visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Tuesday, December 31, 2013

sang mentari

assalamualaikum..

kelelahan menanti yang tidak pasti,
menanti bait pujangga dari sang mentari,
mentari yang kadang kala cerah,
mentari yang kadang kala suram,
mentari yang tidak diketahui rahsia surianya,
seringkali terjadi betapa sinarnya itu berubah-rubah,
sang empunya diri harus menunggu,
harus menanti,
dan harus tidak mengendahkan tentang segala rasa,
rasa yang tidak juga pasti buat sang empunya diri,
moga tabahlah hidup kerna ada hikmahnya disebalik semua yang terjadi itu...
maka harus diikhlas kan hati ini..
dan pandang ke hadapan..

Sunday, December 1, 2013

mahu ceria seperti dulu

Ntah bila mood aku nk kembali seperti dulu..ceria seperti dulu walaupun kdg2 dlm hati sedih, pilu..tapi senyuman itu tetap aku hiaskan di wajah..

Lepas asar aku n kwn2 nk pergi main basketball..mmg fikiran aku teringt pada arwah mona je sbb arwah la yg ajar aku main basketball..ptg2 time dip dlu selalu main...arwah ajar cara layuout yg btl..

Mmg memori bersama arwah masih segar di ingatan..takkan pernah padam

Saturday, November 30, 2013

semoga engkau tenang di sana

Assalamualaikum..
Hari rabu malam 27hb nov aku telah dikejutkan dgn satu berita yg amat menyedihkan..sahabat karibku mona lizza binti mohd kassim telah kembali ke rahmatullah..
Jujur aku katakan mmg aku sgt2 terkejut..aku menjadi ralat kerana baru dua hari lepas aku dan arwah membalas comment di fb..
Sewaktu fify memberitahu perkara ini badanku sgt menggigil..kesejukan seperti berada di kutub..percakapan terketar2..
Semoga rohnya dicucuri rahmah dan ditempatkan di dalam golongan orang2 yg solihin..Al-Fatihah. .

Thursday, November 7, 2013

bisikan hatiku

assalamualaikum..

hati ini sebenarnya tidak tertahan lagi..
bagai ada batu yang kecil tetapi berat di dalam dada..
seakan menghimpit jiwa dan sanubari aku ini..
seperti tiada lagi taman mahupun kuntuman bunga..
tiada lagi seri dan manis ixora sunkist..
yang tinggal hanyalah lantana camara..

tapi aku harus kuat..
ya kuat..harus kuat..
aku harus bertahan lagi beberapa minggu..
harus bertahan..
seperti mahu menangis tetapi aku harus kuat...
tidak perlu mengalah terlalu awal..
cuma aku merasakan yang aku akan berasa lega jika aku menangis..
tapi aku tak mahu rakan-rakan yakni sahabat aku disini tahu akan keadaan aku yang sebenarnya..

aku cuba utk menguatkan hati..
mengentalkan jiwa..
ingin menjadi seperti satu keluarga bersama ahli-ahli baru..
tapi aku tahu..
ia memerlukan masa yang lama..
untuk aku dan mereka menyesuaikan diri..

sejujurnya aku nak kembali seperti masa dulu..
pergi dengan gembira..pulang dengan gembira..
walaupun sangat sibuk tetapi aku gembira bersama mereka..
sangat gembira..

bila keadaan sudah berubah..
aku menjadi seperti ini..
aku masih tak dapat nak mengadaptasi keadaan diri aku bersama yang baru..
aku tahu suatu hari aku akan dapat mengadaptasi keadaan ini..
tapi bila itu aku tidak tahu..

Ya Allah..Kau kuatkanlah hati aku ini untuk menempuh lagi beberapa tahun..
sesungguhnya aku tidak kuat..Kau kuatkan lah hatiku Ya Allah..
Amin Ya Rabbal A'lamin

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa