visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Thursday, November 7, 2013

bisikan hatiku

assalamualaikum..

hati ini sebenarnya tidak tertahan lagi..
bagai ada batu yang kecil tetapi berat di dalam dada..
seakan menghimpit jiwa dan sanubari aku ini..
seperti tiada lagi taman mahupun kuntuman bunga..
tiada lagi seri dan manis ixora sunkist..
yang tinggal hanyalah lantana camara..

tapi aku harus kuat..
ya kuat..harus kuat..
aku harus bertahan lagi beberapa minggu..
harus bertahan..
seperti mahu menangis tetapi aku harus kuat...
tidak perlu mengalah terlalu awal..
cuma aku merasakan yang aku akan berasa lega jika aku menangis..
tapi aku tak mahu rakan-rakan yakni sahabat aku disini tahu akan keadaan aku yang sebenarnya..

aku cuba utk menguatkan hati..
mengentalkan jiwa..
ingin menjadi seperti satu keluarga bersama ahli-ahli baru..
tapi aku tahu..
ia memerlukan masa yang lama..
untuk aku dan mereka menyesuaikan diri..

sejujurnya aku nak kembali seperti masa dulu..
pergi dengan gembira..pulang dengan gembira..
walaupun sangat sibuk tetapi aku gembira bersama mereka..
sangat gembira..

bila keadaan sudah berubah..
aku menjadi seperti ini..
aku masih tak dapat nak mengadaptasi keadaan diri aku bersama yang baru..
aku tahu suatu hari aku akan dapat mengadaptasi keadaan ini..
tapi bila itu aku tidak tahu..

Ya Allah..Kau kuatkanlah hati aku ini untuk menempuh lagi beberapa tahun..
sesungguhnya aku tidak kuat..Kau kuatkan lah hatiku Ya Allah..
Amin Ya Rabbal A'lamin

No comments:

Post a Comment

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa