visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Tuesday, September 21, 2010

i'm so sorry ya..

19 september bersamaam hari ahad, aku telah menjejakkan kaki aku ke bandar sg long untuk bertemu teman lama di taman rakan. Ya sudah lapan tahun aku tak jejak kaki ke sana. Saban tahun nak pergi tapi tak jugak kesampaian. Akhirnya tahun 2010 tercapai jugak hasrat aku. Fuhh aku rasa raya tahun ni la paling bermakna buat aku.

Tapi aku terkilan jugak sebab tak dapat jumpa dengan kawan-kawan yang lain. Masa tak mengizinkan. Aku sempat lawat jiran lama aku je. Tadi effy message aku kat facebook. Die marah aku nape tak bagitau dia masa aku datang taman rakan. Aku memang ingat kat dia tapi entahla nape aku tak terpikir langsung nak contact dia. Walhal jiran yang aku lawat tu sepupu effy. Boleh plak aku tak terpikir suoh ayie contact effy suoh dia datang. Sengal betul la aku ni. Mungkin dah teruja sangat dapat jumpa balik ngan family cik jah. Tapi family cik as takde. Emal je yang ada. Tapi takpe. Dapat jugak jumpa. Kira emal wakil family dia la tu.

Macam jejak kasih pulak hari tu. Diorang still ingat lagi family aku. Ipi pun diorang ingat walhal masa nak pindah tu ipi baru bape bulan. Cik jah pulak suka betul ngan dina. Dia panggil dina baby. Katanya dina comel. Fuuhh apa lagi, kembang la si dina tu kene puji.

Tapi tu la. Kesal betul la aku. Macam mana la bleh tak terpikir nak contact effy. I'm so sory la effy. Really really sorry. Lain kali kalau aku datang aku contact ko ye. Masa nak balik lalu jalan besar kat depan rumah effy sempat la aku tengok rumah effy. Dalam hati nak pegi tapi tak tercakap plak kat ayah aku. Dapat tengok je la dari jauh. Skali lagi aku mintak maaf.

Lagi satu masa 16 september hari khamis, aku pun tak dapat nak join kawan2 kat semenyih beraya. Terkilan jugak aku. Tapi nak wat macam mana. Aku dah balik shah alam. Sedara mara pulak datang. Tak boleh nak keluar. Skali lagi aku tak dapat nak beraya ngan member smkeh. Sorry jugak untuk kalian semua.

No comments:

Post a Comment

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa