visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Tuesday, August 3, 2010

no talks

Makin hari diam aku makin menjadi-jadi. Diam aku kembali sebaik saja aku menjejakkan kaki di Shah Alam. Sedar akan hatiku perubahan yang berlaku. Tidak seceria ketika berada 5 hari di rumah wan. Itulah keunikan rumah wan. Tiada keluh kesah terpancar jika berada di sana. Segalanya begitu indah dan tenang dengan kesegaran ixora sunkist, alamanda catartika, baugainvilla dan macam-macam lagi.

Dengan keseronokan memetik buah rambutan, pulasan, manggis, jambu air, duku langsat dan ketidaksabaran menunggu buah durian gugur, amatlah terhibur hati kecil ini. Tiada duka, tiada kelu lidah berbicara. Tetapi berubah akan segala kelakuan ketika di rumah sendiri. Lidah kelu diam membisu. Sepatah ditanya sepatah dijawab atau mungkin hanya dengan reaksi muka respon diberi. Badan yang tidak sihat aku rahsiakan dari pengetahuan ayahanda dan bonda. Tidak mahu hati yang dikasihi gundah gelana.

Bicaraku hanya pada yin, tom, tam, meng, ciku, momot, manja, chimo, urap dan taiko kucing-kucing jagaanku. Berapa bulan lagi bertambah la gamaknya. Hanya pada mereka aku melepaskan yang tersirat dan berbual bicara. Amat berat akan mulutku untuk berkata-kata walau aku hampir tersungkur ketika menyiapkan makan tengah hari. Seketika aku duduk merehatkan badan yang tak terdaya. Jika berkurangan aku sambung kembali kerjaku, dan duduk semula jika tidak terdaya.

Tidak termampu dan terkata aku menyatakan rasa tidak sihatku kepada bonda walaupun bonda seakan nampak akan perubahanku. Tapi dengan reaksi muka aku yang seakan tiada apa yang berlaku dapat menutup segalanya walhal ketika itu hanya Allah saja yang tahu bagaimana aku menanggung derita. 2 jam aku terbaring di sofa. Tidak sedar aku. Pitamkah aku?pengsankah aku?yang hanya aku ingat badanku lemah gemalai.

Aku tidak suka keadaan ini. Sememangnya berat untuk aku ucapkan pada bonda yang aku tidak sihat kebelakangan ini. Tidak mahu bonda risau. Cukuplah risau akan kesihatannya saja. Biarlah sakit aku diluahkan disini saja. Bukan ingin menagih simpati, tapi untuk meredakan jiwaku yang rudum.

4 comments:

  1. laaaa ko sakit ape weyh?
    jgnlh pndam2,
    g check doc weyh
    haihh aku lak iso ney tw,

    ReplyDelete
  2. ntah la cika..
    Aku selalu rasa nak pitam..
    Kadang2 nafas aku sesak tetibe..

    ReplyDelete
  3. xd ape la..jgn risau..
    Cket je tu..
    Mungkin aku slalu lewat breakfast..
    Angin la tu..

    ReplyDelete
  4. jgnla cmtu weyh
    g check doc,
    skang mcm2 penyakit ade, g la cek wey....

    ReplyDelete

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa