visit us!!

About Me

My photo
Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.

Buat renungan...

Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?

Wednesday, November 3, 2010

Perginya seorang lagi keluarga..

Pagi semalam kami sekeluarga dikejutkan dengan pemergian arwah pandak iaitu adik kepada ayah aku ke rahmatullah. Memang tidak diduga. Arwah menghembuskan nafas terakhir di rumah wan. Selama tiga hari ini kami akan membuat kenduri tahlil. Hari ni hari kedua.

Aku mungkin dalam beberapa hari atau mungkin dalam beberapa minggu ini aku tidak akan pos entry kerana aku akan berada di Semenyih sehingga Hari Raya Haji. Sekarang ini adik-beradik ayah tinggal enam orang dari sembilan orang. Sudah tiga orang pak sedara rapat aku sudah pergi ke rahmatullah. Arwah pak itam, arwah paklang dan arwah pandak sejak 12 tahun yang lalu.

Aku akui aku berasa sangat sedih di atas pemergian arwah-arwah. Setiap kali melawat kubur allahyarham aku seperti ingin menitiskan air mata mengingati memori kami bersama. Aku takut amat akan kematian. Memang sejak akhir-akhir ini aku selalu mengalami mimpi ngeri.

Sudah dua malam aku tidak dapat tidur lena akibat dari keadaan kesihatan aku juga. Batuk, sakit tekak dan selsema ini mengganggu tidurku. Al-Fatihah buat allahyarham.

Tuesday, November 2, 2010

Teringat Kamu..

Whenever sang my songs
On the stage, on my own
Whenever said my words
Wishing they would be heard

I saw you smiling at me
Was it real or just my fantasy
You'd always be there in the corner
Of this tiny little bar

My last day here for you
Same old songs, just once more
My last day here with you?
Maybe yes, maybe no
I kind of liked it your way
How you shyly placed your eyes on me
Oh, did you ever know?
That I had mine on you.

Kamu itu masih lagi diingatan. Saat aku bertemu kamu serasa bagai ada sesuatu yang menggetarkan jiwa. Buat sekian kalinya aku merasa akan getar itu. Aku tahu kamu tidak mengerti akan getar itu. Kerana kamu punya orang lain. Tapi aku merasakan yang kamu juga tahu akan keadaan diriku ketika itu.

Kamu seakan memberi sinar pada hidupku. Pada duniaku. Itu kali pertama terjadi dalam diriku. Betapa indahnya ia. Aku merasa akan bahagia itu, sakit itu, terguris itu, ego itu, pahit itu, manis itu. Segalanya sudah ku rasai.

Disini aku tidak sihat. Aku sakit tekak yang amat, selsema dan batuk. Membuat aku merasa seperti kehilangan dan sunyi amat hari ini. Tidak seceria hari-hari kelmarin kerana sakitku ini dan membuatkan aku merasa ingin menulis di kamar mengikut melodiku. Ia membuat aku terfikir akan kamu dan memori-memori silamku.

Monday, November 1, 2010

Anak hari ini…

Hakikat hidup ini banyak yang cantik dan perihnya. Kasih diperlukan sepertimana tumbuhan memerlukan air untuk aku bermain dan melakonkan watak di atas pentas. Pentas agungmu ini. Serasa seperti dibadai ombak. Ombak itu cantik amat menenangkan jiwa pabila mendengar desirnya tetapi boleh berubah juga kepada ganas sehingga manusia berasa takut akan ombak yang cantik itu.

Aku berasa kurang sihat disini. Sakitku ini masih boleh ditahan. Juadah ku telan perlahan mengisi kekosongan perut. Inilah watak-watak dunia. Kita akan sihat dan kita akan sakit. Kita anak istimewa juga menjadi kebahagiaan ibu ayah. Anak kamu harus mengerti betapa mulia pengorbanan mereka memberi kasih sayang agar dapat menikmati dunia.

Anak membesar tak disedari sehingga pandai berbicara. Apa yang telah terjadi ketika ini?Ramai anak derhaka pada ibu ayah. Mengapa begitu apakah salahnya wahai anak-anak masa kini? Wahai anak-anak, kamu tak mengerti bahawa mulia pengorbanan ibu ayah.

Anak-anak ramai sudah terpesong dan tersesat dengan lakonan dunia dan keseronokan dunia tanpa kamu kenal apa itu sebenarnya. Kamu tahu ia salah tapi anak-anak kini hanya asyik dengan keseronokan. Kamu telah tersesat tanpa kamu sedar atau tidak. Kamu hilang diri dan pedoman kamu sehingga tak siapa yang mengambil tahu.

Suatu hari kamu akan mengangis jua menyesali tindakan. Ibu ayahlah yang menghampiri kamu walau kamu telah terpesong jauh. Ya Allah kirimkanlah aku kekasih yang baik hati yang akan membimbing aku ke jalan Mu. Sepi selalu hati ini tiada yang menghiasi akannya. Seperti sudah pupus. Semakin layu mawar ini tiada memiliki. Seperti aku ini semakin pupus.

Pentas ini makin ramai pemusnah. Bumi tiada rimba seumpama hamba yang dicemari manusia jahil ketawa. Tiada udara bumi ini bagai tiada nyawa tanpa disedari akan hilang suatu hari. Anak yang sudah dewasa sering merayakan kejayaan. Kejayaan yang membinasakan akhirnya. Masih lagi muda jiwa kita. Tiada guna kematangan fikiran jika seringkali melakukan kesalahan. Masih lagi mentah kamu itu.

Aku mahu amat melihat akan perubahan dunia ini ketika ini. Anak-anak hormat akan orang tua dan mencari jalan yang lurus dan diredhai Allah. Siapa pun kita ini, kita punya rasa kasihan pada diri. Mohon untuk diampunkan dosa-dosa lampauku. Aku bukan anak yang tidak pernah melakukan kesilapan. Banyak kesilapan telah aku lakukan. Diriku hanya satu. Mahu aku hapuskan bayang jahat dalam diri dan mengambil bayang baik serap kedalam jiwa.

Harap kamu kembali

Fuhh penat la pulak aku rasa. Penat mengupdate blog-blog aku yang lain. Aku taip ni pun slow je sebab ada kucing kat tangan aku tengah tidur. Taknak la dia terjaga. Lena je aku tengok dia tidur. Alolo..cumeiiinye dia..

Hari ni nak formal sikit. Aku rasa agak sedih la pulak hari ni. Ada sorang blogger yang aku suka sangat baca penulisan dia. Penulisan dia memang aku kagum. Bukan aku je tapi ramai yang kagum dengan cara penulisan dia dan ramai jugak aku rasa yang sedih atas pemergian dia dari dunia blog ni atas sebab-sebab tertentu. Hari-hari aku akan mentelaah entry-entry dia. Dalam sehari mesti lebih dari satu entry dia akan post. Semuanya pasal kehidupan dia.

Dia cerita kisah-kisah dia berkias. Ayat-ayat dia kadang-kadang aku kena ulang 2-3 kali baru boleh faham. Selalunya entry-entry dia buat dalam bentuk puisi, sajak, syair. Memang puitis. Dia suka jugak luah kat lukisan atau musik. Ahh itu yang buat aku lagi suka kat dia.

Kisah hidup dia bagi aku cukup rumit. Anak tunggal yang tersepit di antara kedua ibu bapanya. Hidup berdikari. Cari duit sendiri dengan bekerja. Sambil tu belajar. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana Engkau telah berikan aku keluarga yang bahagia.

Lagi satu yang aku kagum, dia anak kacuk. Emak Aussie ayah melayu, tapi dia boleh buat penulisan dalam bahasa melayu yang sangat indah iramanya. Aku anak melayu tulen pun tak boleh nak buat sebegitu rupa. Katanya dari kecil ayah dan nenek dia sering kali mengenengahkan bahasa melayu. Dari kecil dah dipupuk sebegitu. Sekali lagi aku katakan bahawa aku kagum amat akan dia.

Aku harap sangat suatu hari dia akan kembali semula ke blog dia. Mungkin sekarang dia perlukan masa untuk harungi apa yang telah dia lalui. Diharap bersabarlah dengan dugaan tu. Mulut orang memang tak boleh nak tutup. Ingatlah masih ramai yang menyanyai kamu. Masih ramai yang menantikan kamu kembali bersama kami.

Islam Itu Indah

Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa