visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Wednesday, August 4, 2010

Bukan Puteri Lindungan Bulan

'Lahirnya dia ke dunia telah menghapuskan mimpi-mimpi duka. Pemergian ayahandanya membuatkan dia tersisih dari kasih sejati ibu sendiri. Namun demi sebuah memori, dikuatkan dirinya meneruskan perjuangan yang diwariskan. Apa yang diharap tidak pernah menjadi kenyataan. Serakah lelaki menghumban dirinya ke lembah derita. Sebuah cinta agung buatnya, berubah warna. Sinar mentari yang diidamkan, gerhana juga yang datang...'

Bukan Puteri Lindungan Bulan novel yang paling tebal pernah aku baca. Baru je habis baca petang tadi. 1211 halaman. Bayangkan la macam mana tebalnya novel ni. Eventhough tebal, seriously tak boring. Every chapter best jalan cerita. Actually novel ni dah lama keluar. Tahun 90-an. Aku baru nak baca. Baru ternampak kat almari novel maksu aku. Ni bukan terbitan alaf21 tapi Creative Enterprise Sdn. Bhd. Penulis dia pulak Liana Afiera Malik.

Kisahnya bukanlah kisah sepatu atau stoking. Tapi menghidangkan kisah ambisi, cemburu, persaingan, percintaan, perbalahan, pencarian, kepintaran dan kebodohan dalam dunia. Sejauh mana erti kemenangan jika tak ditusuki terlebih dahulu dengan kekalahan. Selembut ,ana ertinya kasih jika ia tidak terlebih dulu disanggah kebencian.

Novel ni antara yang aku baca takda selang-selang. Setiap page aku baca. Biasanya aku mesti ada nak langkau page. Tapi Bukan Puteri Lindungan Bulan, aku baca page demi page. Watak dia memang ramai. Watak utama Larasati 'Aisya binti Dato' Seri 'Azim Alwi atau nama manja Puteri. Aku suka sikap Puteri. Teguh pendirian, bijak, sabar, dedikasi. Tapi kesian dia. Macam-macam pengobanan dia buat untuk lesejahteraan orang lain. Walaupun kaya tapi tak berlagak n tak angkuh. Low profile je.

Satu benda yang aku dapat. Janji lelaki kadang-kadang janji manis je. Masa belum dapat, manis je kata-kata. Bila dah dapat, dah kawen lupa janji. Haishh tak baik betul lelaki macam tu. Perangai manusia boleh berubah bila-bila masa je. Dalam Bukan Puteri Lindungan Bulan kita sempat mencecap pelbagai menu kehidupan, satu dunia rasa yang menguji, penuh deretan pengalaman berat dan ringan dari cinta kepada benci, dari berkongsi kepada iri, dari air kepada api dan dari hidup kepada mati. Walaupun tebal, percayalah, tak terasa penat dibaca.

No comments:

Post a Comment

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa