visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Saturday, October 2, 2010

nasi goreng kampong..

Yummie…pagi tadi aku masak nashik golleng kampong cili api..

perrghh memang berapi..

berasap mulut..kaw punya..

ingatkan takde la pedas mane sebab aku rasa takde la banyak sangat

cili api aku taruk..

sekali bile dah makan..haha kau..podddehhh…

maybe sebab aku taruk lada putih lagi la kaw..

tapi takleh challenge makteh punya nasi goreng kampung..

baru sesudu dah berasap sampai ke telinga..

tu memang gler kawww kaww punya lah..

terbaek!!

Thursday, September 30, 2010

C-K dalam kenangan

Hari ni c-k mati.

Wuuaaa...sedih je tengok c-k tadi. Baru bape bulan umor dia. Baru nak kenal dunia. Beberapa minit sebelum c-k pergi elok je dia makan kuih bakar. Sedap je c-k jilat kuih tu.

Tapi apakan daya...walaupun c-k kucing pendatang tapi c-k comel. Warna c-k susah la nak dapat. Biru-biru kelabu camtu. Lain dari yang lain la warna dia. Sebab tu aku sayang dia.

Beberapa minit lepas c-k makan dia pun kuar dari rumah nak bersiar-siar tapi tetibe je anjing aunty belakang terlepas. Besar pulak tu. Aku pun takut plus terkejut berok. Berok pun tak terkejut cam aku kot. Habis si anjing kejar kucing-kucing aku. Yang besar dapat la lari tapi c-k yang kecik tu mana la nak lari laju.

Aunty tu dok jerit-jerit panggil anjing dia. Aunty marah anjing dia sebab kejar kucing. Iyela kot..aku pun bukannya paham bahasa tamil.

Isk..isk..tecian c-k..terdampar kat jalan. Longlai..Aku macam tak percaya je c-k dah takde. Ibu pun sama. Ibu baru je nak suoh aku bagi kucing-kucing tu makan ikan tapi c-k dah pergi.

Saturday, September 25, 2010

Mengalah..

Kadang-kala kita perlu mengalah
Mengalah untuk kepentingan bersama
Mengalah bukan bernandakan kalah atau menang
Tapi ia tanda kasih sayang

Bahagia perlukan pengorbanan
Agar dapat menjaga hati insan-insan yang disayangi
Berkorban itu akan membuang rasa yang tidak enak
Perasaan serba salah mengundang di jiwa
Maka berkorbanlah kamu dengan hati terbuka
Untuk kepentingan kita bersama

Selagi tidak berbuat apa-apa
Serba salah itu menghimpit hati kecil
Berat amat untuk ditanggung
Serasa bagai aku yang menghancurkan tali itu
Dengan harapan ia akan disambung kembali

Kamu mahu mengundur diri
Kerana ini jalan yang baik
Kamu telah merelakannya
Kerana kamu tahu akan terjadi perkara sebegini kelak
Serasa bagai kamu yang meruntuhkannya
Maka kamu perlu membaikinya

Friday, September 24, 2010

Pesan bonda

Pesan bonda
Berkawanlah kamu sebagai teman
Carilah kebaikannya
Jika terlalu rapat hindarkanlah
Kerana ia akan menyakiti hati
Sekiranya hati bertaut
Kamu memendam rasa
Takut disakiti dan merana

Pesan bonda
Jaga tingkah lakumu
Kita punya adat dan harga diri
Keluar kamu hanya pada hujung minggu
Jangan berpelisiran tanpa tujuan
Pulanglah sebelum terbenam matahari

Pesan bonda
Jangan selalu berdampingan
Selagi belum ada ikatan sah
Berkawanlah sebagai teman
Jangan melampaui batas
Bercinta sesudah punya ikatan
Itu lebih bermakna.

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa