visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Sunday, October 9, 2011

wowhh jumpe ramai member lame

Salam

Lately ni makin ramai dah member2 lame aku jumpe. Jumpe kat fb. Member mase skolah rendah. Sekolah Kebangsaan Taman Rakan. Aku sbenarnya macam tak sangka yg diorang still ingat kat aku even dah 9 tahun tak jumpa!!fuhhh lama tuu..skng ni makin ramai dah jumpe sbb dah ade group. so dgn group lagi senang nak cari kan.

ishh unsangkarable la...byk jugak kebaikan fb ni. dapat gather balik even kat alam maya je pun. byk la cite kuar kan time zaman hingusan dulu.hikhikhik..cite pasal cikgu2 dulu..diorang pun still ingat lagi cikgu2 skolah rendah. aku pun ingat lagi..cikgu ainon yg paling aku sayang even ramai yg takut ngan die sbb die garang. tapi die baik ngan aku.yelakan sbb aku pun sgt baik mse dulu..hihihi..cikgu ainon guru kelas mase darjah 3 marikh n 6 gigih. hah tgk tu..2 kali jadi guru kelas aku. terbaik la. mase mule2 skolah ni bukak name kelas gune nama planet. aku 3 marikh pastu 4 neptune.. time aku ade 3 marikh n 3 matahari. naik darjah 4 ade 4 neptune ngan 4 zuhal if i'm not mistaken. tapi bile dah darjah 5 skolah tukar plan pulak. guna tekun, gigih sume tu. sbb dak darjah 1 dah ramai. ade 4 kelas..

pertandingan kelas kebersihan slalunye mesti kene menang.kalo tak..habis la kene marah. sbb tu hari2 1 kelas mesti wat duty.

pejam celik dah 9 tahun berpisah. iyela kan..bile dah form1 memasing skolah kat smk bandar baru sungai long. tapi ade yg skejap je skolah kat smkbbsl tu. sbb ade yg pindah dapat tawaran skolah lain kan..termasuk la aku. dapat tawaran RK kt smk engku husain. pastu family pulak pindah shah alam. so aku cuti2 duk la ngan wan. so mmg dah tak jejak dah taman rakan. sampai la tahun lepas baru la jejak taman rakan sbb g beraya umah family ayie jiran aku merangkap classmate aku. perghh banyak tul perubahan kat taman rakan..

aku ni kat skolah pendiam je. takde cakap byk ngan laki. tapi ngan gurl cakap r kan. ade ngan certain2 guy yg aku kurang bercakap. diorang tak tegur aku pun takde la tegur. so aku ingat diorang takde la ingat aku. tapi kan..kan..kan...diorang still ingat aku..owhhh unsangkarable..terharu la bile orang ingat kat kite. siap ingat detail2 die lagi..

ala kitorang ni sikit sgt so mmg la leh kenal..brape ratus je skolah tu plajar die. mase darjah 6 ade 3 kelas je. hah sikit kan.so mmg leh kenal la memasing. kitorang ni kire 1st generation la kat sktr tu. tahun 1998 skolah tu bukak. so untuk upsr kitorang batch ketiga. wahh zaman kegemilangan tu..time kitorang ramai yg dapat 5a..woowww bangga owh..cikgu2 la paling sronok. aku still ingat la detik2 mase nak umum upsr tu..siyes time tu takut gile..cikgu2 ni pandai betul berlakon nak menakutkan kitorang..rupenye cemerlang..wahhhh...best btl..nangis aku..pastu cikgu ainon peluk aku. lagi la laju mencurah2 aku nangis..hikhikhik..air mata kegembiraan tu..

pastu ayah aqran blanje makan kfc kat balakong sbb ayah die dah janji sape dpt 5a die blanje kfc. best kan..best kan...hiikhihik..
okla..nak letak gambar takde kenanga..ye la dulu mane ade camera. gambar2 tu sume simpan kat memori sendiri. ntah nape aku stil ingat zaman2 skolah rendah. stil ingat aku duduk ngan sape sume tu..kuat ingatan mase kecik ni kan..

ok chau chin chau

No comments:

Post a Comment

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa