visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Thursday, September 30, 2010

C-K dalam kenangan

Hari ni c-k mati.

Wuuaaa...sedih je tengok c-k tadi. Baru bape bulan umor dia. Baru nak kenal dunia. Beberapa minit sebelum c-k pergi elok je dia makan kuih bakar. Sedap je c-k jilat kuih tu.

Tapi apakan daya...walaupun c-k kucing pendatang tapi c-k comel. Warna c-k susah la nak dapat. Biru-biru kelabu camtu. Lain dari yang lain la warna dia. Sebab tu aku sayang dia.

Beberapa minit lepas c-k makan dia pun kuar dari rumah nak bersiar-siar tapi tetibe je anjing aunty belakang terlepas. Besar pulak tu. Aku pun takut plus terkejut berok. Berok pun tak terkejut cam aku kot. Habis si anjing kejar kucing-kucing aku. Yang besar dapat la lari tapi c-k yang kecik tu mana la nak lari laju.

Aunty tu dok jerit-jerit panggil anjing dia. Aunty marah anjing dia sebab kejar kucing. Iyela kot..aku pun bukannya paham bahasa tamil.

Isk..isk..tecian c-k..terdampar kat jalan. Longlai..Aku macam tak percaya je c-k dah takde. Ibu pun sama. Ibu baru je nak suoh aku bagi kucing-kucing tu makan ikan tapi c-k dah pergi.

1 comment:

  1. aku lak sedeyh bace cite ko laaaa,
    isk isk saba yer, heee

    ReplyDelete

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa