visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Sunday, April 17, 2016

save the date for convo

Assalamualaikum..

Semalam sesi amek jubah kat Uitm. Start amek jubah kul 2 sampai 5..siyes ramai gler..
belum kul 2 lagi org da beratur panjang dah nak amek jubah.

aku ngn member2 aku decide nak dtg lambat dlm kul 4 sbb pikir time tu org dah tak ramai.
so aku pun bawak la tisha ngn farah g jenjalan dulu.
farah nak beli baju apa semua.
then dah selesai terus gerak uitm.

sampai2 terus cari parking. Alhamdulillah semuanya lancar je.
sampai2 terus ada parking btl2 depan pintu..
rezeki baby agaknya.
farah kan pregnant..sbb tu la nak kene cari parking yg dekat2 ngn pintu.

so bila sampai terkejut beruk la bila beratur sampai ke luar DATC tu..panjamg kot.
aku da la tgh lapar..nak beratur siyes tak larat aku cakap.
boleh pitam tau tak..dengan panasnya..

so tny org yg jaga tu ckp la yg farah pregnant..
then org pregnant boleh terus je g tingkat atas terus amek jubah.
aku pun cakap la kt akak tu..
'sy kawan die..die naik kereta ngn saya..boleh tak sy ikut die skali?sbb nnt die pulak kene tunggu lama'
then akak tu pun cakap la pergi je..ok je..

kitorang pun apa lagi terus la g tingkat satu..
dengan selambernye potong barisan..then terus amek jubah n segala mcm bende.
then selesai..haha..

pastu lupa plak parking kat tingkat berapa..
dah menonong carik kete...nasib baik jumpa..hahaha..

so skng ni aku konvo 26 april 2016. yg aku tau adik aku yg is je yg datang.
die dah apply cuti dah pun.
yg lain aku taktau sapa yg pergi..

aku ada ajak nabil dtg jugak..
segan ngn ayah aku katanya..
mcm la tak pernah jumpa ayah aku..
hahaha..aku harap nabil dpt la dtg tgk aku konvo..

tak semangat sebenarnya nak g konvo..
kalo nabil dtg baru aku eksaited nak g konvo..cia cia ciaaa

ok papai




Wednesday, April 13, 2016

Dah nak konvo da aku

Assalamualaikum..

26 April 2016 aku ada konvokesyen kat uitm shah alam..aku sebenarnya konfius nak pergi ke tak..mcm takde mood nak pergi konvo..sbb aku taktau sapa yg nk dtg tgk aku konvo..

Dlu masa diploma aku konvo sorang2 je..takde sorang pun dtg..mula2 mmg aku tak kesah sbb aku pikir alah diploma je pun..tp bila da amek scroll apa semua then da abis majlis masing2 ngn family masing2 ngn bunga ngn bear ngn coklat..

Aku nasib baik la ada arwah mona..sbb arwah pun dtg sorang..so aku bg arwah bunga..arwah bg aku bunga..suweett sangatt..rindu kat arwah mona..alfatihah...

Lately ni mood aku down la..tapi nasib la best pren aku si cika ada..kira prob die aku bg solution..prob aku die bg solution..give and take gittewww..

Sambil update blog kuar lak lagu di persimpangan dilema..hah kene sgt la tu..mmg tgh dilema ni..

Dulu aku slalu bayangkan konvo time degree agak2 mesti time tu aku da ada someone special..hahahah...aku harap someone special dtg masa aku konvo..takyah bg hadiah ke apa..cukup la stakat dtg..

Tapi harapan ke hanya impian ke apa ni eh..aku pun taktau..byk sgt aku pikir..

Mcm byk aku nak bebel tapi aku da lupa la plak..takpela..lain kali je la..cuma lately ni aku mmg tak brapa nak happy la..mood konvo pun takde..tp dtg tak dtg kene byr gak..lebih baik pergi..

Ok la..dah nak kul 2 da..esok keja..mengantuk la kat office nnt..susah btl nak lelap mata..

Ok la..geniteee kat diri sendiri..bertabahlah (sambil tepuk2 bahu sendiri)

Sunday, February 14, 2016

for my dear

Maybe i'm singing this song because
i can't say the words i want to say the most

The happiness i dream 
is best before its realized because
i finally achieve it
i'll be attacked by my fear of losing it.

people aren't simple enough to satisfy me

Everyone has their wounds,
but sometimes kindness soak in.
its hurt a lot
that they being to cry.

I'm healed by my loneliness
i dont want to be alone
i want to sleep peacefully.

maybe because someday 
i'll be able to say the words i want to
i sing on and on

maybe i like this person
but i can't hear the words i want to hear the most

latelyniakuasikmimpidiaje..akupuntaktaukenapa..
tapidalammimpitupundiasemakinmenjauhsemakintakpeduliaku

Tuesday, February 2, 2016

Akhirnya..segalanya telah terjawab..terima kasih

Assalamualaikum..

Akhirnya...segalanya dah selesai..
aku rasa mcm beban yg slama ni aku simpan dah hilang..
dah ringan..aku mmg dah bersedia dgn jawapan yg akan dia bagi..

dan jawapan die seperti yg aku sangka..
maybe selama ni aku je yg beria-ia..
sbb apa aku beria-ia? sbb die jugaklah yg approach aku dulu..

aku ingat lg bila hari tarikh aku mula2 kenal die..
die yg dtg kat aku perkenalkan diri..
mintak no telefon aku..
lepas tu masa malam tu jugak die beli no baru..
dia call aku..

mula2 aku rasa biasa je..
tapi bila dah setiap malam die call aku rasa mcm sesuatu yg lain..
tapi itu dulu la..
lepas tu aku yg syok sendiri ke apa aku pun tak tau..

tapi segala2nya dah berakhir semalam..
aku msg die spontan je..
sbb aku rasa selagi aku tak bagitau die perkara sebenar selagi tu aku rasa aku tak boleh nak teruskan dgn perancangan ibu.

dan semalam..bila dia bagi msg yg sgt ringkas berbanding aku yg byk berseloroh dan panjang lebar ngn merapu2..lalu aku pun sedar yg aku mmg takde kaitan apa2 ngn die..

aku rasa die dah lupakan segala apa yg pernah terjadi antara aku dan dia..
gelak tawa aku dan dia..
nyanyian aku dan dia..
petikan gitar aku dan dia..
design aku dan dia..
sketchup aku dan dia..
model aku dan dia..
segalanya...segalanya dia telah lupakan..

maka dengan ini aku dah boleh buat pilihan hati aku..
dengan ini lebih teranglah perjalanan hidup aku..
aku tidaklah terlalu terluka semalam sbb aku dah mmg amat bersedia utk ini..
mungkin dia mmg bukan jodohku even aku slalu termimpikan dia..
tapi tidak mengapa..
mungkin dia mmg tidak ada sekelumit rasa suka itu kat aku..
mungkin selama ni dia hanya sayang aku sebagai kawan walaupun dia sgt hormat aku dan selalu lindungi aku dan selalu ada bersama aku dikala aku kesedihan.

apa2pun...lepas ni aku dah boleh utk teruskan hidup..
mendirikan rumah tangga dengan pilihan bonda dan familyku.
aku harap aku dapat terus melupakan dia seperti mana aku telah melupakan yg sebelum ini.
kelemahan aku adalah kerana aku seorang yg sangat setia.
sukar utk melupakan..
tetapi akan aku cuba..
cuba utk melupakan segala kenangan.

kisah cinta aku mmg tidak sama dgn kawan2 aku yg lain.
aku lebih suka utk memendam sendirian..
aku tidak terlalu suka untuk bercerita kepada family.
hanya teman2 rapat saja yg tahu..
itupun tidak semua aku ceritakan.

sejak semalam aku katakan yg aku tiba2 rasa sgt ringan hati..sangat ringan bahu,,
sangat ringan kepala.
cuma sedikit kesal kerana dia hanya memberi msg yg sgt pendek pada aku.
tapi tidak mengapalah.

kerana aku telah redha dgn segalanya.
kisah cinta selalu tidak menyebelahi aku.
aku terlalu suka mengalah..
terlalu suka untuk menjaga hati-hati yang lain.

lepas ni..aku perlu berbincang dgn bonda tentang persetujuan aku untuk menerima rombongan risikan dan sebagainya.
istikharah pun telah aku lakukan.
aku redha..aku pasrah.
mungkin ini adalah yg terbaik untuk diri aku.
cinta dan kasih sayang boleh dipupuk.

ibu, mama, maklong, maklang dan mak uda menyokong jika aku dengan pilihan mereka.
even aku belum betul2 terima..tapi aku tahu..lambat laun pintu hati aku akan terbuka juga menerima segala-galanya ini.

aku akan ikut flow yg mereka mahukan.
akan ku cuba buka pintu hati untuk yang lain walaupun sebenarnya agak sukar untuk aku menerima keadaan yg seperti ini..

terima kasih aku ucapkan kerana telah menjadi kawan aku selama ini..
terima kasih banyak2..

Ya Allah, aku memohon kekuatan dari-Mu Ya Allah.

hanya engkau yg tahu apa yg terbaik untukku..
amin ya rabbal'alamin...


Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa