Salam...
Baik banyak tafsirannya. Setiap orang lain-lain tafsiran mereka akan baik itu. Aku nak cakap tentang baik hari ni. Baiknya seorang lelaki bagi Najlaa. Bagi aku baik ni luas maksudnya. Aku sangat menghormati lelaki yang baik pada keluarga. Itu yang utama. Tapi baik pada kebaikan la. Aik dah namanya pun baik mestilah kebaikan. Maksud aku baik pada keluarga ni bukanlah turut je apa kemahuan keluarga. Kadang-kadang perlu juga tetap pendirian. Baik pasa keluarga. Ikut kata. Tapi kalau keluarga suruh buat benda jahat jangan la pula diturutinya. Tu jahat namanya tu. Dah tak baik bagi aku lagi.
Lelaki yang baik pada aku juga ialah lelaki yang menghormati perempuan. Kita hidup ni kenalah sentiasa hormat akan orang lain tak kira la lain bangsa ke agama. Hormat perempuan. Jangan tengking-tengking. Berbahasa guna kata-kata yang lembut, yang enak untuk telinga mendengar. Bukanlah dengan meninggikan suara.
Aku juga amat suka akan lelaki yang menolong dan mengalah pada perempuan. Iyalah lelaki ni kan egonya lebih sikit. Kalau nampak perempuan tu angkat benda-benda berat janganlah pandang aje. Tolonglah kan. Aku pernah alami sendiri perkara macam ni. Benda tu berat tapi si lelaki-lelakk ni buat tak tahu je. Wat dunno je. Angkat diorang punya je. Haishh tak baik tau macam tu. Sakit sangat hati ni bila kaum adam buat macam tu. Tak ada hati perut la kamu ni. Lepas tu tak nak mengalah dengan perempuan. Lelaki macam tu memang aku tolak la kalau ada yang nak menambat hati aku ni. Persoalannya ada ke?hah iyalah, sapa la aku ni kan. Aku ni hanya insan kembang. Hah..hah...trade mark aku tu. Teringat pula poli aku tu dan kawan-kawan aku kat sana. Tapi aku tak kembang. Bak kata kawan-kawan aku lidi, papan, budak-budak. Aku terima seadanya.
Hah lagi satu ciri-ciri lelaki baik pada aku ialah lelaki yang tidak menyentuh perempuan. Kalau dah kahwin tu lain cerita la kan. Ni yang tak kahwin ni apa cerr?? Terus terang aku cakap aku tak suka lelaki yang pegang tangan perempuan yang bukan keluarga dia. Aku ni bukannya baik sangat tapi setakat ni alhamdulillah aku tak ada nak pegang-pegang tangan lelaki. Tersentuh ada la masa buat kerja-kerja group. Agak meluat di situ ya bila aku nampak mereka yang berdating ni pegang tangan. Berkepit sana sini. Haiisshhh...
Lagi satu merokok. Aku tak suka lelaki yang merokok. Bukan lelaki je, perempuan pun sama. Lelaki yang tak merokok tu aku rasakan mereka tu baik. Iyalah sebab tak terpengaruh dengan benda-benda macam tu. Boleh bawa maut merokok ni. Kanser sana-sini. Mulut berbau. Busuk. Bluuekk. Tabik la kat diorang yang tak merokok tu. Tahniah. Tahniah...
Lepas tu lelaki baik pada aku tentang pakaiannya. Pakaian biarlah kemas. Tak mahal pun tak apa. Aku tak suka lelakk seluar ketat. Yarrrkk. Dah macam nangka dah. Biarlah sedang-sedang elok je. Aku cukup suka lelaki pakai lengan panjang. Kenapa eh? Entahlah. Sebab nampak cool kot. Aku pun suka pakai lengan panjang even dekat rumah pun. Lagi-lagi kalau lelaki tu pakai warna putih. Lagi la aku rasa dia lelaki baik. Lelaki suka pakai putih ni pengemas bagi aku dan sangat berhati-hati dalam tindak-tanduk mereka. Tapi kalau luaran bersih, dalaman pun nak kena juga la bersih. Dalaman tak bersih buat apa kan.
Lelaki itu biarlah soleh. Selalu pergi masjid atau surau. Ni antara ciri-ciri lelaki baik pada aku. Hah lagi satu lelaki tu sayangkan haiwan macam kucing ke kan. Janganlah pulak disepak-sepak binatang-binatang tu. Tak elok tu. Hah okla. Tu la ciri-ciri lelaki baik pada aku. Rasanya banyak lagi. Tapi tak apa la. Lain hari la aku cerita. Aku ni pun tak ada la baik mana pun. Maklumlah aku ni hanya insan kembang.
visit us!!
About Me

- ruriko shin
- Hi... I am a simple person. Education: tadika maria, sk semenyih, sk seri sekamat, sk taman rakan, smk bandar baru sg long, smk engku husain, psis- diploma in architecture. uitm - bachelor in building surveying.
Buat renungan...
Bala bencana berlaku di merata-rata. Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya ? Apakah kita masih seronok & leka ? Bagaimana pula dengan iman kita?
Tuesday, July 13, 2010
petunjuk ke apa?
Salam...
Wah semalam boleh la aku kategorikan mimpi aku tu mimpi indah. Indah??hah ye la. Kebelakangan ni asyik nighmare je. Aku pun tak tahu la kenapa. Why?nande?Haishh seronok la mimpi malam tadi. Mungkin sebab semalam Sepanyol menang World Cup sebab tu aku boleh mimpi benda yang seronok.
Hah padan muka Belanda kalah. Tak suka dengan Belanda. Tak tahu la kenapa aku tak pernah nak suka dengan Belanda. Dah la suka main kasar. Memang patut la dapat kad kuning banyak. Penjahat. Dah la penjajah. Haishh tetiba pulak geram. Sabar...sabar...
About my dream last night, aku tak tahu la tu petunjuk ke mainan tidur semata-mata. Nak kata aku buat solat istiharah belum lagi. Confius jugak ni. Tak tahu la mimpi tu petunjuk ke apa. Dalam mimpi aku tu semua orang bahagia n suka masa tu. Riang je suasana masa tu.
Hmmm...penyayang, baik, lembut, sopan...bahagianya la aku kalau betul-betul jadi. Ambil berat pasal aku. Gegendang telinga aku ni mendengar kata-kata yang enak aje. Indahnya la hidup.
Ya aku dapat rasakan ketulusan hati pada dirinya. Kelembutan dalam setiap tindakan mencairkan hati aku yang susah nak dicairkan juga sebenarnya. Aku rasakan yang pohon-pohon di padang pasir tumbuh mengnijau, sehijau dan setinggi pokok-pokok seperti di hutan-hutan khatulistiwa mengibaratkan kasih sayang yang dicurahkan. Tidak layu dan tidak menguning daunnya.
Jika ini benar-benar terjadi aku ucap alhamdulillah. Syukur padaMu Ya Allah kerana telah mengurniakan insan yang dapat menjagaku dengan seikhlas hati di bumi-Mu ini.

Friday, July 9, 2010
Task successfull..
Salam..
Hari yang best hari ni. Dari petang menghadap laptop. Sakit mata aku ni. Nak tengok tv pun dah tak nampak dah ni. Power mata dah naik ke??atau mata aku kabur sebab asik tenung screen handphone yang kecik ni??
Apa-apa pun task aku dah success. Task apa Najlaa oii. Ala task main-main. Boring duduk rumah takde buat apa. Smalam dalam pukul 2 pagi lebih aku berborak dengan ibu aku. Aik tak tidur lagi?hmm aku dah memang biasa tidur lambat ni. Insomnia la katakan.
Borak-borak dengan ibu aku pasal gambar kucing dalam laptop aku ni. Memang banyak sangat. Comel pulak tu. Then ibu aku suruh aku printkan gambar kucing- kucing tu. Pastu ibu suruh aku buatkan frame sekali. Kalau aku buat frame pakai model board je la nampaknya.
Hah yang bestnya ibu aku suruh aku decorate ruang-ruang kat atas. Suruh aku design hall atas. Wah aku memang suka decorate ni. Ibu dah bagi lampu hijau apa lagi, petang tadi startla aku mendesign. Guna sketchup je then render. Lepas tu edit sikit pakai photoshop. Edit lighting la especially-nye.
Bila dah siap render ngan edit aku pun tunjuk la kat ibu aku. Tak tau la dia suka ke tak sebab ibu aku ni cerewet. Bila tunjuk ibu cakap "wah cantiknya. Hah boleh la ni. Nanti tunjuk kat ayah." macam-macam lagi ibu tanya.'mana nak dpt lampu mcm tu?mana nak cari frame cm tu?'..haha banyak betul ibu aku tanya. Teruja sungguh.
Fuh lega bila design aku proceed. Kalau time study dulu susah betul nak proceed design. Ada je yang tak kene. Then ibu suruh aku design living n dining pulak. Konsep dia nak ceria. So aku rasa aku nak buat konsep moden kontemporari macam design hall atas yang aku buat petang tadi.
Lepas ni nak belek-belek buku id, home, d+a nak cari idea lagi. Baru la aku rasa masa aku terisi. Kalo tak asik tengok tv je memanjang.

Ceritera permainan tidur

Salam...
Anak ini ingin bercerita. Bercerita akan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ini. Cerita-cerita relaliti dan fantasi yang hanya aku saja yang tahu. Cerita diriku dan mimpi-mimpiku. Ramai yang menyatakan mimpi itu mainan tidur. Mainan syaitan. Tapi kadang-kala aku begitu resah mengenangkan mimpi dan peristiwa yang berlaku dalam hidup. Mimpi-mimpi ngeri menghantui setiap ketika sehingga terbawa-bawa di alam nyata.
Anak ini sebenarnya takut akan sesuatu itu mungkin terjadi. Cuma tidaklah anak ini mengetahui bila dan dimana ia akan berlaku. Sememangnya setiap insan di muka bumu ini akan kembali pada Dia. Pohon-pohon yang rendang juga akan layu sehingga tiada lagi daun-daun berpaut pada dahan dan ranting. Daun-daun akan layu dan berguguran jatuh ke tanah dan diterbangkan dek angin sehingga tidak kelihatan di sana. Ia pergi dari alam ini dan mereput menjadi fosil dan mineral di dalam tanah.
Anak ini ingin meluah akan resah yang terbuku di benak fikiran dan hati yang celaru. Dengan alunan Kenny G membuatkan aku rasa pilu dan hiba mengenangkan permainan tidur yang aku alami hari demi hari. Sesungguhnya anak ini takut dan getar hati menempuh sisa-sisa hidup yang tinggal. Di sini tempat aku meluahkan apa yang tersurat dan tersirat akan hatiku dengan harapan akan ringan bebanan ditanggung badan. Lagi pula ramai yang tidak tahu akan kewujudan ruangan yang aku bina ini. Sememangnya ruangan yang aku bina ini untuk anak ini meluahkan keluh resah.
Aku merasakan aku tidak cukuo cahaya. Nur. Aku ingin memilikinya agar hati tenang dan sentiasa mengingati Allah. Ingin aku mendengar bunyi desiran angin yang dingin, persekitaran yang menenangkan jiwa dan minda. Anak ini mahu cahaya menerangi hidupnya. Bukanlah mimpi yang buruk dan menakutkn. Permainan sebegitu membuat aku keliru. Keliru akan permainan dunia yang kadang-kala menakutkan.
Aku perlu meneruskan kehidupan. Kehidupan yang tenang dan aman tanpa gangguan dan anasir jahat. Anak ini tidak ingin merasai akan takut itu yang dibayangi saat terpejamnya mata. Aku gentar dalam perjalanan bersama mesin-mesin canggih yang manusia cipta. Perasaan takut sentiasa ada. Takut sesuatu akan terjadi terhadapku atau orang-oranb yang aku kenali. Kebingungan ini pernah diceritakan kepada seseorang. Sesungguhnya aku takut amat. Ingin aku meluahkan segalanya dan mendakap erat tubuh. Tapi tidak berdaya.
Dalam hati hanya berdoa agar hidupku tidak sia-sia dan hanya bertakwa pada Allah. Memohon agar dijauhi segala kemungkaran dan mendekati segala kebaikan dan kesihatan yang baik kepadaku dan mereka yang ku sayangi. Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Islam Itu Indah
Elakkan diri menjadi Islam baka kerana tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan, hilang Islam hilang iman, tenggelam dlm noda tenggelam dlm dosa