visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Sunday, October 31, 2010

Owh Sketchup!!

Arghhh I feels like wanna scream. Owhhh geram sungguh aku dengan sketchup aku. Dah nak siap dah tu. Tengok-tengok ada benda yang slack. Damn..Wall aku ntah ke mana. Pintu ntah ke mana. Habis semua dah bercampur.

Haissshhh ponek den ni hah. Dah berkobar-kobar dah nak letak material, nak letak color. Tengok-tengok ada problem.

Sioton la. Pok heh!!Aku dah maleh r nak buek. Sok-sok yo lah aku buek. Sakit bonar hati ni hah.

Aku kalau dah sakit ati aku suko cakap nogoghi. Raso pueh yo ati ni hah. Cettt!!!!

Tapi tu la..Aku rasa macam ada je yang tak kena la dengan design aku ni. Construction jangan cakap la. Aku rasa teruk gila construction aku ni. Tapi takpe la. Proposal je pun.

Boring duk umah layan je la sketchup. Tu pun kekadang je. Bila aku rasa nak sambung buat, aku buat la.

Kalo tak, takdo la aku buat.

Aku sekadar nak melepaskan geram. Nak pukul orang adik-adik takde.

Kalo diorang ada sedap sikit. HAHAHAHA…

Friday, October 29, 2010

Anak…

Semasa engkau dilahirkan

Kabul sudah satu impian

Impian nyata kurnia Ilahi

 

Engkau anak istimewa

Kebahagiaan ibu ayah

Bila menangis dan juga tertawa

 

Hai anak kau tak mengerti

Betapa mulia pengorbanan mereka

Memberikan kasih sayang

Agar dapat menikmati dunia

 

Masa silih berganti

Kau membesar tak disedari

Cepat sungguh kau pandai berbicara

 

Apa yang telah terjadi

Pada mereka kau derhaka

Mengapa begitu apakah salahnya

 

Hai anak kau tak mengerti

Betapa mulia pengorbanan mereka

Memberikan kasih sayang

Agar dapat menikmati dunia

 

Kini kau telah tersesat

Hilang diri dan pedoman

Tak seorang pun yang mengambil tahu

 

Dan kini engkau menangis

Ibu ayah menghampiri

Walau kau telah terpesong jauh

 

Hai anak kau tak mengeti

Betapa mulia pengorbanan mereka

Memberikan kasih sayang

Agar dapat menikmati dunia.

Thursday, October 28, 2010

Aku nak tidur!

Aku ni asik nak tidur lambat je la. Haishh tak boleh nak lelap.

Penangan masa study punya pasal la ni. Walhal dah berapa bulan dah aku habis study.

Sekarang dah nak pukul 4 pagi. Kan elok kalau aku buat solat tahajjud time ni.

Tapi kene tidur dulu. Kalau dah tidur mintak ampun mintak maap la. Lena la aku tidur sampai subuh.

Entry kali ni aku nak berpuitis la. Macam dah lama je aku tak berpuitis.

Hai saya joyah (sambil buat muka pening lalat)…haishh jangan nak merepek la oii.

Ok..ok..ermm..saudara..(mimik muka teruja)ecece..

 

Wahai insomnia sampai bila kamu mahu aku

Lepaskan anak ini

Anak ini mahu tidur yang sempurna seperti insan lain

Tidak sanggup aku mahu berkawan lagi dengan kamu

Cukuplah kamu menemani aku

ketika aku sedang berjuang sewaktu belajar dahulu

Bukan habis manis sepah dibuang

Tapi aku mahu tidur tanpa ada paksaan

Aku mahu rasai akan lena itu sendiri

Dengarlah wahai insomnia.

 

Puitis?takde la puitis pun kan. Saja je cakap nak buat gempak.

Tapi ikut cara bacaan la kan. Kalau baca kasar sekasar scrub memanglah kasar bunyinya.

Cuba baca lembut-lembut selembut kentut.

Mesti bunyinya lembut jugak.

Siasat dulu…

Beberapa hari sebelum ni ada berlaku pasal konspirasi blogger. Agak kecoh n panas jugak la. Aku ni sebab nak cari kisah n cerita yang sebenar, aku mentelaah la blog2 diorang. Lama aku baca blog dan komen-komen sampai pukul 4 pagi jugak la. Aku antara percaya tak percaya je pasal konspirasi yang timbul sebab aku suka dengan gaya penulisan blogger tu.

Ramai jugak yang terpengaruh dengan komen-komen yang diorang tulis sampai aku pun nak terpengaruh jugak. Esoknya empunya blogger yang dikonspirasikan buat pengakuan. Aku kagum dengan dia. Memang dia mengaku dia salah pasal gambar-gambar dalam blog dia bukan gambar dia. Tapi takpe sebab aku memang dah tau dari dulu yang gambar tu fake.

Ada cakap hasil seni dia, lagu yang dia buat pakai gitar bukan dia punya. Empunya blogger tegaskan yang itu memang hasil seni dia. Kesian blogger tu kene fitnah. Sabar je la. Banyak betul dugaan dia.

Kita ni hidup kat dunia yang fana ni..fana??fana nama blog aku..so kalau macam tu kita hidup kat dunia blog aku ni..ekeke..takda gurau je. Ekceli kita hidup kat dunia ni jangan la cepat melatah. Orang dah kata benda buruk sikit pasal orang tu dah percaya bulat-bulat. Taknak la siasat dulu ke. Jadi la CSI sekali-sekala.

Kena dengar dua-dua belah pihak. Kalau satu pihak je memang la tak boleh. Bila dah dengar dua-dua pihak baru kita akan tau kebenarannya. So sebelum tau perkara tu betul ke tak jangan la buat spekulasi. Boleh menimbulkan fitnah. Nanti ada orang kecil hati. Tak baik buat macam tu. Ni peringatan untuk diri aku jugak.

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa