visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Wednesday, December 7, 2011

aku sudah sihat...

Syukur..Syukur alhamdulillah aku panjatkan kepada-Mu Ya Allah kerana memberi aku kesihatan yang baik. dah lama aku tak update blog. mana tak nya, aku baru jugaklah sembuh dari sakit belakang plus sakit pinggang dicampur pulak demam demam panas. seminggu aku sakit. dah lama aku tak sakit macam ni. sampaikan message pun aku tak reply. sorry ye kawan-kawan yg tepon n kasi msg tu. aku tak larat nak angkat n tak larat nak reply mase tu. sorry..

mulanya hari isnin minggu lepas 2 Muharam. tibe2 je mase tengah hari tengah masak badan aku dah rasa lain. tapi aku habiskan la jugak masak. lepas solat zohor aku terus tidur. berselubung aku dengan selimut tengah hari buta camtu. belakang aku sakit sangat2. kepala pun berdenyut2. 

malam tu baru pergi klinik tapi bila check doktor tak cakap demam tapi aku rase aku demam. iyela kan. badan aku kan aku tau la aku demam ke tak. tapi doktor bagi pain killer. kalo tidak doktor nak inject tapi aku yg taknak.

esoknya hari selase pun mase tengah hari aku berselubung. tapi aku ttp gah kan diri aku untuk masak. lepas tu terus tak larat. mmg seminggu ni aku mmg tak selera makan. dengan tekak aku pahit sgt. makan roti rasa pahit. makan biskut cream pun rasa pahit. mmg takde selera.

hari rabu pun same jugak. aku mmg sangat tak larat. nak sidai kain pun adik aku tolong. mlm tu aku ajak ayah pegi klinik lagi. klinik cyber medic kat jalan kebun. mmg tu je la klinik yg aku slalu pergi. tapi bila dah sampai klinik aku rase macam demam aku dah kebah. aku cakap la kat doktor yg kepala aku sakit sangat2. dah 3 hari dah. doktor tu pulak alahai sangat la baik. lembut je. check tekak rupenye dah bengkak. patut la aku makan bende2 manis pun rasa pahit ubat. rupenye dah bengkak. then check suhu pulak..tup tup doktor cakap "panas ni dik...39 darjah..doktor bagi injection la ye"...aku pun terkejut la jugak. dah lama tak kene demam cmni. seingat aku mase sem 2 aku last kene demam panas.

aku bab2 injection ni dah lali dah..dah banyak kali sangat dah aku kene enjet. pastu aku ngadu la kan kat doktor..cewahh ngadu..aku cakap la kat doktor yg belakang aku sakit. ok ni la satu-satunya doktor yg tanya aku napa aku sakit belakang. doktor tanya aku tapi tak sempat aku nak jawab die yg jawabkan..

"sakit belakang?kenapa?tulang bengkok ke?scoliosis??"

aku pun mengangguk je la kan..dlm hati aku cakap terror doktor ni teka aku punya penyakit. doktor ni je la yg tekaan die betul. pastu sambil2 die nak enjet aku tu die bagi la nasihat pasal penyakit aku ni.

"scoliosis ni kene jaga elok-elok. tak boleh berdiri lama...masa drive pulak kene support belakang..lepas tu tak boleh pakai kasut tinggi...kasut kene pakai yg comfort...berat badan pun kene jaga...tak boleh naik dengan mendadak..nanti die effect tulang belakang tu..nanti jadi lagi bengkok nanti"

hah tu la nasihat2 yg doktor tu bagi..aku ni mmg dah agak aku akan demam sbb sakit belakang aku ni sakit yg lain macam. kalau sakit yg rase macam ni mesti demam panas. mmg suhu aku akan jadi paling sikit 39 darjah la...skang ni dah alhamdulillah. selera makan aku dah pulih cuma aku still takleh nak wat keje berat2 lagi. belakang aku still akan sakit kalo aku buat keje tak henti2.

hah lagi satu mase hari ahad aku sedih sebab...sebab...sebabnya kan...isk..isk..isk...sebabnya kan tam aku dah mati...isk....sedih sangat..mmg tam dah sakit dah...aku tak tau la kena langgar ke ape..tapi die dah boleh jalan dah walaupun tertengkot-tengkot. pastu beberapa hari lepas tu peha kiri die plak berlubang. aku pun taktau nape..letak la gamat bagi bercantum balik..kesian sangat. die tidur pun kat atas carpet dalam bilik aku. dulu punyala lebat bulu..ngan gemoknye kan tapi bile sakit sekurus-kurusnya tam tu. yg buat aku rase cam terkilan tam mati mase aku tak sihat. aku tak dapat nak jaga die saat2 akhir sbb aku tak sangka dia akan pergi..isk..kalo tak tam selalu tidur kat pangku aku. isk..tetibe sebak pulak...

okla..salam...

1 comment:

  1. ko ni mcm2 penyakit la diklaaa, jge diri leklok,
    takziah for tamtam :)

    -cika

    ReplyDelete

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa