Salam...
Perasaan amat sukar untuk kita jangka. Kita sendiri pun tak pasti apa si hati ni nak sebenarnya. Kadang kala perasaan rendah diri menguasi diri sehinggakan kita rasa sukar untuk meniti tutur kata bicara. Menutur kata-kata manis dan kadang kala hilang kekuatan untuk menutur dan berterus terang. Kita jadi runsing, pening. Apa kita mahu??Siapa yang kita mahukan??
Bibir tidak dapat menitip dengan lancar tetapi hati ni sangat laju berkata-kata dan meronta ingin dilepaskan segera. Tetapi sesungguhnya tidak boleh. Tiada kekuatan untuk itu. Mungkin semuanya sudah terlambat.
Rasa itu terpaksa kita sisihkan. Kita hilang takluk akan cinta. Memang perit untuk dipendam tapi harus ditelan. Kerana kita tidak mahu sebuah ikatan itu terhapus. Mungkin suatu hari cinta itu akan datang jua dengan sendirinya. Tapi mungkin juga cinta itu tidak akan hadir jika kita tidak usaha sendiri.
Mengapa berat ungkapkan cinta?Mengapa sulit untuk mengakui cinta?Cinta ialah sebuah pentas lakonan. Ia sebuah persembahan yang abadi dalam pencarian cinta pada Allah, ibu bapa, keluarga, kekasih dan manusia. Kita merasakan sukar amat untuk meluahkan apa yang terbuku. Mungkin kerana kita memikirkan hati dan perasaan orang lain. Mungkin juga perasaan malu yang menebal menutup dan mengunci mulut dari berkata-kata. Atau mungkin kita rasakan kita hanyalah bertepuk sebelah tangan.
Kita mahu menggapai bintang-bintang yang yang terang, bintang yang menghiasi dan mengindahkan sekeliling bulan. Bulan pun rindukan pungguknya tanpa kita ketahui. Dunia ini kadang-kala penuh dengan kepalsuan dan mungkin juga tiada keihklasan. Kita ingin mencari kebahagian untuk menumpang kasih. Tetapi manusia itu penuh dengan ego yang menghalang dari cinta itu diluah.
Kita harus menyuntikkan semangat dan kekuatan untuk kita menjadi manusia yang berani. Kita harus meniup kembali semangat yang kita punya suatu ketika dulu.
Kita harus tahu apa mahu kita, asal jangan digadai maruah kerana cinta. Kita kuntumkanlah senyuman. Jangan disimpan luka lama dan rendah diri kita.
Kita memang tidak dapat mentafsir kelakuan seseorang itu dengan jelas. Gelak tawa, senyuman, ambil berat, gurauan...itu bukanlah ukuran sesebuah cinta itu milik kita dan kita perlu mengalah walaupun perit dan walaupun dia tidak mengetahuinya.
Harap maaf...entry kali ni penuh emosi. Aku hanya ingin meluahkan sesuatu yang sangat berat di hati aku ini. Bertahun aku menyimpannya. Aku sudah tidak larat lagi nak menyimpan dan menyemat di dalam hati. Biarlah aku luah disini kerana ini adalah ruangan aku.