visit us!!

About Me

My photo
aku sejenis manusia yang pernah buat salah, yang pernah buat baik, yang pernah, dan pernah dan memernahkan..eh apo yang aku cakap nih. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Sunday, August 14, 2016

Pengalaman kene appendicitis

Assalamualaikum..

Lamanya aku tak update blog aku ni. Hari ni aku nak cerita la pasal pengalaman aku kene appendic. Nanti bila2 boleh la aku baca balik. Aku nak cerita dari awal macam mana aku kene. Biarlah panjang pun. Aku jugak nak baca nanti kan...

ok..cerita die bermula hari sabtu 16 july 2016 bersamaan 11 Syawal. Hah mood raya lagi masa ni. Mase minggu tu aku tak balik sebab adik2 aku ngn sepupu2 aku nak turun shah alam nak beraya rumah sedara mara belah ibu kat seksyen 17. So adik aku fetch la aku kat rumah sewa aku ni.

Nak dijadikan cerita, masa subuh 16 July, aku macam mimpi tau yang perut aku sakit sangat. Rupa-rupanya bila dah tersedar memang sakit giler perut aku. Aku tak mimpi la maksudnya. Aku bangun nak solat subuh dlm pukul 6.30. So aku rasa aku start sakit around pukul 6 pagi mcm tu la. Sakit dia Ya Allah, macam kene tikam dengan pisau. Siyes aku cakap memang sakit. Tak penah aku rasa sakit macam tu. Even aku selalu kene sakit tulang belakang, tapi tang perut ni lagi sakit dari sakit tulang belakang aku tu.

Aku rasa sakit perut kat bahagian kanan bawah. Aku ni dah la tak reti nak menjerit walaupun masa tu memang dah sakit gler2. Padahal roommate aku si Tisha ada je tengah tido. Tapi aku taknak la ganggu dia tido. Aku gagahkan jugak bangun dari katil pergi bilik air amek wudhu' nak solat subuh. Masa berjalan pun aku pegang bahagian perut yang sakit tu. Then pergi amek sejadah ngan telekung yg tergantung tu. Memang masa ni aku gagahkan jugak berjalan.

Masa aku tengah solat memang aku baca ayat agak laju la sebab tiba2 aku rasa nak pitam, badan seram sejuk, jantung mcm laju, rasa loya nak muntah. Aku habiskan solat subuh. Lepas salam je aku terus lipat sejadah ngn telekung. Memang aku tak doa masa tu sbb dah tak larat sangat dah. Lepas tu aku terus je naik katil aku balik mengiring ke kanan sambal tekan perut yg sakit tu. Masa tu aku rasa macam aku ni dah tak panjang umur. Jantung aku berdegup laju. Nak muntah tapi aku tahan sbb aku memang tak suka giler muntah. Aku sanggup tahan. Then aku lelap je mata aku sampai aku tak sedar aku dah tidur.

Lepas tu bila aku bangun aku dah rasa lega tapi rasa sengal2 tu ada lagi. Aku pergi lah mandi apa suma. Breakfast bagai. Lepas tu baru la aku cerita kat roommate aku Tisha tu  yang aku sakit gler kat belah kanan ni. Dia pun cakap appendic ke eh?ke appendic belah kiri?Aku pun taktau sbb dah lama tinggal bio..haha..Aku cakap mungkin angin je kot.

Then senyap2 aku google pasal appendic. Symptom2 die mmg ada kat aku. Aku dah cuak tapi buat lek je. So petang tu adik2 aku dah sampai kat shah alam. Aku pun pergi la beraya. Dalam kereta aku cerita la kat adik aku yang perut aku sakit apa semua sampai nak pitam nak muntah. Adik aku yang is tu pun cakap dia Nampak muka aku pucat je. Bibir pucat je. Maybe sebab aku tahan sakit la kan.

Then nak dijadikan cerita bila dah sampai rumah sedara mara aku cerita la kat sepupu rapat aku pasal aku sakit perut. Kebetulan sepupu aku tu cakap dia penah kene mcm ni. Pegi klinik doctor ckp angin. So doctor kasi injection je then ok dah. Aku pun rasa mcm lega la sbb aku ingat ni angin je kan. Sepupu aku si Ida ni cerita pum pang pum pang mmg confident cakap tu angin. Hahahaa..bila ingat balik rasa kelakar pulak.

Then dah marghrib tu kitorang pun beransur la balik rumah. Perut aku rasa sengal2 je malam tu. Masa tido ok je takde rasa sakit. Bangun pagi esoknya pun ok je just sengal2 ngilu2. Then hari Ahad 17 july aku decide la pergi klinik nak check kan sbb aku mmg rasa tu angin. Doctor check perut aku then dia kata kene refer hospital. Aku pun dalam pukul 3 tu pergi la Hospital Shah Alam (HSAS)  sorang2. Memang independent gler aku masa tu. Dah la 1st time pegi HSAS. Tak tau selok elok langsung. Dah la parking jauh.

Lama jugak la aku tunggu giliran. Daftar apa suma. Around pukul 4 lebih macam tu baru aku dapat masuk jumpa doctor. Doktor perempuan check perut. Tekan2 perut aku. Lepas tu suruh buat urine test ngan blood test. Then tunggu lagi no kene panggil. Around pukul 6 ptg no aku naik lagi. So doctor perempuan tu check lagi perut aku. Muka dia aku tgk risau aje. Tapi urine test ngn blood test aku ok je. Then dia call doctor pakar. Masa tu aku dah rasa macam ada yg tak kene. Napa kene refer pakar plak an. So aku kene duk wad sementara, masuk air berehat memandangkan aku pun dah kepenatan menahan sakit.

Around pukul 7 mlm doctor pakar dah sampai. Borak2 ngn aku sambil tekan2 perut aku. Dia cakap aku kene tahan wad. Kalo nak keluar boleh tapi apa2 tanggung sendiri. Aku pun decide la duduk wad. Masa ni yang tau adik aku yg is tu je tau aku g spital n kene tahan wad. Nurse tu tny family tau tak. Aku terus terang la cakap tak just adik je yg tau. Then die suruh bagitau parent. Aku pun suruh la adik aku bagitau parent aku.

Nurse tny aku demam tak. Aku dengan kondifennya cakap tak. Bila nurse check nurse cakap "hmm ni demam la dik". Maaplah..aku memang taktau rasa demam tu cemana melainkan kalo dah sampai belakang aku sakit tu confirm lah aku demam 39darjah...hahahha..Then aku dapat makan. Memang lapar la time tu. Lepas makan aku kene buat xray. Lepas buat xray aku pindah wad surgical.

Isnin 18 july 2016

Start 2 pagi aku kene puasa sbb takut esok kene operate. Then around 9.30 pagi aku terlelap masa tu. Tetibe aku macam terdengar ada orang kat katil aku. Bukak mata terkejt aku doktor2 ngan pelatih2 dah keliling kat katil aku. Mau tak terkejut aku. Kali ni doctor lain check perut aku. Tekan2 lagi perut. Penat la wey asik kene tekan perut. Sakit tau tak.

Around 11 pagi aku kene pergi pakar sakit puan. Sebab takut benda lain. Check2 Alhamdulillah takpe pape. Aku habis checkup kul 12 tgh hari. Then aku kemain lama tunggu nurse nak amek aku masuk wad aku balik sbb aku pakai wheelchair. Ikutkan hati aku nak je g jalan sorang2 naik wad. Sejam aku dok tercongok kat wad sakit puan. Dah la aku tengah lapar gler sbb masa breakfast aku tak makan sbb kene puasa kononnya. Last2 tak jadi operate sbb nak tunggu second opinion dari doctor bedah lain. Naik je wad terus makan. Perghhhh lapar gilerrrr.

Then skali lagi aku tertido sbb aku bosan giler duk wad tu. Bangun2 dlm kul 2.30 ptg skali lagi doctor2 ngn pelatih dah kerumun katil. Terkejut untuk kali kedua. Doctor perempuan plak check. Die tekan2 lagi perut. Die kata kalo sakit cakap sakit. Aku pun cakap la tak sakit even masa tu ada kawasan yg sakit sket but boleh tahan lagi. Doctor yg ni okey sket sebab lembut je die tekan so aku jadi comfortable. Yang kelakarnya die siap cakap yeke tak sakit?ke sbb nak balik?
hahhah..die ni macam tau2 je. Aku cakap la aku okey je. Selera makan pun ada je. Then doctor kata aku boleh discharge la. Doctor kata just radang biasa je tapi kalo sakit datang balik. Aku bila die cakap macam tu aku da rasa tak sedap hati la. Takpelah aku pun balik je la pukul 5 mcm tu. Drive la sorang2 balik rumah. Sadis plak rasa. hahaha.

Malam tu tido awal. Kul 10 dah tido. Malam tu aku rasa sakit2 sket tapi boleh lagi gelak2 tgk cite. Tapi Tisha tny la "kaklong tgh sakit ke tu. Mesti tgh cover2 buat takde pape kan padahal tgh sakit kan??" haishhh tau2 je Tisha ni yg aku tgh tahan sakit. Malam tu tido aku kene gempa susulan. Hah kau gempa susulan tu. Kali ni sakit dia macam kene cucuk jarum je takde la mcm kene tikam pisau mcm masa 1st time kene tu. So malam tu aku tak berapa boleh nak tido. 3 kali kene serangan pukul 3 pagi, 4.30 pagi then last skali pukul 7 pagi. Tisha pesan kalo sakit malam2 jerit. Memang tak la nak jerit. Takut mengganggu die tido. Menyusahkan die plak nanti.

19 july 2016 (Selasa)

Macam biasa aku pergi office sbb dah takde mc. Sakit2 datang jugak. Dedikasi tak aku?hahaha. Bos pun tanya da ok ke kan? Aku cakap tak ok lagi. Aku cite la aku sakit balik mlm tadi. 3 kali aku sakit malam tadi. Aku cakap la doctor suruh datang balik if sakit. Then bos aku suruh aku g spital swasta sebab company boleh cover. Aku mmg mula2 nak g kpj cuma aku taktau nak call sapa sebab masa nak g spital tu kan hari ahad. Takut g kpj tak cover nak bayar pakai ape wey. Gaji aku berbulan2 baru cukup nak bayar kos.

Before g kpj aku kene dapatkan balik surat reference tu kat poliklinik an-nisa. Tapi aku sempat lagi siapkan 1 drawing urgent utk Philipinnes b4 lunch. Dedikasi kan aku?haha..puji diri sendiri lagi. Lepas tu aku g la klinik annisa dapatkan referral letter. Cerita la kat doctor apa yang jadi apa semua. Doctor tu terus buat referral letter baru. Then around pukul 3 lebih aku pergi KPJ shah alam sbb dah biasa kat sini kan. Lagipun aku ada record kat sini. Adik sepupu aku tolong hantar aku. Nak drive mmg tak larat. Tapi aku dah siap bawak baju2 ngn barang2 incase aku kene tahan wad.

Sampai2 tunggu giliran. Bila kene panggil masuk doctor pakar bedah check perut aku. Die tekan perut aku sekali dua je then die cakap ni appendic ni. Aku pun macam terkejut la. Aku siap cakap smalam doctor hospital sana cakap ni radang je bukan appendic. Doktor pakar tu ckp ni mmg appendic. Kene tahan wad n operation malam ni jugak. So aku kene terus puasa memandangkan last aku makan masa pukul 1.30 tgh hari. Doktor ckp aku dah dehydrated. Bibir kering, lidah kering. Iyela sbb aku takde selera makan. Beli nasi separuh tapi makan tak sampai suku pun.

Dalam pukul 6 tu aku masuk wad. Wad penuh masa tu so aku tumpang la wad bersalin..hahhaaha..tapi ramai je tumpang wad bersalin sebab wad yg sepatutnya aku duduk penuh. Aku dapat bilik dua orang. Ok la kan. Kalo dapat bilik sorang tak berani aku. At least dapat bilik berdua takdela sunyi. Duduk wad kene la tukar baju sebab malam nnt pukul 9.30 nak operate. Masuk2 check la tekanan darah. Tinggi sket tekanan aku masa tu. Nurse kata sbb tahan sakit sbb tu tekanan tinggi. Bila dah marghrib tu aku rasa mcm dah tak larat dah. Iyela takde tenaga kan nak tahan sakit. Solat marghrib then terus masuk air nak kasi tenaga. Tisha la yg meneman aku. Kesian plak aku tgk dia. Lepas balik kerja die terus datang sini. Sementara nak tunggu operation tu sakit aku kejap2 datang. Suka hati dia je nak singgah bila2. Sabar je la.

Dalam 9.40 malam aku kene usung atas katil pergi operation teater. Berdebar tu mmg ada la tapi wat lek je. Aku kan kuat (tepuk2 bahu). Dalam tu tunggu giliran skejap sbb doctor tgh ada operation lain. So dlm pukul 10.10 malam aku masuk bilik bedah. Perghh berdebar. Pakar bius suruh aku baca doa tido, selawat apa semua. Sebelum inject die ckp nnt akan pening sket. Keliling aku nurse2 doctor2. Bila dah inject berapa saat je dah pening. Pastu bius yg pakai pernafasan yg kat mulut tu. Taktau la apa nama bende tu kan. Sesak nafas kot pakai bende tu. Bau dah la kuat. Tekak pun jadi sakit. Yang aku ingat aku pakai bende tu nafas 3, 4 kali je then aku terus tak sedar.

Masa aku separa sedar aku rasa sakit teramat kat bawah pusat. Dalam hati aku cakap tak operate lagi ke tapi masa tu mata aku still tertutup. Tetibe nurse kejut aku.."farah...farah..bangun..operation dah habis"
Aku pun tersedar n bukak mata. Aku macam tertanya2..eh dah operate ke..napa sakit lagi. Rasa tadi baru je pakai alat tu. Nurse tu terus tanya sakit ke? Aku terus angguk n die kasi lg injection. Pain killer mungkin. Mcm tau2 je kan aku tgh rasa sakit. Sempat lagi aku tny nurse tu pukul berapa.
Masa tu nurse cakap dah pukul 11.50mlm. Owhh sejam lebih jugak la eh.

Lepas tu aku kene hantar balik kat wad aku. Aku nak bukak mata tapi dlm masa sama aku rasa mamai2 n mengantuk lagi. Pindah dari katil yg aku kene usung ke katil aku. Nurse la yang angkatkan. Aku mmg tak daya. Tisha pun still belum tido masa tu. Menunggu aku sambil tgk movie katanya. Setiap katil ada  tv. Tu yg syok tu.

Lepas operation takleh minum lagi. Kene tunggu beberapa jam. Aku pun takde rasa nak minum masa tu. Nurse tu tunjuk aku pny appendic. Die cakap kalo dah tgk nnt letak kat counter. Aku angguk je la padahal aku tak faham. Yela mamai kan. Then lepas tu aku tanya balik nurse lagi sorang tu apa benda. Die cakap tu appendic tadi. Aku pun "oowhhhhh...sorry la..mamai la". Nurse tu pun cakap mmg la sbb kesan bius ada lagi.

Malam tu aku mcm tak berapa boleh nak tido. Mata mengantuk tapi kalo aku terlelap aku rasa nak muntah. Mmg lepas operation akan ada rasa mcm tu. B4 operation dah baca dah semua tanda2 n dah sign surat operation. Pukul 4 pagi macam tu nurse suruh aku minum air. Mmg minum pakai straw je la sbb takleh nak gerak. Sakit. Then kul 4.30 pagi nurse datang lg tanya ada rasa nak kencing tak. Masa tu belum ada rasa lagi. Nurse cakap sepatutnya kene kencing b4 pukul 6. Aku cakap la kejap lagi boleh tak. Tapi suara aku keluar tak keluar masa tu. Yela baru leaps operation kan. Nurse pun check aku pny tempat operation. Aku dengar la dia cakap ada darah sket. Tapi tu biasa la kan. Takdela bleeding teruk.

Then pukul 5.10 pagi mcm tu aku panggil nurse sbb nak kencing n nak solat isyak skali ngn subuh. Kalo awal2 kang takut terkentut plak kan. Masa nak bangun dari baring tu memang sakittttt. Nurse tu suruh tarik nafas n bangun pelan2. Tapi bila dah berdiri nak jalan ok je. Takdela sakit sangat. Cuma sakit nak bangun tu je. Memang ko kene tarik nafas n buat lek. Terima kasih la nurse2 semua sebab bantu. Nurse2 semua baik2 n mesra. Tisha pulak dah balik dah pukul 5 pagi. Iyelah dia kan nak pergi keje.

20 july 2016 (rabu)

Lepas aku solat subuh aku tido balik. Masa ni dah boleh tido. Takde rasa nak muntah. Around pukul 7 nurse buatkan aku air milo. Die kejut aku suruh minum kalo boleh habiskan. Sedutlah pakai straw. Sket2 aku minum sampai habis. Lepas tu aku terus terjaga. Nurse letak beg utk muntah kat atas katil sbb takut kalau2 aku nak termuntah ke kan. Alhamdulillah tak muntah. Aku pikir kalo muntah mesti sakit nanti. Hari tu aku lepak je atas katil sambil tengok movie. Banyak giler movie yang aku nak tengok. Aku rasa nak duduk dlm hospital seminggu sbb nak khatamkan movie2 tu...hahaha..sempattt.

Selama duk kpj aku makan bubur je sbb aku takleh makan bende2 keras. Tapi bubur die sedap. Siyes..tak tipu. Aku kalo nak pergi toilet kene panggil nurse sbb nak mintak tolong dia kan. Lagipun aku tak pandai nak matikan drip tu. Kang rosak plak kang naya je.

Around pukul 2 doctor yg bedah aku pun check la perut aku. Then die cakap esok dah boleh balik. Tempat balut jangan kasi basah. Takleh mandi sampai la hari sabtu then kene makan yg lembut2 je.
Sepanjang hari aku rehat je. Tapi banyak kali aku pergi toilet sebab asik nak kencing je. Aku jadi segan la sebab asik panggil nurse je kan. Aku siap cakap sorry lagi kan..haha..nurse pun okey je..die kata takpa..takde hal lah..ni lah sebab aku sker kpj ni.

Malam tu Tisha ngan akak ofis yg aku rapat datang. Tisha pun kenal dengan kak Iza tu so berborak sakan la. Aku plak tak leh nak cakap sangat. Cakap pun pelan je kan. Tapi malam tu aku demam sket. Aku tak perasan pun aku demam. Nurse check suhu demam. Nurse tnya ada rasa demam tak sambil pegang tangan aku. Aku rasa tangan nurse tu yg panas..hehe..Aku cakap la aku tak rasa demam sbb mcm aku cakap tadi aku taktau rasa demam tu cemana melainkan kalo dah 39degree. Then dia check kat telinga sbelah kiri plak sbb nak konfirmkan. Then dia cakap mmg demam. Tisha pun rasa dahi aku panas katanya. Tapi aku sentuh aku rasa mcm biasa je..hehehe

Malam tu aku dapat la fruit basket dari company. Besar gler. Banyak gler buah. Kak Iza pun kasi aku coklat van houten..tenkiuuu very much kak :)
Malam ni aku tido sorang2. Takpe aku kan dah besar.

21 july 2016 (khamis)

Macam biasa aku bangun awal. Tgk movie lah apa lagi. Sarapan bubur. Tengah hari pun bubur jugak sambil tunggu adik aku jemput aku sbb harini dah leh discharged. Aku terus balik Semenyih nnt. Tapi aku discharged pukul 5 lebih sbb nak tunggu bil siap ngan insurance. Adik aku ngn sepupu aku la yg uruskan. Aku baring atas katil je. Bila da settle aku pun kemas2 la nak balik. Adik aku amek kereta kat parking, aku tunggu kat lobi ngn nurse since aku takleh jalan. Duk tunggu atas wheelchair.

Adik aku ngn adik sepupu aku ni tgh lapar gler so singgah mcd. Kesian diorang kebulur aku tgk. Aku pesan bubur mcd je tu pun tak habis. Sebu perut makan bubur je. Jalan la pelan2 masuk mcd terbongkok2. Segan gak aku sbenarnya dengan kapas kat tangan lagi. Tu pun dah habis cover dah tu jalan. Lepas marghrib bertolak balik semenyih.

Tapi naik kereta pun satu penyeksaan. Sepanjang perjalanan mmg aku guna kekuatan tangan n kaki aku utk kurangkan hentakan dlm kereta. Sakit owhhh kalo bergegar2. Nasib la aku boleh ingat jalan mana yg ada lubang, yang mana tak elok sbb nak suruh is elak. Tapi dah sampai semenyih is pergi langgar lubang. Masa tu tak sampai 5 minit pun nak sampai rumah. Tapi mmg terkeluar terus air mata aku tahan sakit. Aduiiii.

So dah sampai rumah aku pun berehat la dalam master bedroom. Sbb bilik aku kene naik tangga. Ibu suruh tido master bed. Lagipun bilik air kat dlm bilik je senang aku nak pergi. Lepas operation bende2 yg takleh buat and kalo buat sakit. Ko takleh batuk, ko takleh bersin, ko susah nak bangun tapi bila dah bangun ok je. Lepas tu ko takleh nak gelak. Satu penyiksaan tu takleh nak gelak. Ko tak leh nak bercakap kuat sangat.

Khamis minggu depannya aku jalan la g rumah wan. Ala sobolah umah yo. Duk tgk Syamsul Debat. Apo tokekek-kekek aku nak golak tapi takleh..sakit boto aku nak golak. Tapi dah kelakar nak buek cemano kan. Meleleh air mato tahan golak..hahahahaaa..

Aku kira cuti 3 minggu jugak la. Pastu dah masuk ofis balik dah. Tapi perut ni terkejut la sebab rumah sewa tingkat dua..ofis plak aku duduk kat tingkat 3. Balik sengal2 je rasa. Pastu hari Rabu lepas lunch aku start sakit balik kat tempat operate. Terpaksa aku duk surau lama sket nak redakan sakit. Balik tu pegi plak jalan pasar malam beli sayur. Otw balik pasar pnya la berdenyut2 sakit..adessss..Aku cara aku tahan sakit aku akan gelak2 senyum2 mcm tu. Tu cara aku tahan sakit. Tisha lak da risau dah sbb aku pergi pasar ngn dia.

Sampai harini aku rasa sakit2. Taktau la sebab angin ke apa kan. Tapi if sakit ni lama aku nak g klinik nak check sbb takut infection. Sbb sakit area2 operation tu. Bila duduk n bongkok sket dapat la rasa kesakitan tu. Hope semuanya ok la kan.

Ok aku rasa ni post terpanjang aku rasa. Dah la tu..penat dah taip. hah lagi satu masa checkup kedua doctor ada bagi gambar appendic aku tu. Macam udang aku tgk. Appendic aku dah bengkak and dah bernanah. Aku tgk pun geli. So aku terpikir2 nak post gambar ke taknak kan..euwwww aku tgk pun geli apa lagi org lain. Lain kali la aku edit balik letak gambar.

k laaaa..Papaiiii..panjang lak celoteh



No comments:

Post a Comment

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa