visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Thursday, September 23, 2010

Siapa pun kamu

Siapa pun kamu,
Kamu punya hati
Yang akan menutur pada dunia
Tutur cerita hidup kamu

Siapa pun kamu,
Kamu ibarat pelakon
Yang tabah menghadapi lakonan di muka bumi
Mengikut masa perwatakan berubah
Mengikut keadaan ketika itu

Adakah kamu sampai ke puncak sana
Puncak idaman sewaktu kesunyian
Hati kasih teramat tinggi
Sedih kamu bertahun siapa yang tahu
Menyahut kamu akan namanya

Dalam diri kamu ingin beramah akan hadirmu
Keterujaan yang telah bertahun disimpan
Akhirnya bertemu kembali dengan pengisian baru
Segala berubah tanpa diduga
Terharu amat dalam jiwa kamu
Tiada siapa yang tahu

Siapa pun kamu,
Kamu mahu orang memandangmu
Tapi takut jika dipandang
Kamu takut akan perasaan debar kamu
Kerana sejarah dirimu dengannya

Kamu anak baik, anak sopan
Kasihan padamu...kamu anak merantau
Adakah kamu akan terus diingati
Amat takut kamu akan perkara itu
Seakan tiada siapa mengingatimu
Tiada tempat untuk berbicara
Hanya pada angin lalu.

No comments:

Post a Comment

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa