak.

Tapi ikut cara bacaan la kan. Kalau baca kasar sekasar scrub memanglah kasar bunyinya.

Cuba baca lembut-lembut selembut kentut.

Mesti bunyinya lembut jugak.

No comments:

Post a Comment

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa