visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Monday, September 20, 2010

setelah sekian lama

Hari ni hari yang paling seronok..paling gembira..indah sungguh..sangat best. Tak tau nak cakap macam mana. Tak terungkap dengan kata-kata. Hati kecil je yang tahu betapa aku sangat seronok hari ni. Hari ni sejarah yang takkan aku lupa sampai bila-bila. Miss u all wahai teman-teman akrabku.

Setelah sekian lama, akhirnya hari ni dapat jugak aku jumpa teman-teman akrabku. Rakan sepermainan. Jiran yang paling best pernah aku ada. 8 tahun berpisah since form 1. Bayangkan dah lama sangat aku tak jenguk mereka. Dari tahun ke tahun rancang nak pegi tapi tak jugak kesampaian. Akhirnya hari ni bertemu juga kami semua.

Lapan tahun tak jumpa masing-masing dah berubah. Muka ada yang berubah ada jugak yang maintain. Ayie dah susut badan dia. Smart gitu. Berbeza dengan yang dulu. Cayalah ayie. Ejai pulak muka tak berubah. Comel macam dulu. Cuma dia dah tinggi sekarang. Tahun ni spm. Gudluck ya. Ana stil tembam cam dulu. Cutenya. Tapi dia malu-malu tadi. Iyalah sebelum pindah dia baru 6 tahun. Ingat tak ingat je muka kitorang ni. Imal pun sama cam ejai. Muka tak ubah tapi dah tinggi.

Tapi tu la. Tak dapat jumpa ejat, iwan, irul n aish. Takpe la. Ada rezeki kita jumpa lagi. Lagi satu masing-masing terkejut tengok adik aku iskandar. Iyela dia tu tinggi sangat. Baru form 3.

Taman rakan dah banyak berubah. Pokok-pokok semua dah rendang. Dah jadi redup dah taman tu. Masjid pun dah baru. Tapi ada jugak yang kekal. Kedai runcit chutt rose still ada lagi. Fuuhh lama kedai tu bertahan. Tadika al-hannah pun ada lagi. Bila aku sampai je terimbau kenangan lama aku kat sana dulu. Pastu cite kat dina n ipi. Dulu pegi kedai camne, penah kene kejar ngan anjing n macam2 lah yang dowang kene dengar.

Tengok rumah lama aku still macam tu jugak. Takde perubahan. Tapi cat luar rumah dah tukar color. Kolam air terjun yang ibu buat ntah ada lagi ntah tidak. Tak perasan la pulak. Tapi tu la. Cik jah terkilan sebab tak dapat jumpa ibu. Dia ingat ibu ikut. Nak wat camne. Ibu x sihat. Takpe cik jah, lain kali kami datang lagi bawak ibu. Walaupun lama tak jumpa tapi tadi tak ada la kekok sangat.

Sampai je rumah terus cite kat ibu. Rumah dowang cantik. Memang renovate habis la. Ibu pulak tanya ayie camne. Hensem tak dia. Hehe apela ibu ni. Mesti la kan. Dah kurus dah ayie tu. Tak puas jumpa diorang. Rasa taknak balik je. Nak tinggal seminggu kat sana. Nak main kejar2, baling selipar, lumba lari, main bola sepak n macam2 la. Macam dulu2 la kan. Nak jenguk kawan2 yang len jugak. Rindu...

No comments:

Post a Comment

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa